JOHANNESBURG – Afrika Selatan menerima tamparan memalukan selepas seorang lelaki dikesan menyamar penterjemah bahasa isyarat.
Lelaki itu yang tidak dikenali, berdiri di sebelah pemimpin dunia ketika mereka berucap pada majlis penghormatan ke atas pejuang demokrasi, Nelson Mandela.
Penipuan itu disaksikan berjuta-juta penonton di seluruh dunia yang menyaksikan siaran langsung majlis berkenaan.
Malah ketika Presiden Barack Obama berucap, dia turut membuat isyarat bahasa palsu dan langsung tidak difahami oleh golongan pekak.
Menurut Persekutuan Orang Pekak Afrika Selatan, lelaki itu hanya menggerakkan tangannya tanpa sebarang maksud.
Persekutuan berkenaan juga mengesahkan bahawa lelaki tersebut bukan ahli mereka.
Keadaan itu nyata memalukan Kerajaan Afrika Selatan, apatah lagi selepas Presidennya, Jacob Zuma diejek ketika menyampaikan ucapan.
ada link video tak?
ReplyDelete