Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pandangan

KERAJAAN PN HANYA PEMUDAH CARA SAHAJA

RM250 billion pakej rancangan ekonomi diumumkan Muhyiddin Yassin. Semuanya untuk rakyat. Purata seorang dapat RM8,000 dengan mengambil kira teori pendapatan Makcik Kiah. Muhyiddin baru jadi PM baru sebulan. Tentulah duit itu adalah dikumpul pada zaman Najib Razak dan dicermati oleh kerajaan PH yang sebelum ini Muhyiddin juga ikut jadi kerajaan. Sesiapa yang waras dan mata tidak buta akan dapat mengira bahawa peruntukan itu dari kerajaan sebelum ini bukan hasil dan jereh perik kerajaan baru berusia sebulan. Justeru kepada penyokong kerajaan PN tidak perlu mendabik dada. Kerajaan PN sesungguh belum teruji. Makcik Kiah pun faham yang wang diberikan RM8,000 itu juga duit yang dikumpulnya selama ini. Macamlah pencarum KWSP yang mengeluarkan wang mereka itu adalah hak mereka. Cuma kerajaan PN menjadi pemudah cara sahaja. Ini kena faham betul-betul. Dan selepas habis Covid-19 ini (kita doakan selesai segera), sekiranya kerajaan PN panjang umur ia akan berhadapan dengan mas...

Pakej Rangsangan: Antara Duit Kerajaan dan Duit Rakyat - A.Kadir Jasin

BANYAK  juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi. Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya, izinkan saya menulis semula nukilan bertajuk "Pakej Kiah Tertipu". Rencana tersebut adalah analisis pakar ke atas pakej berkenaan. Antara perkara perlu dipertimbangkan dan difahami adalah seperti berikut: 1. Walaupun pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10% atau hanya sekitar RM22 bilion saja duit kerajaan. Yang selebihnya adalah duit rakyat jelata sendiri. Duit kita. 2. Namun kita alu-alukan peruntukan tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi wabak besar Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang. 3. Kalau kerajaan hanya peruntukkan RM22 bilion duit negara, dari manakah datang jumlah RM250 bilion yang Muhyiddin umumkan itu? 4. Jawapannya...

DR MAZA: Nyahkan Bangsawan Samseng

Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi. Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’. Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa saha...

ISU JUAL TANAH - Surat Terbuka Buat Sultan Johor

Rakyat yang berani. Hebat. Bagi mereka yang tidak tahu apa2 mengenai isu penjualan tanah kepada syarikat asing oleh Sultan Johor boleh baca  ini  dulu. Jom layan surat terbuka dari Syafik Yahya kepada Sultan Johor. Teguran Suci Rakyat Marhaen kepada Sultan Johor Bismillahirrahmannirrahim, Adapun patik rakyat biasa, tiada harta berjuta ria, cukup dengan sekadar yang ada. Tidak selayaknya menasihati tuanku yang disanjung merata-rata. Tiadalah berita yang mendukacitakan selain membaca keratan akhbar tentang enam 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor (tuanku) telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion. Urusniaga tersebut menyaksikan transaksi rekod jualan lebih sekali ganda daripada urusniaga jualan tanah di Danga Bay juga kepada pelabur asing pada Disember tahun lepas iaitu pada RM 860 kaki persegi. Penarikan pelaburan asing dari China itu bagi membangunkan segmen pasaran hartanah disamping segmen pendidikan, pelancongan dan lain-lain. H...

Kalau ada rizab RM2.7 bilion, apa salahnya naik gaji

Oleh : Shahbudin Husin Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini hangat diperkatakan. Ramai yang menyifatkan kenaikan yang diusulkan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan diluluskan oleh DUN Selangor itu terlalu tinggi terutama bagi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker yang hanya bertugas mempengerusikan sidang Dewan Undangan Negeri beberapa kali saja dalam setahun. Struktur gaji baru itu ialah Menteri Besar daripada RM14,175 kepada RM29,250, anggota Exco daripada RM6,109 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250. Selain Anwar Ibrahim selaku Penasihat kerajaan negeri Selangor yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi manakala Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor turut membantah dan meminta ia ditangguhkan, beberapa pihak lain turut membantah. Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menyindir bahawa kenaikan dengan mengatakan, gaji sebanyak...

[VIDEO] Bolehkah Mengundi Calon Bukan Islam?

PRU13 akan berlangsung tak lama lagi. Berikut dikongsikan tentang apakah hukum kita undi Calon Bukan Islam dalam Pilihanraya nanti? Banyak kekeliruan telah timbul, ada sebahagian pandangan yang meletakkan Haram! Begitu sekali beratnnya dihukumkan. Jadi, dengan jawapan Ust Dr Zaharuddin Abdul Rahman di atas diharap semua jelas.

Memecah Kematu Minda, Menuju Pilihan Raya

TADI makan tengah hari bersama teman yang bakal jadi calon DAP di penghujung paling Selatan benua Asia. Di Johor tentunya. Nama dan kaumnya juga masih belum boleh saya tuliskan, kerana belum sampai hari penamaan. Kami DAP memang disiplin dan menurut peraturan. Bendera pun belum boleh pacak. Sambil kami makan nasi goreng dan bercerita tentang makanan laut di Tanjung Piai yang melimpah ruah, keropok lekor yang disalut tepung dan roti canai cicah sambal tumis, beliau berkisah tentang pengundi Tanjung Piai yang ditemuinya, dan bagaimana respon mereka terhadap rayuan undinya. Menurut beliau, ada seorang makcik yang tanpa banyak dalih terus menjawab dengan lidah Jawa yang fasih, mafhumnya, ‘Biarlah aku susah, miskin, asalkan UMNO menang.’ Kawan saya itu hela nafas panjang. Saya sendiri menepuk dahi. Apa ini? Apakah jampi serapah yang sudah di’mandrem’ kepada orang Johor sehingga sanggup dan rela kekal dalam keadaan susah asalkan UMNO berkuasa. Eh makcik tahu tak keluarga Ketua ...

Jawapan Balas TG Nik Aziz terhadap tuduhan Harrussani

Bingkisan Saya Kepada Mufti Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat. Saya mengira kenyataan ini sanga t berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.  Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berke...

Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno

Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.   Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia  ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan  UMNO dan PAS  sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.  Antara mesej  titah  baginda ialah; i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi  parti   yang dipimpin dan  dianggotai oleh  golongan ulamak,  professional,  teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO. ii) Kehebatan PAS  yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta  tazkirah dan syarah...

Syukur Saya Dapat BR1M 2.0

Dari blog SolihinZubir Alhamdulillah.. Syukur. Tadi saya telah berjaya menghadirkan diri ke majlis penganugerahan BR1M 2.0 walaupun saya sengaja pergi lewat semata-mata untuk mengelakkan diri dari mendengar ceramah pemimpin BN kawasan tempat saya yang tujuan utamanya tidak lain tidak bukan untuk berkempen mempromosi diri sempena PRU13 yang bakal tiba nanti. Setelah melalui beberapa prosedur yang mana saya terpaksa beratur panjang sebanyak 3 kali dengan penuh kesabaran dan semangat berkobar-kobar, akhirnya saya berjaya juga menggenggam segumpal wang kertas berjumlah RM250 tunai. Sesungguhnya, wang kertas bernilai RM250 tu sungguh besar nilainya bagi saya sebagai seorang rakyat marhaen yang masih bujang dan tidak makan rasuah. Dengan tidak semena-mena, persepsi saya terhadap Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah berubah. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga  kepada Kerajaan BN di atas pemberian...

Media PB Terus Burukkan Imej Nik Aziz

Tokguru Nik Aziz semasa dalam masjid Haram. Usaha  untuk memerangkap Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat agar kelihatan buruk dan kontras dengan syaksiahnya sebagai seorang ulamak dan menteri besar terus dimainkan oleh media massa penjilat buntut. Media massa ini yakin dengan cara itu saja imej dan wibawa Nik Aziz akan hancur dan akhirnya rakyat akan membenci beliau seterusnya memberi undi kepada UBN. Kesanggupan melakukan manipulasi ini adalah gambaran keterdesakan yang amat sangat di pihak musuh politiknya UBN sehinggakan sanggup melakukan apa saja cara tanpa lagi mengira dosa dan pahala. Media massa PB ini akan mengintai dari segenap sudut dan 'jerun' mana untuk melihat kesalahan Nik Aziz. Semua sunnah Nik Aziz akan dipersalahkan. Dari cakap-cakapnya, cara berjalannya, batuknya hatta cara dia memutar serban juga diintai dan ditilik. Kalau boleh cara Nik Aziz tidur bersama isterinya juga akan dipersoalkan. Nasib baik media massa PB ini tidak arif dengan kaed...