Adsense Link 728 X 15;

Followers

[ Terkini ] Kelantan di ramal Juara Piala Malaysia 2013 , ramalan jurulatih di Malaysia ?

Posted by Zhafran Fauzi Tuesday, October 29, 2013 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Kehangatan Final Piala Malaysia 2013 makin terasa  , pegumuman harga tiket sudah di putuskan , 75,000 tiket telah di putuskan oleh FAM untuk di jual untuk Final Piala Malaysia edisi kali ini.

Namun yang paling hangat adalah ramalan -ramalan jurulatih tempatan , rata -rata antara mereka meramalkan Kelantan akan menjadi juara untuk edisi kali ini .  

Ikuti kata jurulatih tersebut :

B. Sathianathan ( Jurulatih ATM  ) - penentuan juara ibarat bergantung kepada kemahuan Kelantan mahu atau tidak untuk bergelar juara lagi,

Beliau meramalkan perlawanan akhir itu akan berakhir dalam 90 minit masa sebenar yang memihak Kelantan 1-0 atau 2-1.

Tidak mungkin terheret ke masa tambahan biarpun saya puji Pahang yang memiliki Azamuddin Akil, Matias Conti dan R. Gopinathan. Ramai pemain Kelantan yang boleh dikatakan susah nak dikawal tetapi jika Kelantan main lewa atau ambil mudah, keputusannya boleh berubah, katanya.


Ismail Zakaria ( Jurulatiah Sime Darby ) - Kelantan ada pengalaman dan ramai pemainnya kerap beraksi pada perlawanan akhir,katanya, bahagian tengah dan serangan mereka juga lebih baik dan berkualiti,mungkin keputusannya Kelantan menang 2-0 dalam 90 minit.

Namun, jangan pandang rendah Pahang kerana jika Kelantan berbuat begitu dan mengambil ringan lawan, boleh berulang seperti ATM mendahului mereka 2-0 pada separuh akhir di Kota Bharu (Jumaat lalu).

"Mungkin ramai meletakkan Dickson Nwakaeme (pemain import Nigeria) yang menjadi perhatian tetapi saya lebih menggemari dua pemain tempatan Kelantan, Nor Farhan Muhammad dan Badhri Radzi sebagai bintang perlawanan akhir itu, katanya.

Menurut Ismail, Pahang hanya mampu mengubah ramalan keputusannya itu dengan bersandarkan keinginan meluap-luap barisan pemain mudanya untuk menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 1992 dengan menewaskan Kedah 1-0.

Setelah sekian lama Pahang tidak memasuki perlawanan akhir, sudah pasti semangat dan keazaman pemain mereka lebih tinggi berbanding Kelantan yang sudah dua kali juara Piala Malaysia (2010 dan 2012).

Pemain muda ini juga mempunyai motivasi lain iaitu untuk menghadiahkan Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-83, Khamis lalu," katanya yang membawa Sime Darby menceburi Liga Super musim depan, bergelar naib juara Liga Perdana dan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2013


Azraai Khor Abdullah ( Bekas jurulatih Perak ) - Beliau meramalkan Kelantan menang dengan keputusan 3-1 tanpa memerlukan masa tambahan 30 minit,ramai pemain Kelantan sudah berpengalaman perlawanan akhir Piala Malaysia (2009, 2010 dan 2012) dan barisan yang hampir sama akan bermain lagi.
Kualiti Kelantan sudah terbukti ketika separuh akhir kedua menentang ATM apabila dalam 10 minit terakhir pemain mereka masih boleh menyengat. Badhri bakal menyerlah lagi kerana dia mampu mengawal dan mencipta rentak permainan malah menjaringkan gol.

Kelantan terlalu bagus untuk ditewaskan sedangkan Pahang mungkin terlalu bergantung kepada Conti, Alex (Azamuddin) dan Fauzi Roslan (penjaring gol penyamaan separuh akhir kedua menentang Sarawak, Sabtu lalu)  katanya.

Apa-apa pun itu pandangan mereka sama -sama kita tunggu perlawanan tersebut Ahad nanti siapakah akan muncul JUARA PIALA MALAYSIA 2013.
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com