Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha @ Mat Yo SHAH ALAM - Norshahrul Idlan Talaha, pemain dari Kelantan, merangkul dua kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2012, hari ini. Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik tahun ini. Anugerah Penyerang Terbaik dimenangi tiga kali berturut-turut. Tahun ini dia menambah anugerah Pemain Paling Bernilai, mengalahkan Mohd Badri Radzi (Kelantan) dan Hairuddin Omar (ATM). Anugerah Bola Sepak Kebangsaan diwujudkan sebagai satu pengiktirafan ke atas pemain, jurulatih, kelab dan pihak pengurusan selepas berakhirnya saingan Piala Malaysia baru-baru ini. Pemenang anugerah kali ini: Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM) Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor) Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) Pema...
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan