Adsense Link 728 X 15;

Followers

Menteri mengeluh, pemandu-pemandu tidak beri laluan

Posted by Zhafran Fauzi Thursday, September 26, 2013 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
20130926-014101.jpg
Menteri mengeluh, para pemandu tidak memberi laluan – harus menunjukkan hormat kepada pemerintah dengan memberi laluan.
Para pemandu seharusnya memberi laluan polis yang mengiring kerabat diraja dan VIP sebagai menunjukkan rasa hormat kepada pemerintah negara, dan ini patut dijadikan sebahagian dari budaya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek ketika sidang akhbar.
Bercakap kepada akhbar The Sun Daily, menteri tersebut turut menambah pemandu-pemandu seharusnya memberi laluan kerana orang yang diiringi perlu sampai ke destinasi mereka tepat pada masanya bagi menjalankan tugas-tugas rasmi mereka. “Saya telah menerima beberapa aduan yang para pemerintah kita ingin lalu, pengguna-pengguna jalanraya tidak memberikan jalan. Kita perlu hentikan segera perkara ini, menghormati pemerintah adalah sebahagian budaya kita,” jelas menteri itu lagi.
Walaupun sedar, dari segi undang-undang, pengguna jalanraya hanya perlu memberi laluan kepada kenderaan perkhidmatan kecemasan, Hasan mengulangi yang memberi laluan kepada anggota polis pengiring seharusnya sebahagian budaya tempatan. Menteri tersebut bukanlah asing lagi dengan kontroversi. Awal Julai lalu, bila bercakap mengenai kenaikan harga daging ayam, dengan kenyataan beliau yang terus terkenal, yang dipetik oleh media sebagai berkata “Kita masih boleh menyambut Aidilfitri (Hari Raya) tanpa ayam. Belilah daging sebagai ganti.”
Sementara itu di UK, Perdana Menteri David Cameron telah mengurangkan penggunaan polis pengiring, dengan berkata yang, melalui trafik yang sesak dengan laju menggunakan polis pengiring ialah suatu ‘kesombongan’. Polis pengiring hanya akan digunakan untuk majlis-majlis yang memerlukan keselamatan tinggi. Untuk masa-masa lain, beliau akan menggunakan kereta rasmi kalis peluru (biasanya Jaguar yang tidak mempunyai tingkap yang digelapkan) dan akan menempuh trafik seperti orang ramai lain. Pemandu-pemandu di UK terkenal dengan sikap lantang bersuara, bila mana, bagi mengatasi trafik dengan menggunakan keistimewaan polis pengiring, mereka dengan lantang menyatakan itu tidak wajar.
Ketika Tony Blair menjadi Perdana Menteri, terdapat laluan bas sepanjang M4 Heatheow-London dinamakan sempena nama beliau. ‘Blair Lane’ ialah laluan bas sepanjang 5.6km, merupakan laluan yang digunakan oleh PM dan ahli kabinetnya bersama polis pengiring untuk menghindari trafik yang sesak. Media British menyamakan laluan itu dengan laluan ‘Zil’ – yang merupakan laluan khusus untuk pegawai atasan Kremlin ketika zaman Kesatuan Soviet Komunis.
Semenjak itu, ‘Blair Lane’ terus dihapuskan.
Di dalam bulan Febuari 2010, Perdana Menteri, Gordon Brown telah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas polis pengiring mengarahkan kenderaan-kenderaan ke tepi supaya beliau boleh melepasi keadaan trafik yang sangat sesak, disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan jalanraya ketika itu. Keesokan harinya, di dalam surat khabar penuh dengan maklum balas marah dari pemandu-pemandu yang tidak berpuas hati, bila mereka diarahkan untuk mematuhi had laju (80km/h), dan diarahkan ketepi untuj memberi laluan kepada Brown melepasi mereka dengan kelajuan (90km/h). Ada diantara mereka sampi menghujahkan, jika perdana menteri boleh melalui laluan itu pada kelajuan melebihi had laju (yang ditetapkan), bermakna tiada apa yang perlu dibimbangkan dari segi keselamatan untuk menaikan had laju di situ!
Ketika majlis angkat sumpah yang diadakan di Istana Buckingham, Brown sampai dengan polis pengiring, manakala pengganti beliau, David Cameron sampai tanpa iringan polis. Ini membuatkan beliau jauh lebih bijak dalam memenangi hati para pengundi. Di dalam satu poll terbaru menunjukkan Cameron mengatasi pesaing-pesaingnya untuk Pemerintah Britain paling dipercayai.
Cameron turut memperkenalkan kod kementerian baharu yang mana objektifnya mensasarkan untuk mengurang perbelanjaan awam dan membina keyakinan orang awam, dengan menghadkan penggunaan kenderaan rasmi kerajaan dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Kod itu berbunyi (lebih kurang begini) “Menteri-mentei dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi untuk hal-hal kerja rasmi dan untuk pergi dan pulang antara rumah dan pejabat di dalam jarak perjalanan yang berpatutan, dengan kefahaman membawa bersama kertas-kertas dan dokumen-dokumen yang rasmi (rahsia). Jika boleh, menteri-menteri digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam.”
Perdana Menteri sendiri dilihat kadang-kadang menggunakan pengangkutan awam, tanpa rombongan.
Mungkin, pendapat menteri-menteri berbeza dengan
20130926-014117.jpg
20130926-014124.jpg
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com