Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Seluruh Pemimpin Mahasiswa Perlu Tampil Bantah BTN

Dasar BTN Yang Tersasar Rata-ratanya umum sudah mengetahui doktrinisasi yang diamalkan UMNO melalui BTN yang sememangnya berbaur kepentingan politik dan perkauman yang melampau. Membakar semangat kemelayuan, membunuh simpati terhadap pembangkang dan kemudian mendewa-dewakan UMNO sebagai penyelemat bangsa terus menjadi modus operandi BTN untuk memelihara survival UMNO. Sepanjang pengalaman menyertai program BTN di sekolah, memang cukup menyedihkan apabila melihat penceramah yang memiliki mustawa ilmu yang cukup tinggi namun sanggup menjadi balaci yang membenarkan pembohongan. Pada perkiraan saya, BTN tidak lagi memainkan peranan yang sebenar dalam memupuk semangat patriotisma namun lebih menjurus kepada perpecahan akibat sentimen permusuhan politik dan bangsa.

Lakonan Disebalik Tabir Datuk T

Memandangkan suasana Politik negara kita makin lama makin kotor jadi aku tak nak sembang lebat dengan korang, cukup lah korang tengok video ni betul2. Mungkin ini lah skrip Konspirasi Anwar kali ke berape tah. Aku pun dah bosan orang asyik serang Anwar je. Balik2 modal liwat pastu skang ni pasal zina pulak dah...Dah layan video ni...zazzzzzzzzzz..... p/s: Setahu aku mana2 orang yang disyaki terlibat dalam menyebarkan video porno akan dikenakan tindakan undang2. Aih Datuk T takkan nak biar lepas je??? “Tiada seorang pun boleh : (a) ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau. (b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam”.Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 Lu Pikirlah Sendiri!!!

Kisah Lawak DNA

Kisah lawak wartawan dengan para demo desak DSAI serah DNA Situasi : Tempat Demon trasi Serah DNA. Selepas penat berdemontrasi dan tunjuk perasaan oleh kaum wanita agar DSAI menyerah sample darah untuk membuat padanan DNA, maka mereka pun berehat-rehat. Peluh berjujuran dan mereka kelihatan agak semput. Lalu datang seorang wartawan mendekati mereka untuk menemu bual;

Gerakan Mahasiswa Tergugat?

Petikan buku  Politik Kampus Di Sebalik Tabir , karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.25-47 Tragedi Kelesuan Politik Kampus-Bah. 1 Gerakan Mahasiswa Tergugat? Politik perkauman antara mahasiswa boleh membahayakan kedudukan masyarakat dan penentangan oleh mahasiswa-mahasiswa terhadap ' establishment'  boleh membahayakan kedudukan kerajaan. Perkembangan yang berlaku sebelum akta tersebut dilaksanakan jelas menunjukkan bahawa pihak pemerintah telah mulai merasa bimbang terhadap tindak tanduk sesetengah pihak yang ingin menjadikan universiti mengikut cita-cita perjuangan politik mereka.

Kongres Mahasiswa Nasional 12 Mac

KUALA LUMPUR, 9 Mac:  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional akan mengadakan kongres Gerakan Mahasiswa Nasional (KGMN) ke-2 pada 12 Mac ini. Menurut Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Ahmad Shukri Kamaruddin, KGMN ke-2 bertujuan menghimpunkan aktivis mahasiswa daripada seluruh negara khususnya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk membincangkan hala tuju dan pergerakan mahasiswa sepanjang tahun 2011.

Pilihanraya Kampus: Ke Arah Melahirkan Pemimpin Karismatik Muda

Apabila artikel ini tersiar pilihanraya kampus yang diadakan serentak di seluruh Malaysia sudah berakhir.Rata-rata keputusan menunjukkan kumpulan pelajar pro aspirasi kerajaan dan pro pembangkang agak seimbang penguasaannya. Kampus-kampus seperti UUM,UiTM dan Kolej Tun Hussein Onn dilaporkan dimenangi oleh pro aspirasi kerajaan. Kampus-kampus seperti UM,UTM dan UKM masih dikuasai oleh pro-pembangkang. Pada hemat penulis label pro pembangkang dan pro aspirasi kerajaan hanya timbul selepas media memeberikan liputan luas terhadap pilihanraya kampus pada tahun ini.

Mahasiswa Bangkit!!

Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis. Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya.