Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

.:Surat buat bakal isteriku:.

Assalamualaikum. Buat bakal isteriku, Apa khabar dirimu saat ini, dan apa juga khabar imanmu hari ini? Adakah harimu dimulakan dengan syukur pada Tuhan kerana masih memanjangkan umurmu, masih diberi peluang untuk menatap fananya hidup ini? Apakah masih segar wudhu yang membasahi tubuhmu? Mudah-mudahan ia mampu menyegarkan kembali iman yang mungkin lesu serta membugarkan ingatanmu kepad janji kepada Yang Satu. Amanah agama ini yang berada digenggamanmu. Bakal isteriku, Sungguh aku tidak tahu dimanakah kamu saat dan ketika ini. Tetapi aku tahu, walau dimana sahaja kamu berada, kasih dan rahmat Tuhan pasti bersamamu sebagaimana ia mencintaiku saat dan ketika ini. Aku yakin ketika ini Dia sedang melatih kamu untuk menjadi mujahidah agar dapat bersama aku di saff perjuangan ini. Sama seperti mana Dia sedang melatihku kini. Jauh di hujung sana, aku pasti kamu pasti sedang menungguku untuk dijadikan mujahid di sisi agar kau punya rasa bangga tika memilikiku kelak. Bakal isteriku, Hanya

Pelajar saman UiTM, KPT RM5 juta

GOMBAK: Seorang pelajar mangsa pukul bertindak memfailkan saman RM5 juta terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, bekas pelajar Diploma Sains Kuantitatif UiTM kampus Lendu dalam tuntutannya menamakan Rektor UiTM Cawangan Melaka sebagai defendan ke-13, UiTM Melaka (defendan ke-14), KPT (ke-15), serta kerajaan Malaysia (ke-16). Zulhelmi dibelasah secara beramai-ramai 12 senior asrama dalam insiden tiga jam pada Julai 2010 akibat salah faham, malah dipukul menggunakan batang besi. Katanya, kumpulan senior itu yang diketuai Yang DiPertua (YDP) kolej memaksanya mengaku mencuri telefon bimbit dan menyamar sebagai mempunyai hubungan dengan ‘orang penting’ di UiTM. Kesannya, beliau mengalami kecederaan fizikal  dikepala, mulut, belakang badan selain kecederaan dalaman rusuk kiri. Beliau juga terpaksa menjalani pembedahan kaki kiri serta beberapa rawatan susulan dan tidak mampu berjalan dengan baik. ‘Say

Video Tragis: Pengunjung Pantai Dibaham Paus Pembunuh Hidup-hidup

Sesungguhnya, setiap yang hidup itu, telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T akan mati juga seperti yang telah tertulis dalam takdir Illahi. Namun, tiada siapa yang mengetahui bila, waktu dan saat kita semua akan mati kerana itu semua adalah rahsia dari Allah. Sebuah video yang menyayat hati, benar-benar meruntun perasaan sedih tatkala melihatkan insiden tragis yang menimpa ke atas seorang lelaki yang sedang bergembira di tepi pantai. Lokasi dalam video itu tidak dapat dikenal pasti tetapi penulis yakin, kejadian itu berlaku di negara Arab. Seorang pengunjung pantai kelihatan gembira untuk menikmati aktiviti riadahnya di tepi pantai. Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila seekor ikan paus pembunuh berenang ke tepi pantai dan seterusnya membahan lelaki tersebut! Subhanallah! Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan istighfar yang mendalam dalam hati. Semoga kejadian ini dapat kita sama-sama jadikan iktibar dan berdoa semoga Tuhan sentiasa memberi perl

Laman web FAM digodam susulan isu Annuar

SHAH ALAM - Laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam hari ini, dipercayai tengah hari tadi - sehari selepas Presidennya Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa timbalan baginda, Tan Sri Annuar Musa telah melakukan "kesalahan besar" dan akan berhadapan dengan hukuman berat bulan depan. Penggodam yang hanya menggelar mereka "Mesej dari rakyat_marhein" antara lain meninggalkan beberapa foto dan karikatur yang menggambarkan seolah-olah FAM mengawal dan cuba menutup mulut pegawai-pegawai kanannya daripada membuat kenyataan media. Selain itu, penggodam juga mesej meminta FAM dirombak semula dan mahu presidennya meletakkan jawatan. Serangan penggodam ini bukan kali pertama ke atas laman web FAM. Ia pernah digodam beberapa kali ketika FAM dan sukan bola sepak negara berhadapan dengan kontroversi. Antaranya, FAM telah digodam Oktober lalu berikutan isu kenaikan harga tiket perlawanan Piala Malaysia. Semalam, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa Annuar tel

14 April ke jalanan desak PTPTN dimansuhkan

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menetapkan 14 April depan untuk mengadakan himpunan bgi menuntut memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang pada sidang medianya di Kuala Lumpur berkata pihaknya mensasarkan 5,000 mahasiswa termasuk mereka yang menjadi 'mangsa' hutang PTPTN akan berhimpun di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang pada tarikh berkenaan.  Sebelum ini, Pakatan Rakyat berikrar akan memansuhkan pembiayaan PTPTN jika ia berkuasa di Putraya tetapi sehingga hari ini belum memasukkan perkara itu dalam Buku Jingga. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan. Ini kerana kerajaan terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat. Malah, kata beli

Mangkuk Tandas Di Stesyen LRT Sri Rampai Meletup

Kuala Lumpur: Seorang pengguna transit aliran ringan (LRT) bernasib malang selepas terkena satu letupan menyebabkan cedera dalam kejadian di sebuah tandas di Stesen LRT Sri Rampai, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, mangsa Muhd Shakereen Basri, 22, cedera di paha, punggung dan belakang badan akibat terkena letupan dan serpihan mangkuk tandas yang pecah. Difahamkan, kejadian itu berlaku sebaik mangsa yang tinggal di Seksyen 1, Wangsa Maju selesai membuang air besar sebelum satu letupan berlaku di dalam mangkuk tandas berkenaan. Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Fairus, 25, berkata ketika kejadian mangsa seorang diri masuk ke dalam tandas. Katanya, tidak sampai dua minit kemudian dia terdengar satu letupan dari dalam tandas. “Mangsa menjerit minta tolong sebelum pihak berkuasa membantu mengeluarkannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Mangkuk tandas meletup Keadaan Sakereen yang cedera di paha dan belakang badan selepas

Daftar sebelum 1 April boleh mengundi jika PRU 13 diadakan Jun 2012

Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini. "Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Rabu. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas. Pada masa yang sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) di mana proses pendaftaran dijalankan setiap hari

Politik Malaysia dan adiwira Jepun

Kalian pasti pernah menyaksikan cerita adiwira terkenal Jepun dalam siri Ultraman Saya kira sesiapa sahaja yang pernah hidup dengan Ultraman pasti berbangga dengan aksinya ketika bertempur dengan raksasa jahat yang berniat jahat untuk menjajah bumi. Tapi pelik, selalunya Ultraman akan muncul dahulu entah dari mana, menjelmakan bentuknya, menggunakan kuasa ajaib untuk mempertahankan bumi. Entahlah, kata orang-orang tua, Ultraman ini saja direka untuk anak-anak jadi lalai, malas mengaji dan khayal dengan dunia fantasi yang jauh fikrahnya dari realiti. Salah! Jangan sesekali membunuh fantasi anak-anak. Fantasi inilah realiti yang dipinjamkan kepada dunia khayalan. Realiti sebenarnya pasti ada. Jangan terkejut kalau-kalau konspirasi Ultraman ini mampu membungkam propaganda pembodohan pemerintah. Lagi asyik kita larut dengan fantasi Ultraman, lagilah dekat kita dengan wayang-wayang diktator memancing undi. Benar kata pengkaji filem, hal-hal propaganda paling luas tersebar

Tahniah Kepada barisan Kepimpinan Baru SMM sesi 2012/2013

Tahniah dan Takziah diucapkan kepada saudara Safwan Anang atas kepercayaan bebanan baru sebagai Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Jadikan cerita lama sebagai pengajaran dan iktibar untuk meneruskan perjuangan mahasiswa ini. Rasulullah (Sollallahu 'Alaihi Wasallam) bersabda: "Agama itu nasihat", kami (sahabat) bertanya, "Terhadap siapa?", Rasulullah (Sollallahu 'Alaihi Wasallam) menjawab, "Terhadap Allah, terhadap KitabNya, terhadap RasulNya, terhadap pemimpin kaum Muslimin dan terhadap seluruh umat mereka" Suka saya untuk memberi sedikti respon kepada peralihan kepimpinan SMM yang baru diterajui oleh sahabat saya yang juga merupakan Timb Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS): 1- "Baju yang baru dibeli mesti dipakai dengan cantik, baju yang lama biarkan ia dengan sifat 'lama'nya. Baju baru jangan disamakan dengan baju lama walaupun badan yang sama memakainya" 2- SMM kali ini mesti mengorak langk

Kebakaran Gara-gara Biarkan Laptop Atas Tilam

SARIKEI: Kecuaian membiarkan komputer riba yang masih beroperasi dan diletak di atas tilam telah membawa malapetaka kepada seorang lelaki berusia sekitar 30-an dari Jalan Alamanda, Kampung Seberang, Sarikei, semalam. Penghulu Awang Ahmad yang menjadi ketua masya-rakat di kawasan terbabit ketika dihubungi pemberita bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian itu berkata, pada masa kejadian mangsa baharu selesai menyempurnakan tugasan dengan komputer terbabit di bilik tidurnya. “Selepas selesai menyiapkan tugasan tersebut mangsa telah pergi ke bilik air untuk mandi dan selang beberapa minit kemudian mangsa telah terhidu bau asap kebakaran. “Berikutan itu, mangsa telah bergegas keluar dari bilik air dan mendapati komputer yang diletaknya di atas tilam sedang terbakar dengan maraknya. “Melihat kejadian itu mangsa telah berusaha memadamkan api dengan menarik tilam tersebut ke bilik mandi namun dalam usahanya itu mangsa turut mengalami ke-lecuran di beberapa bahagian badan,” katanya kepad

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun. Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun. Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :- 1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan. 2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap

FB, Twitter: Platform berubah, mesej tetap sampai kepada rakyat

KUALA LUMPUR 22 Mac: Teknologi dan pelantar media sosial akan sentiasa berubah dan berkembang namun ia tidak akan mampu mengekang pendapat dan mesej politik yang berbeza untuk sampai kepada orang ramai. Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Penerangan AMK, Najwan Halimi (gambar) sewaktu mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkenaan minat rakyat Malaysia terhadap laman sosial. Rais semalam dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia akan meninggalkan media sosial seperti Facebook dan Twitter apabila minat mereka mencapai kemuncak, seperti di Eropah. Beliau mengeluarkan kenyataan itu semasa menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, berkenaan pemantauan laman sosial oleh kerajaan. “Contohnya, laman Friendster yang cukup popular dahulu tidak lagi digunakan, dan laman baru seperti Google+ semakin meluas penggunaannya sekarang. “Jadi, maklumat dan pandangan-pandangan berbeza akan sentiasa menemui medium baru untuk sampa

Al-Fatihah , Pelumba Basikal Negara Meninggal Dunia

Pelumba pelapis basikal negara,Rafizi Hamdan terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2,Taman Melawati,Ampang,pagi tadi. Dalam kejadian pukul 7.30 pagi,Rafizi yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12,Gombak. Rakan Blogger  eXception  menghubungi sahabat yang bertugas di JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan No Pendaftaran Kereta : WCK 2290 . Di bawah ini ialah maklumat kenderaan serta pemiliknya… No Pendaftaran Kereta : WCK 2290 Model : Proton Saga 1.5 Warna : Kelabu Pemilik : Yahya Arif Alamat : Lot 333, Batu 7 1/2,Ulu Kelang,Ampang,Selangor AL-FATIHAH... KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI KEJADIAN SEBENAR DAN GAMBAR-GAMBAR LAIN !!! SEMOGA ROH NYA DI CUCURI RAHMAT... AMIN... Credit to Up To MU.net

Ferrari lebih RM1 juta hangus di Lebuhraya Lekas

NILAI - Seorang lelaki hanya mampu melihat kereta Ferrari F430 bernilai lebih RM1 juta yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) dekat Mantin di sini semalam. Difahamkan, ketika kejadian lelaki tersebut memandu jentera mewahnya itu dalam satu konvoi kenderaan menghala ke Seremban. Bagaimanapun, enjin kereta itu tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum pemandunya yang berusia 50-an bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum ia terbakar. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kes itu kira-kira pukul 10.21 pagi. "Apabila sampai di lokasi kejadian kereta itu sudah hangus sama sekali. "Pemandu itu terselamat apabila sempat keluar dari kenderaannya sebelum kereta itu dijilat api," katanya di sini semalam. Menurutnya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. - KOSMO!