Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

[BONGKAR] Rekod Imigresen Sahkan Tarikh Lahir Papagomo Di IC Polis & Biasa Adalah Sama

Keadilan sebelum ini mendedahkan bagaimana seorang individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis. Pendaftaran mengikut kad pengenalan polis individu tersebut (yang juga dikenali sebagai Papagomo) telah dipadamkan dari daftar pengundi serta-merta apabila KEADILAN menimbulkan perkara ini. Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan oleh SPR. Ramai yang bertanya kenapa tarikh lahir Papagomo adalah berbeza-beza mengikut pendaftaran kad pengenalan biasa dan polis, seperti yang ditunjukkan mengikut paparan skrin di bawah: Semakan KEADILAN dengan rekod imigresen Papagomo mengesahkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa adalah sama, iaitu 21 Januari 1983. KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yan

Papa Gomo Cipta Alasan Untuk Tutup Blognya??

Pada 16 mac, Wan Azri a.k.a papagomo mencabar anwar ibrahim supaya menyaman beliau, kemudian sesudah itu anwar menfailkan surat saman berjumlah RM 100 juta, pada 20 Mac, bloger anak anak muda malaysia mendedahkan wajah sebenar Wan Azri ini. Kemudian, pada 21 mac, Wan Azri a.k.a papagomo telah menafikan beliau adalah wan azri dan menafikan sekeras kerasnya kononnya beliau di fitnah sebagai papagomo. Semalam pada 23 mac bloger era pasca mendedahkan pula bahawa papagomo, 99% adalah Wan Azri Wan Deris, bekas anggota polis yang di jatuhi hukuman 8 bulan penjara kerana aktiviti rasuah dan salah guna kuasa. Dan hari ini, setelah pendedahan demi pendedahan di lakukan oleh blog era pasca ini, papagomo telah dengan terpaksa menipu dan membohongi seluruh rakan rakan blogernya, kononnya blog lucahnya itu telah di godam dan bakal di rampas dan ditutup oleh encik lebai google. Lawak antarabangsa ini adalah rentetan siri pendedahan Wan Azri atau papagomo oleh pelbagai bloger pakatan rakyat dan be

Tahniah Buat Sulaim & Ain!

Pertama sekali sekalung ucapan tahniah buat sahabatku Muhammad Sulaim yang telah melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Nurul Ain bertempat di Kg Bekoh, Melaka.  Terima kasih juga buat rakan-rakan yang sudi meluangkan masa bersama bagi memeriahkan majlis, al-maklumlah hanya majlis perkahwinan sahaja yang boleh mempertemukan kembali sahabat-sahabat semasa study di universiti dulu. Seperti yang dijanjikan untuk buat pertama kalinya aku akan post gambar yang sempat diambil untuk dikongsi bersama di dalam blog aku ni. Bakal pengantin 2014? Abg Jejai (kiri) dan Dr Aiman (kanan) Engineer Ir Bidiey Che Mustafa (berbaju merah) Bersama kembar Sulaim, Zuhaili (kiri) dan Idham (tengah) Abg Mi (kiri) & Mat Zen (kanan) Ajid (kiri) bersama pasangan mempelai Abg Bob (kiri sekali) & pengantin lelaki Sulaim (tengah) Moga hubungan yang kita bina tidak akan putus... Bachelor of Electrical Engineering batch Julai 2008 p/s

Ketua tentera Sulu rakyat Malaysia

PKR mendakwa ‘Raja Muda Sulu' Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan rakyat Malaysia, malah pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat, Sabah. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, sejak konflik melanda bulan lalu, terdapat khabar angin berkaitan identiti Azzimudie kerana penduduk Sabah mendakwa mengenalinya. Menurutnya lagi, carian oleh Timbalan Setiausaha Agung PKR Darrel Iking di arkib negara dalam bahagian penjawat awam 1975 mendapati terdapat pembantu pegawai daerah bernama "Datu Agbimudin Kiram". Juseru, Rafizi mendesak perdana menteri menjelaskan sama ada Azzimudie benar-benar rakyat Malaysia yang terkait dengan "Projek IC" dan sama ada beliau anggota Umno seperti kebanyakan rakyat Sulu di Sabah.

Twitter Prime Minister Office (PMO) Nafikan Parlimen Bubar Hari Ini

Twitter PMO sebentar tadi memberitahu bahawa khabar berkaitan pembubaran Parlimen pada hari ini seperti yang kecoh di media sosial adalah tidak benar. Tweet berkenaan adalah seperti berikut; @PMOMalaysia: Salam sejahtera, khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini oleh Perdana Menteri @NajibRazak tidak benar sama sekali. Sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu Mynewshub, transkrip pembubaran Parlimen pukul 12.30 tengahari tadi seperti yang tersebar di Facebook adalah palsu. Banyak pihak yang yakin dengan khabar angin itu kerana dikatakan transkrip kenyataan pembubaran oleh Najib telah diserah pada pukul 12.35 tengah hari tadi. Sebelum ini ramai pihak menjangkakan parlimen dibubarkan pada 15 Mac lalu namun ternyata ianya tidak benar sama sekali.

ISMA Bertanding Pilihanraya Untuk Kalah?

Tulang Besi memang mengeleng2 kepala apabila membaca misi ISMA ini. Mereka berkata mereka mahu menyelematkan undi orang Islam. Tumpuan mereka adalah kawasan2 Parlimen dan DUN yang calon2 adalah bukan Islam dari parti yang lain dari PAS dan UMNO. Juga, mereka berkata yang mereka akan meletakkan calon yang berwibawa. Bagi Tulang Besi, misi ISMA itu sangat pelik dan menghairankan. BUAT APA BERTANDING UNTUK KALAH Pertamanya, kalau sudah pasti kalah, buat apa bertanding pilihanraya? Bertanding pilihanraya ini memakan masa, tenaga, waktu dan juga kederat. Wang yang diperlukan juga bukan sedikit. Wang diperlukan untuk pencalonan dan deposit RM25000 setiap Parlimen dan RM15000 untuk DUN (kalau tak silap Tulang Besi). Wang diperlukan untuk mencetak poster, banner, bunting dan bahan kempen yang lain. Wang juga diperlukan untuk menjalankan kempen seperti dialog dan ceramah. Wang diperlukan untuk membuka bilik2 gerakan seluruh kawasan Parlimen. Wang diperlukan untuk belanja

STPM: Kelantan catat sejarah terbaik, 12 calon lulus semua A

KOTA BHARU 18 Mac - Kelantan mencatat sejarah terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 apabila 12 calonnya mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding hanya empat orang tahun sebelumnya, iaitu peningkatan tiga kali ganda. Jumlah tersebut tidak termasuk tujuh lagi calon yang mendapat keputusan A bagi empat daripada lima mata pelajaran diambil, sekali gus menjadikan sebanyak 19 calon kesemuanya berjaya mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 tahun ini. Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, peratus calon lulus penuh pula adalah seramai 5,399 calon iaitu 95.12 peratus daripada keseluruhan 5,676 calon, mengatasi pencapaian peringkat nasional iaitu 92.67 peratus. Beliau berkata, pihaknya berbangga kerana peratusan kecemerlangan pelajar yang memperoleh keputusan empat dan lima prinsipal juga berjaya mengatasi peringkat nasional iaitu 53.7 peratus atau 3.048 calon berbanding 47.39 peratus, malah enam mata pelaja

Misteri Terowong Jepun Di Kunak Sabah

Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.   Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.   Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah : ~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang, ~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong ~ Gua Madai di Madai ~ Tasik Impian Di Mostyn ~ Kelab Golf di Mostyn ~ Tinggalan  Terowong  Jepun di Mostyn ~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957) ~Telaga Tuju

PI Bala meninggal dunia

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital Sungai Buloh kira-kira am 2.30 petang ini, kata peguam R Sivarasa. Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan  Malaysiakini , tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

KETUA NOMBOR 2 PENGGANAS DISAHKAN MATI TERBUNUH

Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa. \ Komander Musa dipercayai orang nombor dua pasukan pengganas selepas Agimuddin Kiram. “Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan. Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut. Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan. “Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada

Sejarah Penubuhan Komando VAT 69

Sejak krisis pencerobohan pihak Kesultanan Sulu di Lahad Datu, nama unit Komando VAT 69 sering diperkatakan di mana sahaja. Tapi, tahukan anda apa itu Komando VAT 69 dan sejarah penubuhannya? Pasti ramai di antara kita yang fikir bahawa Komando VAT 69 ini dari unit tentera. Sebenarnya komando VAT 69 ini asalnya anggota polis hutan pada zaman komunis dahulu. Sejarah Penubuhan Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment (SAS) telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Di akhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Kalau nak tahu, British SAS ni merupakan komando terbaik di dunia. Sesiapa yang minat game Modern Warfare- Call Of Duty mesti

Pemimpin MNLF dakwa lebih ramai pejuang ke Sabah

Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina, menuju ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang menentang pasukan keselamatan Malaysia, dakwa seorang pemimpin mereka hari ini. "Ramai telah meloloskan diri daripada pasukan keselamatan. Mereka sudah mahir dengan kawasan tersebut kerana mereka dilatih di sana pada masa lalu," kata Muhajab Hashim, pengerusi Majlis Perintah Islam MNLF. "Kami menjangka lebih ramai daripada mereka akan menyertai (pertempuran) walaupun jika arahan rasmi kita adalah supaya mereka mengelak pergi ke sana," katanya. Beliau tidak pasti berapa ramai pejuang MNLF telah berjaya melepasi  kawalan tentera laut Filipina dan Malaysia, tetapi berkata sebelum ini, "ribuan" telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram. Majlis Perintah Islam MNLF menyelia semua pasukan tentera MNLF, untuk meluc

9 Sebab Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu

1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company. 2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986 3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878. 4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah. 5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika S

Asal Usul Keturunan Jamalulu Kiram III

Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh!  | Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913. Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarika