Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

RUPANYA BUNYI MESIN KELAPA SAWIT?

Masih ingatkah kisah ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu?Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.Lebih menggemparkan, bunyi yang sama juga sebelum itu dikatakan kedengaran di beberapa buah kawasan di dunia. Malah ada pihak yang mula mengaitkannya dengan petanda awal kiamat. Misteri mengenainya bagaimanapun bakal terjawab minggu depan apabila pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) selesai melakukan penyiasatan mereka. Namun siasatan awal mendapati, ia mungkin hanyalah bunyi yang terhasil daripada mesin dari sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan tersebut. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, setakat ini pasukan yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aduan berkenaan sedang bekerja keras untuk menyiapkan laporan mereka. ” Kita akan m

Video Seks II : Dimana Sebenarnya Anwar Berada Pada Tarikh Rakaman?

Semalam blog ini telah memetik tulisan dari sebuah blog rakan yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada tarikh video seks II yang dikatakan dirakam pada 12 & 13 Januari tahun lepas. Blog tersebut mendakwa Anwar berada di Indonesia. Namun ia tidak dapat memberikan butiran lanjut. Namun selepas di semak semula, sebenarnya, Anwar tidak berada di Bangkok maupun di Indonesia pada tarikh berkenaan  tetapi berada di Kuala Lumpur . Berikut ialah pendedahan dari wikimalay yang memetik sumber asalnya dari activist901.com: Bukti: Rancangan Trio Dato T Kantoi Lagi!! Makin hari umno makin terdesak, videonya dah siap, tapi ada kesilapan tarikh berlaku pada rakaman tersebut! Macamana agaknya mereka hendak membetulkan balik? Inilah bukti yang paling jelas menunjukkan DSAI tidak berada di Bangkok pada waktu yang dikatakan oleh Trio Dato T tersebut! Ini bukti sahih ! DSAI dijadualkan berada di Majlis Sidang Media Pakatan Rakyat berlangsung pada 13/1/11(Khamis) di Ibu Pejabat Pas d

Mencari Gaduh Dengan Pejuang Melayu 01

Bagaimana orang Melayu memilih pemimpin?Adakah orang Melayu memilih pemimpin mengikut berapa pandai dia berucap atau berapa liter air liur dia tersembur waktu dia bersyarah mengutuk orang lain?Aku pun tak tau macam mana orang Melayu ni memilih pemimpin.Adakah pemimpin tu terpilih sebab nama dia dicalonkan dalam pilihanraya dan orang pangkah ajelah parti mana yang dia suka? Yang aku nampak,majoriti pemimpin Melayu ni tak ramai yang punya perasaan merendah diri. Adakah latar belakang dan moraliti penting kepada seseorang pemimpin?Adakah latar belakang keluarga dan bagaimana dia memimpin keluarga tu perlu ditolak belakang bila memilih seorang pemimpin?Ada orang kata tak perlu.Kenapa perlu kita pejamkan mata jika pemimpin kita depan2 orang ramai baik tapi belakang2 kaki minum arak atau kaki rasuah? Punyalah ramai makhluk2 yang nak jadi pemimpin sekarang ni,bukan sebab nak memimpin,tapi sebab nak kuasa.WHAT THE HELL?Kadang2 dia sedar diri dia sebenarnya nothing,nobody,jadi satu2 nya cara un

Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah. Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas. Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan  (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa. “Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada  The Malaysian Insider . “Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya. Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan

Kalau kaki kencing manis, tidak potong merugikan — Subky Abdul Latif

17 JAN — Profesor Madya Atorry Hussein kata, PAS telah rugi kerana memecat Datuk Hasan Ali. Saya kata, memang tokoh akademik itu telah berkata betul seperti yang dirakamkan dalam surah al-Asri yang bermaksud, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Ketika dia dipecat, dia adalah ADUN PAS Gombak Setia. Apabila dia dipecat dari parti, maka PAS sudah tidak ada wakil rakyat di situ. Siapa pun yang hendak menjaga kepentingan rakyat dan kawasan itu sesuai dengan kepentingan politik PAS di situ? Benar Hasan masih wakil rakyat di situ. Jika dia menjalankan tugasnya, maka dia sudah tentu tidak menjalankannya mengikut kepentingan PAS. Seorang wakil rakyat PAS telah ditetapkan oleh PAS di zaman Dr Burhanuddin al-Hilmy dulu mesti mendermakan 20 peratus dari elaunnya kepada parti. Bagi Anggota Parlimen kepada PAS Pusat dan bagi ADUN kepada PAS negeri. Apabila mereka pencen, maka caruman itu tinggal lima peratus saja. Begitu juga kalau dia Menteri Besar atau Exco. Maka setiap bulan PAS da

Zizan Tolak RM18,000 cuma pilih RM1,000 kerana dakwah

Alhamdullilah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, benarlah rencana ALLAH itu tiada siapa yang tahu, satu ketika dahulu Zizan pernah melakukan khilaf gara-gara lakonannya dalam filem hantu bonceng, dicerca dan dimaki, Zizan akui kesilapanya itu dan minta dimaafkan. hari Zizan kini semakin hampir pada Islam. Ramai yang tidak tahu Zizan ditawarkan RM18,000 untuk menjadi pengacara Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada 31 december 2011, mungkin saja bagi artis lain yang tengah ghairah mengumpul wang ringgit peluang itu tidak akan dilepaskan sama sekali. Seperti juga yang dilaporkan oleh blog  Tinta hijau dikaki bukit , Zizan sebenarnya dihubungi sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus yang menawarkan Zizan untuk bersamanya pada program itu., tawaran itu diterima dengan senang hati oleh Zizan. Pada program anjuran kerajaan negeri selangor tersebut Zizan menolak sebarang bayaran yang ingin diberikan, namunatas dasar menghormati Zizan yang dianggap salah satu faktor berjaya

Calon pilihan raya Gabenor Aceh jalani ujian bacaan Al-Quran

JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam. Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata. Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003. “Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abzal. Kesemua pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang melalui ujian berkenaan di Banda Aceh pada Selasa lalu ialah Zaini Abdulah dan Muzakir Manaf, pasangan Fakhrulsyah Mega dan Zulfinal serta Hendra Fadli dan Yuli Zuardi Rais. Ujian membac

MB wajar halang Ibrahim Ali jejak Selangor

SHAH ALAM, 23 Jan:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicadang menimbang untuk mengambil tindakan termasuk menghalang Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menjejakkan kaki ke negeri itu ekoran keceluparannya mengkritik keputusan Sultan memperkenan Khalid memegang portfolio agama negeri. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.  "Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam. "YAB Dato’ Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-u

WASPADA: 5 Jam Sehari Di Depan Komputer Atau Laptop Boleh Merosakkan Jantung

Menurut kajian, menghabiskan waktu lebih dari 5 jam sehari di depan komputer boleh merosakan jantung dan menjurus ke kematian lebih cepat. Penyebabnya adalah posisi duduk, terutama duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika orang bekerja dengan komputer, bermain game, ataupun menonton televisyen. Penelitian tersebut dilakukan oleh Emmanuel Stamatakis, peneliti dari University College London. Ia melakukan penelitian terhadap lebih dari 4,500 orang berusia ke atas 35 tahun dan hasilnya dikeluarkan di Journal of the American College of Cardiology. Penemuan ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berhubung bahayanya duduk lama-lama . Padahal, kecenderungan yang terjadi saat ini adalah orang semakin banyak yang duduk di depan komputer saat bekerja. “Orang yang menghabiskan waktu lebih dari 4 jam berturut-turut per hari di depan komputer memiliki peluang 125 % lebih tinggi akan mengalami kematian berkait dengan penyakit jantung berbanding mereka yang hanya menghabiskan wakt

Saya Tak Pernahkan Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr. Haron Din

Seingat penulis, kisah Ustaz Datuk Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini seolah-olah sinonim dan sebati dengan segelintir masyarakat Melayu di negara ini. Kononnya ia berlaku sewaktu proses pembinaan sebuah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) suatu ketika dulu. Dikatakan segalanya bermula apabila sekumpulan jin ‘menganggu’ penuntut di situ sehingga Dr. Haron dan rakan-rakannya terpaksa dipanggil untuk mengusir makhluk berkenaan. Dr. Haron kemudiannya didakwa telah memindahkan jin-jin ini dengan menggunakan beberapa buah bas. Kisah Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini dikatakan tersebar setelah salah seorang pemandu yang ditugaskan membawa bas itu menceritakannya peristiwa itu kepada orang ramai. Ternyata kisah ini kemudiannya tersebar dengan begitu meluas, apatah lagi bila mengenangkan yang Dr. Haron memang pakar dalam hal menangani masalah melibatkan jin dan makhluk halus ini. Persoalannya, adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku? Penulis yang s

Orang melayu tak hebat walaupun makan roti

Tajuk artikel yang saya pilih ini agak pelik. Penulisan saya sebelum ini seperti   "Presiden dan Mursyidul Am PAS, siapa lebih power?"  pun tidak difahami maksud sebenar yang tersirat menjuruskan kepada perbahasan penstrukturan organasasi PAS. Rata-rata yang komen memahami secara luaran sahaja. Tak apa itu lumrah, kita tak boleh membuat semua orang faham sebagaimana kita faham. Jepun mengubah cara permakanan bangsanya untuk menjadi bangsanya kuat selepas kalah dalam perang dunia. Dulu orang Jepun makan nasi banyak daripada lauk sekarang orang Jepun makan lauk banyak daripada nasi, tak hairan kita lihat makanan Jepun sedikit aje nasinya. Orang Melayu juga lemah, mereka mudah diperkotak-katikkan. Sebab itu yang lebih semangat Melayu bukan Melayu 100%. Tun Mahathir yang dikata  racist  Melayu tu pun ada berapa peratus Melayunya? Yang demo di Pulau Pinang atas nama UMNO pun rasanya bukanlah Melayu sangat pun.. semuanya rasanya campuran untuk menguat bangsa Melayu. Kita campur bes

Pengkhianat Ibrahim Ali bakal terkubur

“KAMI pengundi di Pasir Mas tidak sabar lagi hendak balas dendam terhadap Dato’ Ibrahim Ali. Dia khianat amanah yang kami berikan. “Selepas ini barulah dia tahu hujung jatuh kerjaya politiknya. Jangan dok angkuh sangat dengan kemenangan hasil bantuan orang lain,” kata penghulu mukim Kasar, Pasir Mas, Rahim Wan Samad. Hujahnya turut disokong Siti Nor Md Midin, 65 dari Kampung Landar, yang meluah perasaan sangat meluat terhadap anggota parlimen Pasir Mas sekarang. Kata beliau rakyat Pasir Mas begitu kecewa terhadap bekas Ketua Bahagian Umno itu kerana menggadaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi pengundi. “Kami beri undi kepadanya dengan harapan dapat memperkukuhkan parti dan menjaga kebajikan penduduk di sini. “Namun malang tidak berapa lama selepas diberi peluang, pemimpin itu tiba-tiba khianati pengundi. Kami yakin orang yang khianat terhadap perjuangan tidak akan kekal lama,” katanya. Menurutnya semasa berkempen pada pilihan raya umum lalu begitu sukar untuk meyakinkan pen