Skip to main content

RALAT: Berita Kematian Al-Sisi Tidak Sahih & Tidak Benar


Sebuah portal online, FreeMalaysiaToday (FMT) petang ini telah menyiarkan berita mengenai kematian Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya dan didapati berita tersebut tidak benar dan tidak dapat disahkan.

Al-Sisi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Memetik laporan dari "The Egyptian Gazette" di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died”, dikatakan rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian Al-Sisi.

Semakan GB terhadap laman tersebut (The Egyptian Gazette), yang memiliki IP 213.158.162.45, tidak dapat diakses lagi dan tiada sebarang laman agensi berita, samada dalam atau luarnegara ada melaporkan berita kematian berkekenaan.

Hanya laman sesawang SILOBREAKER ada menyiarkannya dengan memautkan berita penuhnya itu ke laman asal iaitu The Egyptian Gazette yang tidak dapat diakses. - Blog Greenboc




Al Sisi meninggal akibat serangan jantung


PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini.

Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.

Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.

Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.

Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutan protes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.

Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan.
 -FMT

RALAT: Admin memohon maaf atas penyebaran berita tidak sahih di blog sebelum ini. Admin juga akan lebih berhati-hati selepas ini dalam menilai kesahihan sesuatu berita sama ada dari sumber berita dalam negara atau luar negara. Terima kasih atas teguran pembaca.

Comments