Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hiburan

Syura juara MasterChef Selebriti Malaysia 2

PENYANYI , Syura sah juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke-2. Syura menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan 'Sajian Sehangat Bintang' ciptaannya berjaya memikat hati juri. Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS. Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut. Kemenangan itu diakui tidak dijangka Syura kerana dirinya bukan peserta pilihan dan tidak yakin dengan gelaran juara itu. Syura menyumbang RM 60,500 kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan. Sementara Celina menyumbang RM 10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).

Seniman S. Shamsuddin meninggal dunia

Antara babak lakonan S. Shamsuddin SHAH ALAM - Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura. Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin. Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus

"bekas NASI GORENG Amira"....

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah. Itulah rutin beka lan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap... Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.. Amira termenung..nampak muka dia macam tak ...

[EDISI PANAS] Norman KRU dibelasah teruk di twitter oleh rakan Artis sendiri!!

Hari ini memperlihatkan perang twitter antara selebriti tersohor lagi hebat tanah air dengan pendapat mereka mengenai nasib industri seni sekiranya kepimpinan negara bertukar tangan. Kekecohan di Twitter ini bermula apabila Norman Abdul Halim membuat satu kenyataan melalui Twitter-nya bahawa jika PAS memimpin negara ini, industri filem dan muzik di Malaysia akan hancur. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan banyak pihak yang menyangkal dakwaan tersebut secara rasional. Sorry ye, apa yg saya tweet ni mesti penyokong PR tak suka tapi ini realiti - kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur about 18 hours ago  via  Twitter for BlackBerry® Reply Retweet Favorite @NormanKRU Norman Abdul Halim Sambungan : bukan saja industri filem & muzik tempatan saja akan hancur; pengeluaran filem & muzik antarabangsa di M'sia akan turut terjejas about 17 hours ago  via web Reply Retweet Favorite @NormanKRU Norman Abdul Halim ...

Man Of Steel: Sejarah Hidup Superman

Superman merupakan sebuah watak komik dari DC Comics dan watak Superman dicipta oleh Jerry Siegel. Superman merupakan watak HERO yang legend dikalangan watak-watak superhero yang lain. Walaupun beliau merupakan makhluk asing tapi beliau masing diterima masyarakat bumi. No racist racist ok! Nantikan kemunculan Man Of Steel pada 13 June ini Sumber:  Visually

Pengakuan Afdlin Shauki Mengenai Video "Bangkang Dari Longkang"

Kalau penyokong PR sarkastik, maka penyokong BN akan sarkastik juga. Kalau pedih telinga tak mahu dibahan, hentikan membahan orang. Formula mudah. Klik imej untuk paparan lebih jelas p/s: Tidak semua hukuman boleh mengubah kehidupan seseorang. Tumpukan kepada pendidikan (tarbiah) dan kasih sayang. Ini lah mesej iqra' dan pelukan Jibrail AS kepada Muhammad S.A.W.

Salih kecewa, bakal bersara dunia hiburan

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman  YouTube  berjudul  Bangkang dari Longkang  . Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. "Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah sem uanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi  Utusan Malaysia  hari ini. Iklan Kami sedang mencari seorang yang rajin menulis atau aktif berblogging tentang isu semasa/sukan/politik u...

‘Dia hilang ingatan’

Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan." “Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an. Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu. Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang. Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu. Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikia...

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI Tapi Jasamu Tetap Dikenang Dan Dihargai...

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI  Tapi Jasamu Tetap Dikenang Dan Dihargai...  oleh mustafar a.r. & zaini yusop TUNKU ABDUL RAHMAN (6 DISEMBER 1990)  Lahir: 8 Februari 1903 (Alor Setar, Kedah)   PUSARA TUNKU ABDUL RAHMAN  Makam Di Raja Langgar, Alor Setar, Kedah   P. RAMLEE (29 MEI 1973)  Lahir: 22 Mac 1929 (Pulau Pinang)   PUSARA P. RAMLEE  Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur   (Sumber: VideoFotoDen) S. ROOMAI NOOR (16 MAC 1996)  Lahir: 22 Februari 1923 (Temerloh, Pahang)   OSMAN GUMANTI (14 DISEMBER 1973)  Lahir: 1916 (Mingangkabau, Sumatera, Indonesia)   YUSOF LATIFF (12 JUN 1998)  Lahir: 22 Jun 1922 (Singapura)   AHMAD MAHMUD (27 OGOS 2008)  Lahir: 17 Mac 1927 (Rembau, Negeri Sembilan)   ALI RAHMAN (27 MAC 2008)   NOORDIN AHMAD (15 JUNE 1971)  Lahir: 1932 (Seberang Perai, Pulau...