Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Rafizi: Polis Perlu Tangkap & Siasat Blogger UMNO Sebar Fitnah Ancaman Bom

Ancaman bom: PDRM perlu ambil tindakan   SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan,  Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno hari ini mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom  menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.  Beliau berkata,  pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam. “Ia lebih berbahaya apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap fitnah-fitnah seperti ini yang boleh menghuru-harakan ketenteraman awam. “Apabila ada fitnah yang menyalahgunakan internet sewenang-wenangnya seperti menakut-nakutkan rakyat dengan bom dan sebagainya,  polis sepatutnya mengambil tindakan dan tangkap blogger-blogger Umno terbabit, ” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Beliau berkata demikian m

ISU JUAL TANAH - Surat Terbuka Buat Sultan Johor

Rakyat yang berani. Hebat. Bagi mereka yang tidak tahu apa2 mengenai isu penjualan tanah kepada syarikat asing oleh Sultan Johor boleh baca  ini  dulu. Jom layan surat terbuka dari Syafik Yahya kepada Sultan Johor. Teguran Suci Rakyat Marhaen kepada Sultan Johor Bismillahirrahmannirrahim, Adapun patik rakyat biasa, tiada harta berjuta ria, cukup dengan sekadar yang ada. Tidak selayaknya menasihati tuanku yang disanjung merata-rata. Tiadalah berita yang mendukacitakan selain membaca keratan akhbar tentang enam 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor (tuanku) telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion. Urusniaga tersebut menyaksikan transaksi rekod jualan lebih sekali ganda daripada urusniaga jualan tanah di Danga Bay juga kepada pelabur asing pada Disember tahun lepas iaitu pada RM 860 kaki persegi. Penarikan pelaburan asing dari China itu bagi membangunkan segmen pasaran hartanah disamping segmen pendidikan, pelancongan dan lain-lain. Hal ini ad

1 Juta Penduduk Di Selangor dan KL bakal hadapi gangguan bekalan air minggu depan

Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.      Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata gangguan bekalan air akan bermula pada jam 8 pagi 17 Dis manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada jam 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga jam 8 pagi 22 Disember (Ahad).       Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.      Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).      Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan s

Afrika Selatan dimalukan oleh penterjemah bahasa isyarat palsu

Penterjemah bahasa palsu (kanan) kelihatan selamba dan begitu yakin 'berlakon' ketika Presiden Barack Obama menyampaikan ucapan penghormatan kepada Nelson Mandela. - AP JOHANNESBURG – Afrika Selatan menerima tamparan memalukan selepas seorang lelaki dikesan menyamar penterjemah bahasa isyarat. Lelaki itu yang tidak dikenali, berdiri di sebelah pemimpin dunia ketika mereka berucap pada majlis penghormatan ke atas pejuang demokrasi, Nelson Mandela. Penipuan itu disaksikan berjuta-juta penonton di seluruh dunia yang menyaksikan siaran langsung majlis berkenaan. Malah ketika Presiden Barack Obama berucap, dia turut membuat isyarat bahasa palsu dan langsung tidak difahami oleh golongan pekak. Menurut Persekutuan Orang Pekak Afrika Selatan, lelaki itu hanya menggerakkan tangannya tanpa sebarang maksud. Persekutuan berkenaan juga mengesahkan bahawa lelaki tersebut bukan ahli mereka. Keadaan itu nyata memalukan Kerajaan Afrika Selatan, apatah lagi selep

SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini

SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini  | Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan. Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya. Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang. Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan  Citta Mall. Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal. Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana

Kematian 3 beradik: Pelajar ditahan bantu siasatan

Adzaman <   1  /  1   > ALOR SETAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis kira-kira jam 11.30 malam, semalam. “Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu. “Setakat ini pihaknya menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya, hari ini. Sabtu lalu, Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong kira-kira jam 3.45 petang, selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu. Lebih menyayat hati, mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma ditem