Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

774 wanita Malaysia gersang

KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Gambar Pra Perkahwinan Nabil Dan Zira

Dipetik blog beautifulnara.com  Jika tiada aral melintang, hari ini Nabil dan Zira akan bergelar suami isteri. Mari kita sama-sama doakan agar tiada apa-apa masalah yang berlaku. Kepada Nabil, good luck bro. Lagi beberapa keping gambar pra perkahwinan Nabil dan Zira dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar ehsan  OhBulan  dan team Feel.

Masa Depan Perniagaan Penyewa Empire Gallery Kabur

Penyewa pejabat dan lot kedai Empire Gallery yang rosak teruk akibat letupan awal pagi semalam dibenarkan masuk mengambil harta benda mereka hari ini.

Bekas OCPD :" Isu Memali" Polis turuti arahan orang atasan!

Seorang bekas pegawai kanan polis yang terlibat dalam peristiwa Memali mendakwa  keputusan  pegawai atasannya di Bukit Aman untuk menangkap pemimpin PAS Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya sebagai 'tidak bijak'.

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Menyorok di Sweden Rupanya!

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Namewee bidas Utusan dalam video terbaru

Tersinggung dengan ulasan akhbar  Utusan Malaysia  yang mengkritik filem suluungnya, Nasi Lemak 2.0, penyanyi rap yang kini menjadi pembikin filem, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, membidas akhbar berbahasa Melayu itu yang disifatkannya sebagai “sampah”.

Allah Suruh Laksana, Tapi Tak Galakkan Hukuman Hudud

"Hukum Hudud"   dan   "Hukuman Hudud"   sebenarnya mempunyai maksud yang berbeza. Sehinggakan ramai yang keliru. Tambah malang sekali, bila ada umat Islam yang sanggup menyalahgunakan hadis di bawah untuk menolak hukum hudud.

Ingatan buat Muhyiddin, 'semut mati kerana gula'

KEADILAN Negeri Selangor melahirkan rasa terkejut diatas ucapan politik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diucapnya semalam,   23hb september di Sekolah Menengah KebangsaanMeru,Klang . 

Main wayang

JAGUH badminton China, Lin Dan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menarik diri pada pertembungan separuh akhir menentang rakan senegara, Cheng Long di Terbuka Jepun, semalam.   Lin Dan seakan bermain wayang kerana didakwa tidak sanggup mengerah kudrat berdepan Datuk Lee Chong Wei yang bersedia menantinya pada pentas akhir.  

Satelit Jatuh Ke Bumi

KUALA LUMPUR - Sebuah satelit lama milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dikenali sebagai Upper Atmosphere Research Satellite memasuki atmosfera bumi, semalam.   Menurut Agensi Angkasa Negara, satelit seberat enam tan itu memasuki atmosfera antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengahari semalam waktu Malaysia.  

Kegiatan pelacuran untuk jemaah haji di Mekah?

WarkahDaily – Apa sudah jadi, memang dunia sudah ‘tua’. Kota Mekah antara tanah haram yang menjadi tempat tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk menunaikan umrah dan haji saban tahun. Kota suci umat Islam itu sentiasa dipenuhi oleh manusia yang menyahut seruan Maha Penciptanya, Allah Rabbu Al-Jalil.

SKMM diminta jelas sebab larang video 'Undilah'

Pihak berkuasa perlu menjelaskan mengapa stesen-stesen TV tempatan diarahkan supaya berhenti menyiarkan video yang menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pengundi, kata naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Kongres Gerakan Mahasiswa ke-3 pada 24 Sept

KUALA LUMPUR, 22 Sept:  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menganjurkan Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional ke-3 pada 24 hingga 25 September di Dewan Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

Isu Hantu Bonceng: Penerbit, Penulis Skrip & Pengarahnya Bersalah, Bukan Pelakun - Ust Azhar

Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus   KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

30 perkara yang WANITA tidak sempat memberitahu LELAKI

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Pemuda PAS Puji Zizan Raja Lawak

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS menganggap Zizan Raja Lawak sebagai seorang pemuda yang berani kerana tidak takut mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka berhubung dialognya yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng.

Antara pejuang kemerdekaan dan pejuang ideology

Mat Kilau “ Sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang” 11 SEPT — Di Malaysia sekarang ini begitu hangat dengan polemik siapa pejuang kemerdekaan yang sebenar sekonyong Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) Mohammad Sabu semasa dalam ucapan politiknya mengatakan Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong juga ialah seorang pejuang kemerdekaan.

Profesor keliru, kemudian kelirukan orang

ULASAN   Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

Malaya Tak Pernah Dijajah??Biar Betul??

Zainal Kling: Malaya tak pernah terjajah Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling. "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Selangor Anjur Sambutan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia

–Kenyataan Akhbar– Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam . Tema sambutan tahun ini ialah Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera. Program sambutan akan bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam. Acara-acara menarika yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan. Kemuncak sambutan akan dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api. Semua rakyat Selangor dijemput menghadiri program ini bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan pembentukan Malaysia. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Gangguan Penggunaan Unifi 10-15 Sept

KUALA LUMPUR – Sebahagian pengguna jalur lebar berkelajuan tinggi, Unifi akan mengalami gangguan perkhidmatan dari 10 hingga 15 September ini. Menurut kenyataan pihak Pusat Unifi Telekom Malaysia (TM), ini berikutan kerja-kerja mengemas kini mengikut jadual. Pengguna yang terjejas akan mengalami kelewatan melayari internet bagi laman-laman yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan kawasan Utara Asia.- Mynewshub

Singapura kecewa lakonan pemain Iraq

PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan menyelar sikap pemain Iraq yang melengah-lengahkan masa, selepas mendahului perlawanan 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Rakyat Disembelih Lagi: 6% Cukai Pek Permulaan & Tambah Nilai Prabayar

Pengguna perlu bayar lebih KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini. Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Jualan Jersey Musim 2011/2012

Tirai perpindahan dan sesi jual beli pemain bola sepak bagi sesi 2011/2012 telah pun ditutup. Pasti selepas ini kedai mamak dan warung-warung yang mempunyai skrin besar akan menjadi tumpuan mana tidaknya perlawanan bola sepak di Eropah telah pun bermula bagi sesi baru. Dan buat pertama kali HK ingin mengambil kesempatan atas ruang masa dan peluang ini bagi menceburi ke alam perniagaan. Tujuan hanya satu iaitu sebagai mata pencarian tambahan apatah lagi berada di Universiti seperti HK ni. Peluang begini jangan dilepaskan!

Sejarah bagai gadis disolek sesuka hati

Parti Komunis China menjadi tetamu kehormat UMNO 54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun "merdeka…" 1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan.  Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang? 2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah.  Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

Mat Indera Pejuang Atau Penderhaka?

Nama  Mat Indera , salah seorang pemimpin kanan Parti Komunis Malaysia tiba-tiba menjadi hangat selepas Timbalan Presiden PAS, Ahmad Sabu menongkah sejarah dengan mengatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan wira yang harus dikenang. “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

Ringkasnya Hari Raya 2011

Genap 22 tahun HK menyambut Ramdhan dan Aidilfitri bersama-sama keluarga tercinta. Secara ringkasnya seperti manusia biasa, kita akan melalui zaman-zaman yang mungkin kita takkan dapat kecapi sepertimana kita kecapi zaman kita berada sekarang. Seorang manusia itu akan melalui zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa dan seterusnya zaman keemasan atau lebih dikenali zaman tua. Dan pada setiap zaman itu pastinya punyai cerita dan kisah tersendiri yang mungkin tersemat rapi atau telah pun dipahat dalam ingatan setiap orang yang sudah semestinya tidak dapat dilupakan.

Kelab Putera perlu tanggungjawab kematian jurukamera, kata saudara

SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin. Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu. “Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider  di Pangkalan TUDM di sini hari ini. “Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.-TMI

Noramfaizul Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR  4 Sept - Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor selamat dikebumikan sebentar tadi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Allahyarham yang selamat tiba pagi tadi diiringi Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Somalia Kelab Putera 1Malaysia pimpinan Datuk Azeez Rahim.

Gempar!! Berita Harian Lapor Mat Indera Juga Pejuang Kemerdekaan

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera,  berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura  yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai  masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan , cuma memilih jalan yang salah.