Skip to main content

PENGUMUMAN : Penjenamaan Semula Blog

Alhamdulillah blog ini telah dibuka semula setelah 4 tahun menyepi dari dunia blogging. Atas pertimbangan dan perkiraan kami, blog ini dibuka semula bagi memaparkan isu semasa dan info-info terkini dari media massa dan digital.

Memasuki era 2020 merupakan era digital di mana ke semua hampir 20 billion manusia di bumi akan menggunakan teknologi dihujung jari sepenuhnya bagi mendapatkan maklumat semasa. Kesempatan ini akan kami gunakan sepenuhnya bagi memenuhi impian dan hasrat negara maju 2020 dalam mengalakkan budaya masyarakat membaca dan berpengatahuan.

Kami juga ingin memaklumkan berkenaan penjenamaan blog ini. Blog ini telah mengalami penjenamaan semula dari blog HaluanKiri ke nama blog yang baru iaitu TehTarikKopiManis. Kami juga tidak lagi menggunakan domain http://zhaf-akumenulis.blogspot.my/ ini sebaliknya berpindah ke domain yang baru iaitu https://tehtarikkopimanis.blogspot.my/. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Kami memohon maaf sekiranya ramai rakan blogger tercari-cari dimanakah kami selama ini. Hilang di laman maya bukanlah disengajakan akan tetapi atas sebab-sebab tertentu dan mengambil kira kesesuaian dan keselesaan pembaca, blog ini mengalami penjenamaan semula dan alhamdulillah content yang lama masih kekal sehingga ke hari ini.

Blog ini akan dikemaskini dari masa ke semasa justeru itu kami memerlukan sedikit sumbangan tenaga dan idea daripada pembaca dan penulis-penulis blog bagi menyumbangkan karya anda ke laman blog ini. Kami juga mencari penulis sambilan atau admin bagi tujuan menguruskan blog ini. Kepada yang berminat boleh lah hubungi admin zhafranfauzi@gmail.com atau haluankiri86@gmail.com.



Editor HaluanKiri@TehTarikKopiManis
5hb Jun 2017

Comments

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-