Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

15,000 aktivis Himpunan Hijau hampiri Dataran

Dianggarkan 10,000 aktivis meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu. Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi. Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis. Seorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam tadi, beliau berasa terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana.  "Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik. "Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi," katanya yang mula mengikuti perarakan ini dari Taman Rimba, Gombak. Kumpulan itu mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Le

Mati terjatuh sebelum jumpa kekasih - Fitnah KOSMO?

Kisah seorang remaja yang mati terjatuh sebab nak jumpa kekasih sebenarnya agak kecoh gak di wall sesetengah orang. Ada yang kutuk, ada yang rasa kesal dan ada yang rasa emmm..kenapa la adik neh sanggup langgar arahan ibu bapa dan tegar jumpa kekasih walaupun dah kena kurung.. kan dah meninggal dunia tak pasal2. Macam2 persepsi dan tanggapan negatif yang timbul. First time aku baca cerita neh pun aku rasa demm.. adik neh masih muda. Kan bagus kalau dia gunakan perasan dia di tempat yang betul. Perasaan cinta itu tak salah tetapi salurkan ia ditempat yang betul dengan gunakan cara yang betul. Itulah persepsi aku setiap kali terbaca kisah2 gadis yang meninggal ke, bunuh diri ke dan etc disebabkan cinta. Sekarang neh menurut laporan kosmo ; Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam. Sebe

Koleksi Gambar-gambar Cantik UAI

Seperti yang kita tahu, Ustaz Azhar Idrus atau UAI adalah seorang ulamak yang terkenal dengan gaya penyampaian kuliah ilmu yang bukan sahaja menarik, malah disampaikan dengan berani dan diselang-seli dengan lawak. Beliau tidak gentar untuk menegur sesiapa pun termasuk menteri jika dirasakan sesuatu yang dibuat itu tidak tepat. Dan sebagai seorang yang benar-benar memahami ajaran agama, UAI juga tidak pernahlah mendoakan kehancuran sesama umat Islam. Kepandaian beliau menggunakan media sosial seperti Youtube menjadikan beliau bukan sahaja terkenal di kalangan golongan tua tetapi turut diminati golongan muda. Satu yang berbeza dengan UAI berbanding dengan sebahagian ilmuwan Islam yang lain ialah beliau bukan sekadar bercakap mengenai Islam siang dan malam. Seperti manusia lain, beliau ada minat dan hobi kepada perkara lain. Satu contoh yang sepatutnya menjadi ikutan ilmuwan yang lain. Hobi UAI yang paling diketahui ramai ialah minat beliau kepada bidang fotografi. Kalau melihat kepada

Bolehkah berdoa minta bala kepada orang zalim?

Soalan : Al-Fadhil Dr Asri, saya menghadapi tekanan di tempat kerja saya. Ada seorang individu yang sering membuat berbagai tuduhan kepada saya. Macam-macam cerita yang bukan-bukan diada-adakan. Dia macam mahu orang lain membenci saya. Saya tahu diri saya. Demi Allah, semua yang dituduh itu tidak benar. Saya amat tertekan. Sehingga saya berfikir ingin berdoa agar Allah memberikan bala kepadanya. Tapi ada orang beritahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim. Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya doa supaya Allah beri balasan kepadanya? -  Azman, Klang. Jawapan Dr MAZA: Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Untuk soalan saudara di sini saya nyatakan beberapa perkara; 1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizali

Mengapa Dr. Muhammad Mursi Dan Mesir Tidak Menyerang Israel?

Disebabkan peperangan yang dahsyat ini, timbul persoalan “Mengapa Dr. Muhammad Mursi dan Mesir tidak menyerang Israel? Apa tindakan Dr. Mursi? Kenapa Dr Mursi tidak menghantar tentera Mesir ke Israel?” Jawapannya :- Sebelum menjawab lanjut, kita perlu maklum tentang beberapa tindakan Presiden Mesir terhadap isu ini: (1) Beliau telah membuat panggilan telefon kepada pemimpin-pemimpin dunia. Dia menyatakan pendirian mesir yang “Tidak dapat menerima pencerobohan Israil terhadap bumi GAZA”. Antara yang dihubunginya adalah : - Presiden Amerika Barack Obama - Presiden Perancis Francois Hollande - Presiden Rusia - Presiden Argentina - Presiden Turki - Presiden Sudan Omar Basyir - Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma - Perdana Menteri Britain - Perdana Menteri Itali - Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan - Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdul Aziz - Pemimpin Kuwait Syeikh Sabah Al-Ahmad - dan lain-lain (2) Beliau telah menghantar Perdana Ment

Anonymous Menggodam Hampir 600 Laman Web Israel

Ketika tentera Israel menyerang Gaza minggu ini, dan pada masa yang sama mengumumkan akan mematikan internet di kawasan terlibat, Anonymous telah pun mengumumkan akan melaksanakan OpIsrael, dan kini kelihatan ratusan laman web Israel digodam, selain alamat emel dan kata laluan yang turut ditiriskan ke arena internet. "Greetings World. For far too long, Anonymous has stood by with the rest of the world and watched in despair the barbaric, brutal and despicable treatment of the Palestinian people in the so called "Occupied Territories" by the Israel Defense Force. Like so many around the globe, we have felt helpless in the face of such implacable evil. And today's insane attack and threatened invasion of Gaza was more of the same. But when the government of Israel publicly threatened to sever all Internet and other telecommunications into and out of Gaza they crossed a line in the sand. As the former dictator of Egypt Mubarack learned the hard w

Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel

Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun. Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mer

Muktamar Pemuda PAS Bahas 4 Usul Termasuk AES & BERSIH 4.0

Kota Bharu: Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-53 kali ini menerima empat usul untuk dibahaskan oleh para perwakilan pada hari ini. Usul pertama berkaitan politik dan pilihan raya yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Jasin yang mengusulkan kepada muktamar supaya mendesak pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan Bersih 4.0 ekoran ketidakpedulian kerajaan terhadap tuntutan Bersih 3.0 sebelum ini. Usul kedua pula berkaitan media rasmi PAS, Harakah yang perlu diperkasa yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah. Usul tersebut antara lain mahu PAS Pusat membuat penstrukturan semula sidang editorial Harakah dan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily. Usul ketiga pula berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang di kemukakan Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri. Usul tersebut mendesak agar AES ditangguhkan serta merta dan mendesak agar satu mekanisma trafik baru dibuat yang bersifat mendidik dengan kajian dan piawa

Kisah Tentera Jepun Sendirian Dalam Hutan, Tak Sedar 40 Tahun Perang Dah Tamat

Sudah lebih daripada 60 tahun semenjak Perang Dunia Ke-2 berakhir dengan keputusan peperangan berpihak kepada Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat..Siapa sangka, walaupun perang telah lama berakhir, seorang askar Jepun yang ketakutan telah ditemui bersembunyi di dalam hutan selama 28 tahun, iaitu kira-kira 40 tahun setelah perang berakhir..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..   Tepat 40 tahun semenjak seorang askar Jepun ditemui di hutan Guam, setelah terselamat dan berada di sana selama hampir 3 dekad selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Beliau diberi sambutan seperti seorang wira semasa ketibaan beliau di Jepun. Walaubagaimana pun, beliau sering merasai seolah-olah masih belum berasa seperti di rumah dalam keadaan Jepun pada era moden ini. Selama 28 tahun ini, Shoichi Yokoi, seorang askar berpangkat Lans Koperal dalam pasukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke-2 menghabiskan masa dengan bersembunyi di dalam hutan dengan kepercayaan ahli