Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pemimpin

KERAJAAN PN HANYA PEMUDAH CARA SAHAJA

RM250 billion pakej rancangan ekonomi diumumkan Muhyiddin Yassin. Semuanya untuk rakyat. Purata seorang dapat RM8,000 dengan mengambil kira teori pendapatan Makcik Kiah. Muhyiddin baru jadi PM baru sebulan. Tentulah duit itu adalah dikumpul pada zaman Najib Razak dan dicermati oleh kerajaan PH yang sebelum ini Muhyiddin juga ikut jadi kerajaan. Sesiapa yang waras dan mata tidak buta akan dapat mengira bahawa peruntukan itu dari kerajaan sebelum ini bukan hasil dan jereh perik kerajaan baru berusia sebulan. Justeru kepada penyokong kerajaan PN tidak perlu mendabik dada. Kerajaan PN sesungguh belum teruji. Makcik Kiah pun faham yang wang diberikan RM8,000 itu juga duit yang dikumpulnya selama ini. Macamlah pencarum KWSP yang mengeluarkan wang mereka itu adalah hak mereka. Cuma kerajaan PN menjadi pemudah cara sahaja. Ini kena faham betul-betul. Dan selepas habis Covid-19 ini (kita doakan selesai segera), sekiranya kerajaan PN panjang umur ia akan berhadapan dengan mas...

Najib: 'Saya suka makan kangkung'

Mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak patut dipermainkan.    Menurutnya, sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.    "Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung... (sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. "Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.    "Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya. Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca. Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga ma...

Biar gambar berbicara di Putrajaya

PUTRAJAYA:  Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3 malam ini. Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa. Tengahari tadi, belum selesai TG Nik Aziz menunaikan solat sunatnya, sudah penoh orang ramai yang mengelilingi beliau untuk bersalam. (Belum selesai TG Nik Aziz solat sunat selepas solat Jumaat, sudah penuh orang ramai menunggu untuk bersalam dengan beliau di Masjid Besi, tengahari tadi) TG Nik Aziz sampai ke KLIA pagi. Pagi tadi beliau makan pagi bersama dengan warga Putrajaya di sebuah kentin pejabat di sana. Pada sebelah tengaharinya, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya. Di sanalah beliau Datuk Husam Musa, calon PAS diserbu oleh orang ramai yang ingin bersalam.

Mengapa Aku Berdiri Teguh Dibawah Kepimpinan DS Anwar Ibrahim...

Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim.  Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas.  Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu.... Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam  mengamalkan homoseksual! Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg bernama Anwar Ibrahim, akal yg waras pasti akan membuat penafian atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau. Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK, Anwar bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar. Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan t...

Gambar Rumah Perdana Menteri & Timbalan. Kos Selenggara Sahaja RM12,094,707.06 (2008 – 2011)?

Apa yang boleh kami katakan berpinau juga kami melihat angka-angka yang diberikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen. Apakah yang diselenggarakan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun? Mana tidaknya, kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri iaitu hanya 2 biji sahaja telah pun mencecah sejumlah RM12 juta selama tempoh 3 tahun. Jawapan di Dewan Rakyat : Berapakah Kos Selenggara Rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjawab melalui jawapan bertulis bagi soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat. Jawapannya, umlah kos selenggara rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun iaitu daripada tahun 2008 sehinggalah 2011 adalah berjumlah RM12,094,707.06. Di mana : Kos selenggara kediaman rasmi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) di Sri Perdana...

Video #TanyaNajib Bajet 2013 Hangout On Air di Youtube mendapat "Dislike" terbanyak

Berita yang kami terima daripada individu yang mengatakan Video Youtube #TanyaNajib di Google Hangout mempunyai "Dislike" yang banyak sekali dan dianggarkan jumlah angka akan terus meningkat anda boleh merujuk sekali di  http://www.youtube.com/watch?gl=US&v=c5VGha5iuzo  . Kemaskini kiraan : 575 likes, 1,302 dislikes - 10:33PM 3/10/12 589 likes, 1,398 dislikes - 10:55PM 3/10/12 ehhhh.. video dah tak ader?  Selepas menjangkau banyak yang dislike maka Video tersebut telah di ' private ' kan atas sebab - sebab tertentu . Kita lihat Surat Khabar esok mahupun dikaca TV apa komen atau berita yang disampaikan mengenai program #TanyaNajib ini . Ramalan Keterangan : 1: Pembangkang kemungkinan telah mengunakan khidmat 'serangan cyber' keatas video tersebut. 2: Video tersebut adalah sesi 'cubaan' sahaja . 3: ( Sila komen Sendiri dibawah )... This video is private.Sorry about that. - 11:22PM

Najib kena teruk di Twitter #tanyanajib

Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet. Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu. Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib  juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan. Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu. Bagaimanapun belu...

Kubur Yasser Arafat Mungkin Digali

RAMALLAH, Tebing Barat – Kubur pemimpin Palestin, Yasser Arafat mungkin akan digali bagi membolehkan lebih banyak ujian dilakukan untuk menentukan punca kematiannya, kata Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas semalam. Beliau membuat kenyataan tersebut selepas sebuah makmal Switzerland melaporkan, pihaknya menemui kandungan tinggi bahan radioaktif polonium pada beberapa barangan yang digunakan oleh Arafat beberapa hari sebelum kematiannya. Kenyataan itu dibuat selepas balu Arafat, Suha dalam satu temu ramah yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menyatakan suaminya itu diracun dengan polonium. Pegawai kanan Palestin, Saeb Erakat memberitahu agensi berita AFP, satu siasatan antarabangsa perlu diwujudkan bagi menentukan punca kematian Arafat. Dalam wawancara bersama Al-Jazeera, Suha tidak menyatakan mengapa beliau menunggu hampir lapan tahun sebelum membenarkan beberapa barangan tersebut termasuk sebatang berus gigi dan topi untuk diuji. Pada hari kematian Arafa...