Umum mengetahui negara kita dilanda fobia warna kuning atau lebih tepat lagi dipanggil 'demam kuning'. Ini realiti dan fakta bukannya auta kerana hampir semua paparan berita di media massa berkaitan dengan soal warna kuning. Dan bertambah parah apabila media2 rasmi yang sepatutnya menjadi suara rakyat kini telah pun menjadi lidah rasmi bagi pihak2 berkepentingan dengan menyebarkan berita yang berunsurkan fitnah, provokasi serta ugutan kepada rakyat Malaysia yang ingin menyertai perhimpunan tersebut. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang pemuda diusir keluar dari masjid ketika hendak menunaikan solat oleh seorang pak cik masjid. Dia dihalau oleh pak cik masjid tersebut hanya kerana memakai tshirt kuning dan tertera perkataan "bersih" .
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan