Adsense Link 728 X 15;

Followers

Tsunami Cina Tolak Pemimpin Rasuah Bukan Tolak Melayu

Posted by Haluan Kiri Saturday, May 11, 2013 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Oleh Ahmad Nazri Khamis

Johor menjadi negeri tumpuan pemimpin melayu Umno dalam menjustifikasikan kemenangan besar DAP di negeri Johor dengan meraih 13kerusi DUN daripada 14kerusi yang ditandingi sebagai kebangkitan cina tolak melayu. Kenyataan awal PM, Dato Seri Najib menyebut bahawa itu "Tsunami Cina" satu kenyataan berat yang tidak menggambarkan keadaan sebenar penolakan cina kepada BN. 

Kenyataan berteraskan anasir perkauman itu disambut mesra oleh media-media masa pro-kerajaan. Saya kira samada PM, pemimpin Umno yang lain atau pun media masa harus bertanggungjawap kerana api perkauman yang dibakar itu tidak mustahil akan membakar negara kita yang dicintai ini jika tidak dihindari. 

Sepatutnya mereka wajar menilai secara jujur mengapa rakyat terutama mejoriti kaum cina menolak BN, rakyat tolak pemimpin yang rasuah dan mahukan pemimpin yang bersih itulah erti slogan "Ubah". 


Semasa bertemu dengan ramai penyokong tegar Umno, mereka senada pemimpin Umno bahkan ada dikalangan orang melayu yang taksub dengan penilaian songsang itu menyebarkan risalah-risalah perkauman kepada masyarakat. Mereka agresif mainkan isu cina anti melayu tanpa fakta yang jelas. Tindakan seumpama itu bukan mencari keamanan bahkan akan mengundang padah dan celaka buat negara. Saya harap pihak berkuasa, berlaku adillah kerana berlaku adil itu dekat dengan Allah swt.


3 Soalan di bawah mungkin boleh dijawab secara jujur seandainya jalan kebenaran dicari;

1. Siapakah yang memenangkan calon Cina MCA (BN) di Kerusi Parlimen Simpang Renggam, Johor yang menyebabkan Ketua Pemuda PAS Johor seorang Melayu kalah?
2. Siapakah yang mengundi calon Cina MCA (BN) di Parlimen Tanjung Piai, Johor yang menyebabkan saudara Mahadir Ibrahim seorang Melayu dari DAP kalah?
3. Siapakah pula yang telah memenangkan Calon PAS di Kerusi Parit Yaani Johor seorang Melayu yang melawan calon Cina BNdari MCA? DUN Parit Yaani telah membuktikan kesemua peti undi dari Unit Peti Undi (UPU) Melayu Calon PAS kalah besar.

Seorang rakan saya yang mengundi BN bila ditanya soalan di atas dengan lancar dia menjawab "penyokong Umno mengundi calon Cina dari MCA itu sebab dia BN, dan pemimpin BN di atas adalah orang Melayu dan orang Umno tidak mengundi calon Melayu dari PAS sebab PAS bekerjasama dengan DAP" dan dia berkata lagi "DAP anti Islam dan anti orang melayu, tengok di Pulau Pinang bagaimana orang Melayu merempat sejak lama"....dan dia berkata lagi "aku, kalau PAS banyak kerusi tidak mengapa tetapi jangan DAP"...bila ditanya DAP tolak pemimpin rasuah, dia berkata "sebenarnya cinalah yang rasuah sebab kalau mereka(cina) tidak rasuah mereka tidak kaya-raya seperti hari ini dan kerajaan BNlah yang berikan kemudahan hingga ekonomi mereka(cina) baik"...ditanya lagi, Laporan Ketua Audit Negara menyebut 28Billion duit negara hilang gara-gara ketidakkecekapan Umno pimpin negara, dia berkata "kalau Pakatan memerintah, duit negara lebih banyak daripada itu akan hilang"...Saya cuba beralih tajuk, saya bertanya 90% rakyat Kelantan orang Melayu mengapa Kerajaan Pusat menyekat peruntukan dan menahan royalti Minyak 5% setahun walaupun itu perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri sejak lama dan di Kelantan ramai Melayu, kalau mahu tolong Melayu kerajaan pusat tidak sepatutnya buat begitu, lalu dia berkata "pemimpin PAS Kelantan tidak pandai ekonomi, mereka (pemimpin PAS) di sana suka menggunakan agama sahaja untuk kepentingan politik", rakan saya menambah lagi "Nabi Muhammad berdakwah, bukan berpolitik, Nabi jadi ketua negara kerana dakwahnya diterima ramai bukan dengan kuasa politik, politik guna agama tidak disukai Nabi"...katanya. Saya berkata kepadanya, terimakasihlah kerana berkongsi pandangan..saya pun pergi dari situ. (itulah pemikiran ramai orang melayu yang mengekalkan Umno/BN sebagai pemerintah)

Penulis adalah Setiausaha Penerangan PAS Negeri Johor
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat. 11 April 2013
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com