Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Salih kecewa, bakal bersara dunia hiburan

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman  YouTube  berjudul  Bangkang dari Longkang  . Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. "Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah sem uanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi  Utusan Malaysia  hari ini. Iklan Kami sedang mencari seorang yang rajin menulis atau aktif berblogging tentang isu semasa/sukan/politik untuk menjadi p

WARNING: Teknik terbaru pencuri wang dari kredit telefon bimbit

Perhatian Utk Semua Rakyat Malaysia!  [Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call". Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat. Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut. Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda] Kami Prihatin! Anda Bagaimana?  p/s: Admin baru sahaja dapat missed calls dari nombor +37091009135. Nombor pun dah pelik. Ada yang dah terkena? Iklan Admin sedang mencari seorang yang rajin menulis atau aktif berblogging tentang isu semasa/sukan/politik untuk menjadi penulis k

Penjara Pudu (1895-1996) Dalam Kenangan

Setakat tempoh 36 tahun ( 1960-1996), ia telah meragut seramai 180 nyawa manusia yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah berat. Ini belum dikira dari semenjak Penjara Pudu pada tahun 1895, di mana beribu-ribu dipercayai mati di tali gantung kerana melakukan pelbagai kesalahan berat seperti membunuh, menculik dan mengedar dadah. Dalam zaman Jepun dipercayai ramai tahanan-tahanan perang yang dijatuhkan hukuman di sini termasuklah orang-orang Cina yang menjadi tahanan perang. Kegerunannya dirasaikan oleh sesiapapun apabila ianya disebut-sebut dan diceritakan. Begitulah badi yang ditinggalkan oleh bilik maut Penjara Pudu. Kalau hendak disingkap peristiwa yang terakam di dalam Penjara ini memang sangat banyak. Antaranya:- Kejadian Doktor Radzi bin Jaffar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986 adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan menjadikan

IKEA tarik balik penjualan bebola daging

KUALA LUMPUR : Ikea menarik balik bebola daging yang dijual di restorannya berikutan dakwaan produk terbabit dicemari daging kuda. Arahan ini melibatkan semua gedung Ikea di 21 negara eropah, susulan penemuan DNA kuda oleh pihak berkuasa Republik Czech pada Isnin. Bebola daging Ikea yang dijual di hampir seluruh negara Eropah, dibekalkan oleh satu syarikat yang berpangkalan di Sweden. Namun gedung Ikea di luar Eropah, tidak terjejas dengan arahan ini. Jurucakap Ikea memberitahu, pihaknya sudah menjalankan ujian di semua produk makanannya dua minggu lalu, tetapi tidak menjumpai sebarang kandungan daging kuda. Oleh itu, Ikea akan menjalankan satu lagi ujian, bagi mengesahkan penemuan oleh pihak berkuasa Republik Czech. Pihak berkuasa kesatuan Eropah sebelum ini memaklumkan isu pencemaran daging kuda ini hanya melibatkan penipuan pada label produk, dan ia tidak memberi risiko kesihatan. Iklan Kami sedang mencari seorang yang rajin menulis atau aktif b

Manifesto Pakatan Rakyat(PR) tumpu 4 teras utama

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat. Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.   Rakyat Bersaudara  Dalam teras Rakyat Bersaudara, PR memfokuskan kepada beberapa bahagian, antaranya setiap isteri layak menerima Caruman Wanita Malaysia sebagai jaringan keselamatan sosial menjamin kebajikan mereka. Di bawah caruman ini, suami wajib di sisi undang-undang mencarum mengikut kadar pendapatan antara RM10 hingga RM100 sebulan dengan syarat caruman ini boleh dikeluarkan isteri dalam keadaan tertentu seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun. Kerajaan juga menyumbang RM50 se

Sejarah Kes Jenayah Mona Fandey

Pembunuhan ahli politik Datuk Mazlan Idris merupakan antara kes pembunuhan yang boleh dianggap paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia. Pembunuhan yang memeranjatkan negara itu berikutan penemuan tubuh Mazlan yang telah dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam menggunakan simen, mempunyai ciri-ciri pemujaan. Perbicaraan selama 69 hari pada 1994 mendengar cerita sensasi berhubung ilmu hitam, wang dan politik. Jika tidak kerana kecekapan polis, pembunuhan yang dirancang rapi oleh pasangan Mohamed Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail (lebih dikenali sebagai Mona Fandey) serta dilakukan oleh pembantu mereka, Juraimi Husin, mungkin terlepas sebagai jenayah sempurna. Kehilangan Mazlan, ketika itu anggota Dewan Undangan Negeri Pahang berusia 49 tahun, pada awalnya tidak banyak menimbulkan syak wasangka tetapi apabila beliau gagal dihubungi oleh anggota keluarga lebih seminggu, polis mula bertindak. Sebelas hari selepas pembunuhan itu yang ter

Jawapan Balas TG Nik Aziz terhadap tuduhan Harrussani

Bingkisan Saya Kepada Mufti Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat. Saya mengira kenyataan ini sanga t berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.  Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan

BR1M: Najib kata RM500 cukup makan setahun

BERSEPAH…buku ‘Janji Ditepati’ yang diedarkan oleh Najib dan Ahmad Said tidak dipedulikan para hadirin. KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 cukup untuk makan setahun. Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan. Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain. “Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi. “Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Program J

Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno

Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.   Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia  ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan  UMNO dan PAS  sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.  Antara mesej  titah  baginda ialah; i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi  parti   yang dipimpin dan  dianggotai oleh  golongan ulamak,  professional,  teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO. ii) Kehebatan PAS  yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta  tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya. iii) Kekuatan PAS sebagai wadah kepimpinan

Syukur Saya Dapat BR1M 2.0

Dari blog SolihinZubir Alhamdulillah.. Syukur. Tadi saya telah berjaya menghadirkan diri ke majlis penganugerahan BR1M 2.0 walaupun saya sengaja pergi lewat semata-mata untuk mengelakkan diri dari mendengar ceramah pemimpin BN kawasan tempat saya yang tujuan utamanya tidak lain tidak bukan untuk berkempen mempromosi diri sempena PRU13 yang bakal tiba nanti. Setelah melalui beberapa prosedur yang mana saya terpaksa beratur panjang sebanyak 3 kali dengan penuh kesabaran dan semangat berkobar-kobar, akhirnya saya berjaya juga menggenggam segumpal wang kertas berjumlah RM250 tunai. Sesungguhnya, wang kertas bernilai RM250 tu sungguh besar nilainya bagi saya sebagai seorang rakyat marhaen yang masih bujang dan tidak makan rasuah. Dengan tidak semena-mena, persepsi saya terhadap Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah berubah. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga  kepada Kerajaan BN di atas pemberian BR1