RM250 billion pakej rancangan ekonomi diumumkan Muhyiddin Yassin. Semuanya untuk rakyat. Purata seorang dapat RM8,000 dengan mengambil kira teori pendapatan Makcik Kiah. Muhyiddin baru jadi PM baru sebulan. Tentulah duit itu adalah dikumpul pada zaman Najib Razak dan dicermati oleh kerajaan PH yang sebelum ini Muhyiddin juga ikut jadi kerajaan. Sesiapa yang waras dan mata tidak buta akan dapat mengira bahawa peruntukan itu dari kerajaan sebelum ini bukan hasil dan jereh perik kerajaan baru berusia sebulan. Justeru kepada penyokong kerajaan PN tidak perlu mendabik dada. Kerajaan PN sesungguh belum teruji. Makcik Kiah pun faham yang wang diberikan RM8,000 itu juga duit yang dikumpulnya selama ini. Macamlah pencarum KWSP yang mengeluarkan wang mereka itu adalah hak mereka. Cuma kerajaan PN menjadi pemudah cara sahaja. Ini kena faham betul-betul. Dan selepas habis Covid-19 ini (kita doakan selesai segera), sekiranya kerajaan PN panjang umur ia akan berhadapan dengan mas
BANYAK juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi. Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya, izinkan saya menulis semula nukilan bertajuk "Pakej Kiah Tertipu". Rencana tersebut adalah analisis pakar ke atas pakej berkenaan. Antara perkara perlu dipertimbangkan dan difahami adalah seperti berikut: 1. Walaupun pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10% atau hanya sekitar RM22 bilion saja duit kerajaan. Yang selebihnya adalah duit rakyat jelata sendiri. Duit kita. 2. Namun kita alu-alukan peruntukan tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi wabak besar Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang. 3. Kalau kerajaan hanya peruntukkan RM22 bilion duit negara, dari manakah datang jumlah RM250 bilion yang Muhyiddin umumkan itu? 4. Jawapannya ada