Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sukan

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013: Kelantan Bolot 5 Anugerah, Piya Diumum Pemain Paling Bernilai!

Sekarang sudah terjawab apakah keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 , Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali dengan nama PIYA telah di Anugerahkan Pemain Paling Bernilai (MVP) 2013. Berikut adalah senarai kategori pemenang: Persatuan Bolasepak Negeri Terbaik: Terengganu FA Kelab Bolasepak Terbaik : Sime Darby FC Kelab Penyokong Terbaik : Kelantan   Pengadil Terbaik : Nagor Amir Mohamad  Penolong Pengadil Terbaik : Sabri Md Daud  Anugerah Fairplay : PDRM Anugerah Khas : Datuk Paul Mony, Datuk Dell Akhbar, Datuk Seri Azzuddin Ahmad, Datuk Ibrahim Saad Pemain Harapan Terbaik : Junior Eldstal (Sarawak) Pemain Asing Terbaik : Marlon Alex James (ATM) Jurulatih Terbaik : Dollah Salleh (Pahang) Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)  Pertahanan Terbaik : Baihakki Khaizan (Lions XII) Pemain Tengah Terbaik : Badhri Radzi (Kelantan)  Penyerang Terbaik : Norfarhan Muhammad (Kelantan) Pemain Paling Bernilai (MVP) 2013: BADHRI RADZI (Ke...

3 Serangkai TRW Bakal Menyengat

GANDINGAN tiga pemain import, Mohamed Ghaddar, Mohamed Shawky dan Francis Forkey Doe bukan saja bakal menguatkan pasukan The Red Warriors (TRW) musim depan, malah mampu membantu pasukan itu mengekalkan reputasi sebagai pasukan bola sepak terbaik negara. Bekas jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengibaratkan kehadiran tiga pemain import itu sebagai bonus kepada TRW. Karathu berkata, dengan gandingan tiga pemain itu juga tidak mustahil Gergasi Pantai Timur itu mampu bangkit sebagai sebuah pasukan yang kuat dan mantap. “Sebenarnya saya masih belum lihat senarai penuh pemain Kelantan musim depan, tapi kalau dari segi penyerang saya lihat satu gandingan yang bagus. Malah gandingan dua pemain Arab dengan Liberia, saya yakin satu bahagian yang akan menyengat. “Begitu pun, harus diingat dalam pasukan kita tidak boleh bergantung kepada bahagian serangan semata-mata, bahagian pertahanan dan tengah juga perlu untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. “Tapi saya yakin pemain ...

Senarai Pemain Kelantan 2014

Kredit : Aziz Abdullah GK: Khairul Fahmi Che Mat Shahrizan Ismail Syazwan Yusoff DF: Aziz Ismail Faiz Suhaimi ( Baru ) Tuan Faim ( Baru ) Faizul Nazlin Sayuti ( Baru ) Nik Shahrul Azim Zairul Fitree Ishak Farisham ismail Nazri Ahmad ( Baru ) Obinna Nwaneri MF: Badhri Radzi Mohamad Shawky ( Baru ) Amar Rohidan ( Baru ) Brendan Gan ( Baru ) Khairul Izuan Rosli Tengku Hasbullah ( Baru ) Zaharul Nizam ( Baru ) ST: Ghaddar ( Baru ) Forkey Doe ( Baru ) Fakri Saarani Shakir Ali ( Baru ) Famirul Asyraf Sayuti ( Baru )

Kelantan Atau Pahang

KUALA LUMPUR – Ke Kota Bharu atau Kuantan? Segala ramalan dan persoalan itu hanya akan terjawab selepas berakhir Piala Malaysia edisi ke-87 pada malam ini di Stadium Shah Alam antara dua pasukan dari pantai timur, Kelantan dan Pahang. Atas kertas, sememangnya Kelantan wajar dilabelkan sebagai ‘favourite’ untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu. The Red Warriors mempunyai banyak kelebihan di segenap aspek, namun kekuatan serta semangat dimiliki Pahang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Berbekalkan penampilan keempat dalam tempoh lima tahun, tiada siapa mampu mengetepikan faktor pengalaman beraksi di pentas akhir pasti akan menjadi aset terbaik Kelantan untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut. Dibarisi beberapa pemain yang dianggap antara terbaik negara buat masa ini seperti Mohd. Badhri Mohd Radzi, Mohd. Nor Farhan Muhammad dan Indra Putra Mahayuddin, The Red Warriors dijangka mendominasi pergerakan tengah berbanding Tok Gajah. ...

[ Terkini ] Kelantan di ramal Juara Piala Malaysia 2013 , ramalan jurulatih di Malaysia ?

Kehangatan Final Piala Malaysia 2013 makin terasa  , pegumuman harga tiket sudah di putuskan , 75,000 tiket telah di putuskan oleh FAM untuk di jual untuk Final Piala Malaysia edisi kali ini. Namun yang paling hangat adalah ramalan -ramalan jurulatih tempatan , rata -rata antara mereka meramalkan Kelantan akan menjadi juara untuk edisi kali ini .   Ikuti kata jurulatih tersebut  : B. Sathianathan ( Jurulatih ATM  )  - penentuan juara ibarat bergantung kepada kemahuan Kelantan mahu atau tidak untuk bergelar juara lagi, Beliau meramalkan perlawanan akhir itu akan berakhir dalam 90 minit masa sebenar yang memihak Kelantan  1-0  atau  2-1 . Tidak mungkin terheret ke masa tambahan biarpun saya puji Pahang yang memiliki Azamuddin Akil, Matias Conti dan R. Gopinathan. Ramai pemain Kelantan yang boleh dikatakan susah nak dikawal tetapi jika Kelantan main lewa atau ambil mudah, keputusannya boleh berubah, katanya. Ismail Za...

Daudsu, Subra Sah Sertai JDT Musim Depan

Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam disahkan akan menyertai Johor Darul Takzim (JDT), manakala Mohd Shakir Shaari menyertai Selangor pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Penyerang prolifik Kelantan, Nor Farhan Muhammad yang disebut-sebut akan menyertai JDT membuat pusingan U apabila terus kekal bersama skuad The Red Warriors (TRW). Penyerang itu berbuat demikian selepas mengadakan rundingan dengan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, baru-baru ini. Tak mampu bayar gaji Annuar yang mengesahkan semalam berkata, empat pemain berkenaan memaklumkan hasrat untuk berpindah pada musim depan kerana mendapat tawaran yang lebih tinggi dari pasukan lain. “Saya tak dapat berbincang dengan mereka sebelum ini kerana saya sakit. Namun selepas sihat, saya mengadakan pertemuan dengan mereka dan tidak dinafikan mereka mendapat tawaran tinggi dari pasukan lain. “Kelantan tidak boleh menawarkan gaji terlalu ti...

Rumusan Suku Akhir Kelantan vs JDT: Antara Ego, Maruah Dan Drama

BADHRI (tengah) bersama Indra (kanan) menjadi antara arkitek di sebalik kejayaan besar Kelantan membelasah Johor DT di Kota Bharu malam kelmarin. PERTEMBUNGAN suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin menyaksikan The Red Warriors mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila melanyak Harimau Selatan 6-1. Kemenangan besar itu menyaksikan Kelantan mara ke saingan separuh akhir menerusi agregat 8-5 meskipun tumbang 2-4 di tangan Johor DT pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin minggu lalu. Mengimbas semula aksi malam kelmarin, bahang kehangatan pertemuan timbal balik melibatkan kedua-dua pasukan itu rancak diperkatakan di laman-laman sosial mahupun laporan akhbar sebaik sahaja tamat aksi suku akhir pertama tempoh hari. Kehangatan perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan dapat dilihat apabila tiket perlawanan sebanyak 18,000 keping yang dijual, habis dalam te...

10 pemain Selangor bakal keluar?

JDT beri tawaran lumayan musim depan Kuala Lumpur: Tawaran lumayan dari kelab lain antara punca utama Selangor gagal mengekalkan 10 pemainnya musim depan termasuk penyerang berbisa, Amri Yahyah yang dikatakan bakal menerima gaji sekitar RM85,000 sebulan bersama Johor Darul Takzim (JDT). Sekurang-kurangnya tiga kelab dilaporkan sudah mula berunding dengan 10 pemain berkenaan sejak awal bulan ini dan pihak pengurusan Selangor tidak berupaya membuat tawaran balas memandangkan gaji yang ditawarkan terlalu tinggi. “Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masih menunggu jumlah dana yang disediakan untuk pasukan musim depan, tetapi jika berdasarkan bajet tahun ini sudah tentu persatuan tidak mampu untuk mengatasi tawaran kelab-kelab berkenaan. “FAS juga terpaksa melepaskan Amri kerana gaji yang ditawarkan terlalu tinggi, lagipun ia baik untuk masa depan pemain itu yang sudah lama bersama Selangor. Beberapa pemain juga bakal menyusul jejak Amri tetapi proses rundingan sedang berjalan,” kat...

Berjuang Hingga Keringat Terakhir- Piya

NADANYA penuh semangat dan iltizam untuk membenam impian Harimau Selatan. Itulah ikrar kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi untuk menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 29 Jun ini sebagai medan merencatkan harapan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bergelar juara Piala FA musim ini. Selaku penyandang juara piala FA itu, Badhri yang dikenali sebagai Piya turut menegaskan bahawa peluang melangkah ke-90 minit babak akhir itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukannya bagi memastikan impian Kelantan mempertahankan kejuaraan piala berprestij itu tercapai. “Pertembungan menentang JDT merupakan aksi yang dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak Malaysia dan saya percaya, aksi final ini lain daripada yang lain berbanding dengan edisi lalu. “JDT merupakan salah sebuah pasukan cukup kuat. Mereka memiliki ramai bintang seperti Safiq Rahim, Safee Sali, Mat Yo dan Awe serta beberapa lagi pemain lain. “Saya fikir Mat Yo dan Awe memberikan ancaman cukup besar kepada ...

Cristiano Ronaldo Melakukan Sesuatu Mengejutkan Umat Islam Dan Dunia

Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo “anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?” Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab “saya berada di bumi Palestin”. Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut. Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F. Seperti diberitakan oleh Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 di masa tambahan. SUMBER

Boateng, Muntari bantu Milan benam Barcelona

Petikan berita dari Berita Harian MILAN: Pemain Ghana Kevin-Prince Boateng dan Sulley Muntari masing-masing menjaringkan satu gol bagi membantu pasukan mereka AC Milan membenam Barcelona 2-0 dalam perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah di San Siro, awal pagi tadi.  Ia juga adalah kemenangan berharga AC Milan ke atas Barcelona selepas kali terakhir mereka berjaya menundukkan Barcelona 2-0 di Nou Camp dalam kejohanan sama pada tahun 2000. - AFP  Petikan berita dari Fox Sports News While Barca top La Liga by 12 points, Milan lie third in Serie A - but Kevin-Prince Boateng's controversial opening goal set the Italians on their way at the San Siro. And Sulley Muntari's superb second put Massimiliano Allegri's side firmly in the driving seat ahead of March 12's return leg at the Nou Camp. Muntari flashed an early shot over the bar from long range for Milan. Philippe Mexes made a vital cleaance at the other end to prevent Jordi Alba's cro...

Piya tiada di hati Rajagobal

Rajagobal (kiri) mengendali latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum berlepas ke Dubai, hari ini. Kelana Jaya: Nama kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila jurulatih Datuk K Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain, semalam meskipun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan.   Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Dubai, UAE, pagi ini untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari depan.  Rajagobal tidak dapat membawa 11 pemain iaitu Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, S Kunanlan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, K Gurusamy, Bunyamin Umar, Zubir Azmi, Fitri Omar dan Shahrizal Saad kerana semuanya cedera.   Namun, situasi berkenaan masih belum ‘membuka hati’ pengendali berusia 57 tahun itu untuk sekurang-kurangnya memangg...

Bolasepak, Annuar, Komando & Anak Raja Johor

Oleh: MSO Dunia  bola sepak negara ini bukan saja kontroversi dengan pertukaran pemain dari satu pasukan ke satu pasaukan menerusan perdagangan pemain, tetapi ia juga menjadi kontroversi dengan elemen-elemen lain yang setengah tidak ada kena mengena langsung dengan dunia bola sepak. Komando yang dikatakan ternampak di stadium . Misalnya perpindahan pemainan bernama Mat Yo dari Kelantan ke Johor menimbulkan sedikit kegawatan, iaini perasaan marah penyokong Kelantan. Mereka tidak boleh menerima perpindahan Mat Yo itu kerana dengan ketiadaan penyerang itu mereka merasakan Kelantan tidak akan menyengat  lagi. Nama Mat Yo itu sendiri sudah sebati dengan budaya orang Kelantan dalam memanggil nama seseorang yang disukainya dengan sebutan pendek dan ringas. "Mat Yo", adalah nama manja dan kesayangan. Jadi bila Mat Yo ini dibeli oleh Johor dan Mat Yo pula setuju timbullah kemarahan. Penyokong Kelantan tidak bersikap profesional dalam hal ini dan mereka tidak ta...

SPRM siasat pengadil perlawanan Kelantan-Johor Darul Takzim

TIUPAN wisel penamat oleh pengadil perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) yang menimbulkan kontroversi, malam kelmarin, rupa-rupanya tidak berakhir setakat itu saja kerana beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan. Sumber berkata, pegawai SPRM dilihat memasuki bilik persalinan pengadil di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu selepas perlawanan berakhir 10 minit dan mengambil keterangan pengadil, Suhaimi Mat Hassan. “Ia prosedur biasa bagi SPRM untuk menjalankan siasatan jika ada unsur dan kecenderungan menjual perlawanan,” katanya. Pada perlawanan itu, Suhaimi dikatakan menamatkan perlawanan lebih awal walaupun ada lagi beberapa minit masa kecederaan. – Harian Metro

Riak Dan Takbur Makan Diri!

Saya sebagai admin bukan ingin kutuk atau membenci tapi ingin berkongsi keangkuhan sesetengah pihak yang 10 tahun lepas julang piala tapi belagak macam baru kemarin julang piala. Kita sebagai manusia jangan bersikap angkuh kerana sifat itu akan makan diri sendiri. Bukan la semua tapi ada sesetengah golongan sahaja, kita boleh lihat di sini seorang fan page Kami Peminat Bola Sepak Johor telah dibahan oleh fan mereka sendiri. nak post angkuh pun agak2 la, ini game bola bukan game main guli senang2 kita nak gembira team kita dah menang.

Pertratos masih milik Kelantan

Dimitrios Pertratos “ DIMITRIOS  Pertratos masih kekal pemain The Red Warriors hingga kontraknya berakhir November depan." Itu komen Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas mengenai khabar angin penyerang import berusia 20 tahun itu bakal menjalani ujian di England tidak lama lagi. Annuar bagaimana pun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebagaimana dilaporkan sebuah media, Four Four Two Australia dalam laman sesawangnya beberapa hari lalu. “Yang penting Dimitrios Pertratos adalah pemain Kelantan dan masih mempunyai kontrak rasmi bermain dengan kita. Kalau ada apa-apa (perkembangan) seperti yang disebutkan itu, tentu ada perbincangan melibatkan kedua-dua kelab. Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar di Kampung Cherang di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Besar Kelanta...

(GAMBAR) JERSI BARU PASUKAN LIGA MALAYSIA 2013

Jersi Baru Sime Darby 2013 Jersi Baru Sabah musim 2013 Jersi Baru Selangor musim 2013 Jersi Baru Sarawak musim 2013 Jersi Baru Darul Takzim FC musim 2013 Jersi Baru Terengganu musim 2013 Jersi Baru T-Team 2013 Jersi Baru Negeri Sembilan musim 2013 Foto : Raziq Razikin * Jersi Kelantan 2013 akan dilancarkan pada 3 Januari 2013 di KTC Kredit kepada pemilik Foto Jersi pasukan lain akan dikemaskini dari masa ke semasa