Skip to main content

Wanita Berjaya Menangkap Perogol Melalui Facebook

Penggunaan laman sosial Facebook oleh pihak berkuasa untuk mengesan penjenayah siber seperti pedofil bukanlah sesuatu yang asing.

Melina Thomas
Melina Thomas ketika berusia 13 tahun.

Namun, di Swindon, seorang ibu kepada tiga anak menggunakan aplikasi ini untuk mengesan lelaki yang pernah merogolnya hampir tiga puluh tahun lalu.

Menceritakan detik hitam itu kepada Mail Online, Melina Thomas, 42, dirogol sewaktu berusia 13 tahun pada tahun 1984 oleh Orville Vaughan yang turut dikenali sebagai Bov.

Vaughan yang berusia 20-an pada ketika itu merogol Melina yang sedang dalam perjalanan untuk bertemu teman lelakinya, Simon di sebuah tangga di tempat letak kereta.

Melina Thomas
Melina Thomas berjaya menangkap perogol dirinya.

Melina yang trauma hanya menceritakan kejadian itu kepada Simon dan tidak mahu memberitahu ibu-bapanya.

Akhirnya, pada tahun 1987 dia berterus-terang kepada ibunya namun tetap menolak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatannya selain ketiadaan bukti.

Bagaimanapun, Melina terus dihantui dengan bayangan Voughan dan akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan Facebook bagi mengumpul maklumat perogol itu.

Beliau juga turut bertindak menghubungi beberapa wanita yang dipercayai pernah menjadi mangsa lelaki itu.

Orville Vaughan
Orville Vaughan dipenjara 17 tahun.

Dengan sokongan penuh suaminya, Greg, 50, dia berjaya mengumpul bukti yang mencukupi bagi membuat laporan polis dan seterusnya membawa kepada penangkapan Vaughan yang kini berusia 53 tahun.

Vaughan akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 17 tahun oleh mahkamah. -Mynewshub

Comments