Skip to main content

Posts

Showing posts with the label breaking news

Pakej Rangsangan: Antara Duit Kerajaan dan Duit Rakyat - A.Kadir Jasin

BANYAK  juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi. Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya, izinkan saya menulis semula nukilan bertajuk "Pakej Kiah Tertipu". Rencana tersebut adalah analisis pakar ke atas pakej berkenaan. Antara perkara perlu dipertimbangkan dan difahami adalah seperti berikut: 1. Walaupun pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10% atau hanya sekitar RM22 bilion saja duit kerajaan. Yang selebihnya adalah duit rakyat jelata sendiri. Duit kita. 2. Namun kita alu-alukan peruntukan tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi wabak besar Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang. 3. Kalau kerajaan hanya peruntukkan RM22 bilion duit negara, dari manakah datang jumlah RM250 bilion yang Muhyiddin umumkan itu? 4. Jawapannya...

Malaysia, Indonesia mahu bina terowong RM15b

Tengku Dahril (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Azlan pada majlis berkenaan, semalam. <   1  /  1   > MALAYSIA dan Indonesia bakal menjalinkan kerjasama dalam membangunkan projek pembinaan terowong bawah laut sepanjang 17.5 kilometer dari Kukup, Pontian ke Pulau Karimun, Indonesia. Projek itu masih dalam peringkat awal kajian antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Yayasan Amanah Pelalawan di Indonesia. Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM Prof Dr Azlan Abdul Rahman berkata, projek itu disasarkan menelan kos RM15 bilion hanya akan dimulakan sebaik mendapat persetujuan kedua-dua negara. “UTM akan jadi pembantu dan pemangkin untuk jayakan kolaborasi ini. Apa yang menariknya, ia akan memudahkan perjalanan dari Malaysia ke Indonesia. Projek ini berpotensi dan kita sedang dalam peringkat mengkajinya lagi. “Oleh itu, kita akan buat kajian bersama untuk lihat bagaimana pembangunan ini dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas ...

Rafizi: Polis Perlu Tangkap & Siasat Blogger UMNO Sebar Fitnah Ancaman Bom

Ancaman bom: PDRM perlu ambil tindakan   SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan,  Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno hari ini mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom  menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.  Beliau berkata,  pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam. “Ia lebih berbahaya apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap fitnah-fitnah seperti ini yang boleh menghuru-harakan ketenteraman awam. “Apabila ada fitnah yang menyalahgunakan internet sewenang-wenangnya seperti menakut-nakutkan rakyat dengan bom dan sebagainya,  polis sepatutnya mengambil tindakan dan tangkap blogger-blogger Umno terbabit, ” katanya kepada Sinar Harian Online, hari i...

Kematian 3 beradik: Pelajar ditahan bantu siasatan

Adzaman <   1  /  1   > ALOR SETAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis kira-kira jam 11.30 malam, semalam. “Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu. “Setakat ini pihaknya menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya, hari ini. Sabtu lalu, Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong kira-kira jam 3.45 petang, selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu. Lebih menyayat hati, mayat Nur Izzati Husna dan Pute...

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Blogger Papagomo

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.  Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.  Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut. Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian. 

GAMBAR AKAUN FACEBOOK SUSPEK TEMBAK PEGAWAI BANK - ARDI HAMZA

GAMBAR AKAUN FB SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI BANK - ARDI HAMZA | Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia. Facebook Ardi Hamza dengan akaun  Ardi Ode Putra Katela  dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebooksuspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran. Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013. Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini. Ayuh, sebarkan! Sumber:  http://www.tawaunetwork.com/

ALFATIHAH: Ustaz Azizan Bekas MB Kedah meninggal dunia

<   1  /  1   > SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi. Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya. "Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohNya," katanya.

49 KUMPULAN GENGSTER YANG DIUMUMKAN KDN

BERIKUT SENARAI NAMA 49 KUMPULAN GENGSTER (KONGSI GELAP) DI MALAYSIA.  SENARAI ADALAH MENGIKUT PECAHAN SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK SEBAGAIMANA YANG DIUMUMKAN KDN...... PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.  Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013. Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.  "Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya.  Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:  ...

RALAT: Berita Kematian Al-Sisi Tidak Sahih & Tidak Benar

S ebuah portal online, FreeMalaysiaToday (FMT) petang ini telah menyiarkan berita mengenai kematian Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya dan didapati berita tersebut tidak benar dan tidak dapat disahkan. Al-Sisi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Memetik laporan dari "The Egyptian Gazette" di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died”, dikatakan rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian Al-Sisi. Semakan GB terhadap laman tersebut (The Egyptian Gazette), yang memiliki IP 213.158.162.45, tidak dapat diakses lagi dan tiada sebarang laman agensi berita, samada dalam atau luarnegara ada melaporkan berita kematian berkekenaan. Hanya laman sesawang SILOBREAKER ada menyiarkannya dengan memautkan berita penuhnya itu ke laman asal iaitu The Egyptian Gazette yang tidak dapat diakses. - Blog Greenboc Al Sisi meninggal akibat serangan jantung PETALING JAYA...

Al Sisi meninggal akibat serangan jantung

PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini. Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana. Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi. Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012. Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu...

[34 Gambar] Berita Tergempar, Gambar Eksklusif, Sekitar Bas Jatuh Gaung 200 Kaki Genting Highland , Senarai Nama Mangsa Cedera Bas Jatuh Gaung

Sekitar jam 2.25 petang tadi kita di kejutkan dengan berita sebuah bas henti-henti bergerak di KM3 , Jalan Genting ke Kuala Lumpur  mengalami kemalangan jalan raya ( Jatuh Gaung ) . Bas yang di percayai membawa lebih dari 50 penumpang terjunam lebih 50 meter ke dalam gaung. Berita terkini yang saya dapat pada 9.26 PM. Jumlah mangsa yang terlibat di dalam kemalangan di Genting Highland tersebut  , Jantina dan Bangsa mangsa telah pun ketahui. Walaubagaimana pun anjing pengesan ( k9 ) sedang mengesan jika ada saki baki mangsa kemalangan. S ebuah bas terhumban ke dalam gaung di di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands petang ini. Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban. Sebelum itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan kemalangan ini. Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, anggota balai bomba tersebut ...