HULU LANGAT, 22 Mei — Tujuh daripada 16 mangsa tanah runtuh selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di sini kira-kira pukul 3.20 petang tadi. Jenazah tujuh mangsa terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Sultan Hishammudin Alam Shah, Batu 14, selepas solat Zohor. Sebahagian daripada 500 orang menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Ahad. Kesemua jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding Batu 14 , Hulu Langat. Foto:Chua Kok Hwa/THE STAR