Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

[VIDEO] J Sze, Gadis Cina Bukan Islam Yang Berpuasa

SENSASI DI YOUTUBE: Gadis cina hot BUKAN ISLAM memberi hujah-hujahnya mengapa beliau berpuasa di bulan Ramadhan! KEBANGKITAN PENDAKWAH BUKAN ISLAM! J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam  child psychology . J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -Xifu Naser

Rais tarik balik logo Hari Merdeka

(Logo Hari Merdeka ke 55 yang ditarik balik oleh Rais) KUALA LUMPUR:  Selepas diserang kiri dan kanan akhirnya Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan negara yang ke 55. Namun, Rais berhelah bahawa "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi."  Rais berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas. Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. Pelbagai pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari  Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bender

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati

SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin. Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang. Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam. Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah. Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam. Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui. “Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebaga

PILIHAN RAYA KAMPUS SEPTEMBER INI ?

29 Julai, Kuala Lumpur- Pilihan Raya Kampus akan diadakan bergantung kepada keputusan dari Pejabat Perdana Menteri menurut seorang mahasiswa. Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Muhd Taufiq Abdul ketika dihubungi berkata “Hampir 6 bulan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) tidak berfungsi kerana masih belum diadakan pemilihan yang baru. Keputusan tarikh PRK akan ditentukan oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri bukannya diputuskan oleh pentadbiran kampus.” “Campurtangan dari Pejabat Perdana Menteri dan beberapa individu dari sebuah parti politik telah mengetepikan peranan naib canselor universiti yang mempunyai autonomi dalam mentadbir universiti masing-masing,” katanya. Muhd Taufiq berkata, beliau menjangkakan tarikh PRK akan diadakan pada September ini selepas sesi kemasukan baru mahasiswa sarjana muda pada 2 Sepetember ini. “Sepanjang minggu orentasi mahasiswa baru pada awal Sepetember ini peluang terbaik yang akan digunakan Aspirasi dan Penggerak Mahasiswa untuk memperkenalkan c

Satria NEO WWW1 Sultan Johor terlibat kemalangan?

KHABAR angin tersebar sejak semalam mendakwa kononnya kereta  Satria NEO milik Sultan Johor  yang pernah menjadi kontroversi berhubung harga no pendaftaran bernilai RM500,000  terlibat dalam satu kemalangan . Bagaimanapun beberapa gambar yang disebarkan  tidak satu pun  menunjukkan nombor pendaftaran kereta tersebut. Umum mengetahui nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor dipasang pada sebuah  kereta Satria NEO berwarna jingga . Oleh itu beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kereta Satria NEO berwarna jingga yang terlibat dalam satu kemalangan di sekitar Yong Peng Johor  dispekulasikan  sebagai kereta milik Sultan Johor. Namun halaman facebook rasmi Sultan Johor telah mengeluarkan kenyataan  menafikan  bahawa kereta tersebut adalah milik Sultan Johor.-MiloSuam

[VIDEO] MAJLIS PEMBUKAAN OLIMPIK LONDON 2012 – PALING HEBAT DALAM SEJARAH OLIMPIK DUNIA

Simply Amazing- itulah ayat paling sesuai untuk menceritakan pembukaan Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di Olympic Stadium di Kota London awal pagi tadi. Majlis berlangsung selama hampir 3 jam 45 minit – dengan setiap saat penuh dengan kekaguman. Hampir 80,000 penonton memenuhi stadium berkenaan dengan ratusan juta lagi menonton siaran langsung di seluruh dunia. Obor dinyalakan tujuh remaja dan bukannya oleh seorang seperti tradisi sebelum ini, satu kelainan yang layak diberikan pujian. Pengisytiharan pembukaan dilakukan Ratu Britain, Ratu Elizabeth. Menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada, dari keindahan bumi United Kingdom, sejarahnya yang panjang dan kaya kepada pelakon-pelakon terkenal British seperti Rowan Atkinson (Mr Bean) dan Daniel Craig (James Bond), semua diadun untuk mewujudkan antara pembukaan olimpik yang terhebat pernah disaksikan. Perancangan selama tujuh tahun bagi menganjurkan Olimpik London 2012 menyaksikan upacara pembukaan awal pagi tadi tertumpu

Restoran Mcdonalds Terbesar Di Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, mesti ramai yang pernah makan di restoran  Mcdonalds  ni kan? haa, tapi tahukah anda restoran ni juga ada dicatatakan sebagai restoran  Mcdonalds  terbesar di dunia? tengok gambar di bawah ni.. dipetik dari dailymail Perghhh, memang besar yang amat, Restoran ini terletak di 200 meter daripada stadium Olimpik utama di Stratford, timur London. Ianya mempunyai keluasan 3000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan sebanyak 500 pekerja dan sebanyak 200 pekerja akan bertugas pada satu shift.. Memang tak menang tangan la nampak gaya pekerja Mcd ni..hehe

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam

Tidak ramai yang tahu bagaimana  telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali . Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. Berapa Juta Liter Air Zam-Zam? Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang,  Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter . Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan  kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter . Keanehan Air Zam-Zam Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air z

Pengakuan Farid Ismeth Emir. Kenapa setelah lebih 10 tahun?

Pengakuan Farid Ismeth Emir dalam satu video wawancara menjadi perbualan hangat masa ini. Semua seronok dengan sorakkan kegembiraan dan kononnya berjaya menepis gossip yang berusia lebih 10 tahun usianya. Inilah dikatakan “Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama”. Selain itu dikatakan kononnya blogger “mimpisenja” bertanggungjawab terhadap pendedahan Cerita Madu 3 juga adalah satu lagi andaian kerana cerita itu bukan berasal dari blog tersebut. Inilah yang dikatakan, blogger upahan cepat berteriak untuk mendapat nama dan takhta di mata pemimpin yang membayar mereka dan lupa kepada fakta dan cerita sebenar disebalik terbitan cerita Madu 3. Hampir sepuluh tahun menaggung malu, tertekan dan sebagainya dan ini membuat pelbagai persoalan wujud pada cerita pengakuan ini.. Pengakuan Farid Ismeth Emir:-   Provokasi  malaysiacrisis.blgspot.com  akhirnya membawa pengakuan  disebalik gosip berusia hampir sepuluh tahun. Agak pelik apabila saya lihat cerita ini telah lama wuj

Heroin The “Twilight” Curang

Los Angeles – `Saya cintakan dia , saya cintakan dia, saya minta maaf’ itu permohonan maaf daripada Kristen Stewart kepada kekasihnya, Robert Pattinson selepas aktres tersebut ditangkap berlaku curang dengan pengarah filem, Rupert Sanders. Permohonan maaf itu susulan gambar antara Stewart, 22 dan pengarah filem Snow White And The Huntsman, Rupert sedang berpeluk dan bercium berjaya dirakamkan oleh paparazi. Rupert, 41, telah berkahwin dengan model Liberty Ross dan mempunyai dua orang anak. Menurut majalah People, Kristen turut melahirkan kekesalan kerana telah melukakan banyak pihak dan perbuatan itu disifatkan sebagai memalukan. Setakat ini tiada jawapan atau reaksi daripada Robert. Aktor tersebut sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk melamar Kristen. Hubungan sulit itu bermula selepas Kristen berlakon di bawah arahan Rupert dalam filem Snow White And The Huntsman. Malah isteri Rupert, Liberty, 33, turut berlakon sebagai Queen Eleanor, iaitu ibu tiri Kristen dalam

Gambar-Gambar Rumah Mewah $7 juta Mark Zuckerbergs

Mari kita lihat gambar-gambar rumah mewah milik Mark Zuckerbergs yang bernilai  $7 juta 

"Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek"

KUALA LUMPUR:  Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita. Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu. Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini. "Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan. "Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.  "Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin. Nasrudin membuat gesaan ini me

Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006. Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010. Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi. "Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya. Menurut Rafizi, harga kereta

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.  Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden. Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin me

“cakap-cakap belakang” wartawan mengenai UMNO

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT SEHARI sebelum menulis kolum ini, saya telah menemui beberapa orang rakan penulis. Dua daripadanya adalah penulis senior dan secara konsisten menyokong Umno sejak awal 1980-an lagi. Seorang lagi adalah kolumnis sebuah akhbar harian yang sering memuji dan memuja pemimpin Umno dan mengkritik parti pembangkang. Walaupun kami dari kem politik berbeza, persahabatan tetap persahabatan. Kita boleh bertegang urat mengatakan itu benar dan ini salah. Namun semua itu tidaklah sampai ke peringkat menjadi emosional hanya semata-mata untuk memenangi debat. Pada pertemuan itu, melainkan seorang penulis yang pengkhususannya lebih kepada persoalan sosial dan bersifat non-partisan, hanya saya seorang sahaja yang berada di pihak pembangkang. Walaupun mereka yang lainnya masih jitu memperjuangkan Umno namun semuanya bersetuju betapa kuasa pemerintahan yang selama ini dinikmati oleh parti tersebut kini sedang menempuhi hari-hari terakhirnya. “Tapi Dr Mahathir confid

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya, sini ada 13 tempat dianggap paling berhantu di Malaysia.. 1.Highland Tower – Kuala Lumpur Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana. 2. Banglo Mona Fandey Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia. 3. Kemayan City – Johor Bahru Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus. 4. Lebuhraya Karak