Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Sulit yang tak sulit: Kerana kebodohan PapaGomo, Panglima Armada TLDM terpaksa letak jawatan

WarkahDaily  – Penulis blog  yuseriyusoff.blogspot.com  telah memberitahu, seorang pegawai atasan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa meletakkan jawatannya berikutan satu pendedahan yang didakwa eksklusif sebuah blog pro-Umno, PapaGomo yang dikatakan telah diberi ‘keistimewaan’ oleh pihak TLDM untuk berada dalam kapal selam Scorpene sehinggakan isu ini menjadi panas pada tahun lepas. Menurut blog yuseriyusoff, Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman  (gambar kiri) , Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana  'fe-dup'  terpaksa menjadi  'fall guy'  dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak. Tindakan panglima berkenaan yang enggan menyambung kariernya didakwa berpunca daripada ‘video sulit’ yang didedahkan oleh blog pro Umno,  PapaGomo.com . Mungkin kerana beliau memikirkan perlu bertanggungjawab di atas ‘kebenaran’ yang diberikan kepada penulis blog PapaGomo untuk memasuki

Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 'WWW' Mulai 30 April 2012

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan. "Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. Katanya, nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor

Mahu kilang sisa toksik Lynas dibina di belakang rumah anda?

Kesedaran aktivisme boleh lahir dari mana-mana ceruk. Selalunya kesedaran untuk beraktivisme ini muncul apabila sensitiviti kita dicuit, atau kepentingan kita didobrak anasir-anasir jahat. Ketika itu akan bangkit semacam satu semangat yang bikin gusar dan kecamuk dalam kepala. Pelan-pelan ia berbisik, “Lawan!”. Kesedaran aktivisme, bagi saya, lahir dari menonton siri kartun televisyen “Captain Planet”. Siri ini mengisahkan tentang lima anak muda yang diberi cincin oleh dewi bumi. Lima cincin yang setiap satunya mewakili lima unsur berasingan, tanah, api, angin, air dan hati. Ya, kau tak salah baca. Unsur terakhir ialah hati. Cincin itu membolehkan si pemakainya berkomunikasi dengan haiwan. Lima cincin ini apabila digabungkan kuasanya, maka diserulah adiwira bergelar Captain Planet. Adiwira pembela alam sekitar Adiwira bertubuh sasa ini mempunyai satu tujuan: Membakulsampahkan sekalian kapitalis yang mahu membuat untung dari alam dan sekalian perosak alam sekitar. Kesedaran dan penc

Nurul Aien Dirogol, Dibunuh Dan Mayatnya Dibenam Di Dalam Kolah

Dibenam dalam kolah TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin. Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh. Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang. -hm Kena bunuh

Orang Cina Maju Ke Depan Sambil Pemimpin Melayu Terus Menikus Kecuali Seorang

Perdebatan antara dua pemimpin parti MCA dan DAP yang berlaku Sabtu lepas aku harapkan dapat menjadi satu titik tolak politik Malaysia yang lebih open di mana pemimpin berani menyuarakan pandangan dan biarkan rakyat jadi judgenya. Sayangnya pemimpin UMNO masih lagi menyorok belakang media dan takut nak bercakap secara direct depan rakyat. Nak kata takde medium, RTM dia punya, radio berlambak..jadi apa lagi alasannya? Dalam sebuah negara yang majoritinya Melayu, pemimpinnya Melayu dan PM nya Melayu..kaum minoriti jugaklah yang menunjukkan the way forward kepada kita. Tak malu ke parti Melayu?Mungkinkah anda sebenarnya lebih takut malu dimalukan dalam debat? Ni zaman Malaysia nak maju. Propaganda menjual air liur semata-mata diiringi duit RM500 tak berkesan. Orang ramai sekarang tak ramai yang tanya "Kenapa kami perlu menyokong anda?" Sekarang kita tanya "Beritahu kami kenapa anda nak pimpin kami?" Ini adalah satu masalah besar kepada pimpinan BN kerana mereka tidak p

Pelancaran jalur tiga - logo JATI macam logo setan?

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Jati yang diterajui oleh ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Mohd Ali telah dilancarkan di Shah Alam Convention Center, Shah Alam petang ini. Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'. Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu. http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html Sumber :  harakahdaily * * * * * * * gua bukannya paham sangat bab maksud maksud logo ni. tapi bila rujuk pada website tersebut, katanya.. Design Rationale - "666" has to be in the logo. - A brand name has to be developed. (Think "Zoloft", "Viagra" or "Crestor.") - Must use "Red". (Satan owns this color. Sorry "Target" and "Coke.") - Spend no more then 30 minutes on it. (Have work to do.) - Approach it like a corporate client. -

Mahasiswa IPT Dijangka Terima PTPTN 25 Februari-3 Mac 2012

Kuala Lumpur, 20 Feb : Maklumat terbaru yang diterima melalui beberapa sumber pentadbiran Institut Pengajian Tinggi Awam menyatakan pembayaran pinjaman PTPTN bagi mahasiswa semester dua sesi 2011/2012 dijangka akan diterima seawal-awalnya 25 Februari ini. Dan menurut kenyataan itu lagi, penerimaan pinjaman itu diberitakan lewat sedikit berikutan proses kemas kini data di peringkat IPT masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan semester lalu. “Para pelajar akan terima seawal-awalnya 25 Februari ini dan paling lewat pun minggu pertama Mac 2012. “Untuk biasiswa JPA, ianya akan mula diterima dua minggu selepas bayaran pinjaman PTPTN selesai.”, ujar kenyataan terbabit hari ini. –  GZDaily

Merdeka Center yakin Najib, Anwar akan debat

SHAH ALAM - Susulan debat antara Presiden MCA dan Setiausaha Agung DAP kelmarin, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berharap debat nasional melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat. Ketika dihubungi Sinar Harian Online, ketua firma kajian pendapat umum ini berkata, debat antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah memberi lonjakan kepada keperluan bagi debat melibatkan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang. Beliau mengulangi pandangannya yang pernah disiarkan oleh Sinar Harian Online awal bulan lalu. "Saya rasa rakyat sudah mula mengharapkan dan ingin melihat debat-debat melibatkan pemimpin nasional, pemimpin kanan parti akan diadakan di peringkat nasional... rakyat sudah mula merasakan keperluan ini berbanding tiga, empat tahun lalu," kata beliau dengan merujuk kepada debat antara Anwar dan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 2008, beberapa bulan selepas pilihan raya umum lalu. Keti

Pilihanraya Kampus : Pentadbiran Universiti Mula Buat Onar

Kuala Lumpur, 20 Feb : Menjelang musim Pilihanraya Kampus yang sentiasa menjadi perhatian mahasiswa dan warga kampus seluruh Malaysia, keadilan dan pilihanraya bersih sudah tentu menjadi idaman semua pihak. Namun, belum pun ‘start enjin masuk gear satu’, sudah ada kedengaran suara-suara sumbang kecewa dengan pendekatan pihak universiti di beberapa buah kampus. Di Universiti Malaya, terdapat berita menyatakan pentadbiran universiti telah menyekat warga kampus untuk mengakses menggunakan laman pencarian ‘Google.com’ dan beberapa perisian software menonton video juga ditutup. Menurut sumber, situasi itu dikhabarkan berlaku setelah mahasiswa mula kembali ke kampus semester ini. Pencarian menggunakan ‘Google.com’ merupakan antara yang popular diakses ketika ini dan sekatan terbabit membuatkan warga kampus UM mula tertanya-tanya dan mempertikai tindakan pihak pentadbiran. Facebook, Youtube disekat di UPSI Sementara itu, di Universiti Pendidikan Sultan Idris, masalah tidak dapat mengakses lam

Termiskin : Mahasiswa, Pensyarah Kelantan Kecewa Kenyataan Perdana Menteri

Kuala Lumpur, 19 Feb : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama ‘menepuk air terpercik ke muka sendiri’. Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, Che Mohd Rozaihan Rosli hari ini menggesa Datuk Seri Najib menilai dan ‘muhasabah’ kembali dengan kenyataan terbabit sebelum menempelak Kerajaan Negeri Kelantan. “Pasar raya berebut nak masuk ke Kelantan sebab ukuran kuasa membeli yang tinggi, pembangunan bandar-bandar baru dan bandar satelit begitu pesat dibina sekarang, jumlah penerbangan ke Kota Bharu antara yang paling kerap dan banyak lagi. “Walaupun Kelantan banyak disekat tapi ‘Kelantan Menerajui Perubahan’. “Saya gesa Datuk Seri Najib fikir dan renung kembali mengapa Kelantan adalah ‘termiskin’ di kepala beliau.”, ujarnya dalam satu kenyataan. Sabah bukan negeri termiskin Perdana Menteri kelmarin menyatakan Sabah yang mengalami perubahan besar dalam lanskap pembangunan dan