Adsense Link 728 X 15;

Followers

Malaysia berubah pada 6 Mei

Posted by Haluan Kiri Saturday, May 4, 2013 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Tidak kira keputusannya, Malaysia telah berubah. 

KOMEN, 4 Mei — Tidak kira gabungan mana yang menubuhkan kerajaan pada 6 Mei, satu perkara yang pasti — Malaysia telah berubah dan urusan yang luar biasa bagi pentadbiran baru.

Dengan tinjauan terbaru Merdeka Center for Opinion Research menunjukkan pertarungan sengit diantara kedua-dua Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR), perkara pertama perlu dilakukan oleh pemenang adalah untuk bertindak balas kepada penduduknya yang mempersoalkan dan meminta lebih daripada kerajaan.
Lupakan tentang rakyat jinak dan tunduk yang memikirkan kerajaan lebih tahu. Itu berkesan hampir 55 tahun akan tetapi Malaysia baru ini di mana rakyat lebih maju dan bercita-cita tinggi dalam pemikiran daripada ahli-ahli politik mereka.
Populasi dimana golongan pencen dan penjawat awam bukan lagi bank undi yang pasti, halangan kaum telah runtuh dan rakyat bersatu sebagai Bangsa Malaysia — lebih berminat dengan ekonomi berbanding kehidupan peribadi ahli politik.
Pemikiran yang satu ini dan perpaduan hadir walaupun nada perkauman secara terang-terangan dalam kempen sejak Hari Penamaan Calon pada 20 April atau taktik menakut-nakutkan dimainkan oleh parti-parti politik tertentu.
Keputusan tinjauan terbaru Merdeka Center — 42 peratus daripada pengundi bersetuju PR boleh memerintah negara berbanding 41 peratus yakin hanya BN sepatutnya memerintah Malaysia — mencerminkan sejauh mana negara telah berubah dari pilihan raya di mana ahli-ahli politik hanya memohon untuk menjadi pembangkang kuat.
“Perubahan berlaku setiap masa dan dengan cara sama dimana tidak seorang pun daripada kita boleh membayangkan Malaysia merosot kepada zaman wanita tidak diberikan akses kepada pendidikan, kita tidak boleh membayangkan untuk kembali kepada politik yang mudah, naungan, atas ke bawah dan tidak dicabar,” kata ahli akademik terkenal Dr Farish A Noor dalam rencananya hari ini.
“Malah bekas parti-parti pembangkang telah belajar, sepanjang lima tahun, bagaimana rasanya berkuasa dan perlu bertanggungjawab kepada badan bukan kerajaan dan pandangan masyarakat. Ia adalah proses pembelajaran kepada kita semua, dan saya percaya kita turut berubah menjadi semakin bijak.”
Kebijaksanaan itu bermaksud tidak ada lagi kerajaan boleh terus melaksanakan keputusan dari atas ke bawah tanpa dipersolkan oleh rakyat atau diberitahu dalam keadaan yang tidak menentu bagaimana tidak popular sesetengah idea-idea.
Idea dikongsi dan dibentuk melalui Internet, rakyat muda dan tua bersama lebih maju daripada ahli politik yang berasal daripada keturunan mereka pada abad lepas.
Golongan lama seharusnya memberikan laluan kepada yang baru, seperti akhbar dimiliki parti akan dipertanggungjawabkan di atas laporan mereka. Hari dimana menjadi satu-satunya sumber berita berkredibiliti sudah berakhir sepertimana New Straits Times, The Star, Berita Harian atau Utusan Malaysia.
Kini terdapat percambahan portal berita dan peningkatan klip video yang boleh memberitahu cerita lebih baik dan cepat daripada mana-mana ahli propaganda boleh lakukan.
Kini media baru telah menjadi cara standard untuk membuat dan mendapatkan berita dan maklumat — meninggalkan surat khabar semakin kurang pembaca dan stesen penyiar kerajaan yang enggan untuk melangkah masuk ke abad 21.
Mengapa? Kerana lebih banyak orang muda sekarang berbanding dahulu. Lebih ramai yang mahu memberikan pendapat dalam negara mereka Malaysia. Ramai yang akan mengundi Ahad ini sama seperti rakyat Malaysia di luar negara yang bersemangat Ahad lepas.
Kita telah berubah sebagai rakyat Malaysia. Kita bukan lagi penonton sahaja dan hadirin tentang naratif nasional yang ditulis oleh ahli politik. Kita adalah peserta aktif membentuk hala tuju dan wacana Malaysia — mencari dengan curiga terhadap ahli-ahli politik yang tidak berfikir apa-apa untuk menerbangkan ribuan pengundi di seluruh negara sebelum pilihan raya.
Ini adalah Malaysia baru yang akan mengundi Ahad ini untuk Malaysia lebih baik dan dengan bangga menggelar diri mereka rakyat Malaysia. Malaysia yang akan menyebabkan kerajaan mereka bekerja keras kerana takut kehilangan kuasa.
6 Mei ini, kerajaan baru akan belajar lebih banyak daripada rakyat berbanding apa yang mereka boleh ajar kepada rakyat, tidak seperti 55 tahun lepas.
* Jahabar Sadiq menggendalikan The Malaysian Insider.
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com