Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

LIHAT VIDEO INI - LEPAS INI ESKAY KENA BELAJAR MENGUCAP DAN BELAJAR BAB QAZAF

Tahniah kepada ustaz tu yang sedar tanggungjawabnya menegur geng three strooges yang jahil tu tentang apa dia sumpah. Tanggungjawab dia dah lepas, terpulang kepada geng strooges termasuk dengan yang ada kes dakwaan rogol budak bawah umur dulu untuk bersumpah, tapi dia cerdik tak mahu bersumpah. Dia guna wakil, katanya tapi kita dengar Eskay hanya sebut `aku' bukannya `kami' bertiga. Nampaknya Eskay yang bodoh.

Cara naik kereta api paling menakutkan

Tahukah anda, untuk naik keretapi di Yangon, Myanmar anda perlu menjadi seperti seorang ‘superhero’. Ini kerana, keretapi di sana kadang-kadang tidak berhenti di stesen tertentu sebaliknya pemandu keretapi hanya akan memperlahankan keretapi bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menaikinya. Bila keretapi ni tak berhenti maka akan terjadilah situasi seperti di dalam video kat bawah ni. Anda tengoknya sendiri.

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Seharian suntuk penulis menghabiskan masa bershopping di PWTC bersama emak dan adik-adik penulis. Penulis sempat jugak lah ambil 4-5 keping gambar buat tatapan teman-teman yang ziarah ke blog penulis ni. 

Mesti Tengok! Kolam Renang Mewah

Anda mungkin pernah berenang di pelbagai kolam renang seperti kolam renang di hotel, kondo malah persendirian, namun pernahkah anda ke tempat kolam renang yang pastinya idaman kebanyakan orang seperti di bawah?

Saya Tidak Perlukan email 1Malaysia.. Anda??

Saya terpanggil untuk menyahut seruan rakan-rakan blogger yang lain untuk menyatakan pendirian berkenaan email 1Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, adakah anda memerlukan email 1Malaysia? Apakah fungsinya email tersebut? Bukankah kita semua sudah mempunyai email seperti Gmail dari Google dan Yahoomail dari Yahoo? Saya sendiri memiliki berbelas-belas email percuma dari Gmail dan Yahoo, itu tidak termasuk dari email-email percuma jenis lain.

Konspirasi World Cup 2010

SHARE IMAGE ZOOM Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih kepada saudara  Rijal82 ,  JTR ,  BradoKapak   dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.

Ponteng Kelas Hasil Berbaloi jadi Juara Nasyid Peringkat Negeri Selangor

Di saat penulis menunggu keputusan pilihanraya DUN Sarawak di laman-laman sesawang blogger dan facebook, penulis dikejutkan dengan berita kemenangan adik penulis iaitu Muhammad Zuhair b. Fauzi di atas pencapaian selaku Johan acara Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Selangor 2011 yang berlangsung di Bangi tengah hari tadi. Sebaik mendengar berita kemenangan tersebut hasrat penulis memang ingin menulis terus didalam blog tetapi ketiadaan gambar menyebabkan penulis menangguhkan hasrat untuk menulis dan hari ini penulis berpeluang menulis sedikit atas pencapaian adik penulis.

Jangan Takut Kahwin Awal

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

Rapuh.....

Detik waktu terus berjalan berhias gelap dan terang suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan... Seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati di antara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata ku persembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidup... Meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu... Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahta... Detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu....

AHAD INI - UNTUK ANAK MUDA

YANG MUDA BERSATULAH! JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT Salam hormat, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran pada : Tarikh :  10 April 2011 (Ahad) Masa :  Bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang Destinasi:  KL Sentral - Seremban - KL Sentral Anjuran :  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Siri jelajah dari KL ke Seremban ini diadakan bagi menunjukkan rasa protes mahasiswa terhadap suasana politik tanah air yang dilihat terlalu jijik & kotor terutamanya dalam isu video lucah yang kini hangat diperkatakan di seluruh negara. 

Proton Satria Neo Supercharged-Edisi Penghargaan Lotus Renault

Proton Motorsports, sekali lagi tampil dengan projek terbaru selepas versi  Proton R3 Satria Neo  berjaya dilancarkan dengan jayanya. Sekarang sempena sukan permotoran Formula 1 yang bakal diadakan di Sepang pada 8-10 April, sebagai penghargaan (tribute) kepada pasukan Lotus Renault GP yang membawa jenama Group Lotus dan Proton, sebuah lagi versi edisi khas Satria Neo R3 iaitu  Proton Satria Neo Supercharged.

Remaja 12 tahun lahirkan bayi semasa lawatan sekolah

Seorang remaja perempuan di Belanda yang berusia 12 tahun selamat melahirkan seorang bayi di saat menyertai sebuah lawatan yang dianjurkan oleh sekolahnya. Remaja dari Groningen, 183 km di Utara Amsterdam itu sebelumnya pada 22 Mac lalu ada mengadu mengalami sakit perut semasa keluar bersiar-siar bersama-sama rakan sekelasnya. Guru yang menyedari remaja ini akan melahirkan bayi, segera memanggil ambulan. Remaja tersebut dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat di salah sebuah bangunan berhampiran .