Adsense Link 728 X 15;

Followers

Selangor Umumkan 6 Mei Cuti Umum

Posted by Haluan Kiri Friday, May 3, 2013 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

khalid-ibrahim-300x200
SHAH ALAM- Kerajaan Selangor mengumumkan Isnin ini, 6 Mei sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan semua rakyat di Selangor yang pulang mengundi di kampung pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian hari kelepasan itu selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9, yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am.
“Kerajaan Selangor berharap hari pelepasan am ini digunakan sebaik mungkin untuk pengundi pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. -Awani
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com