Dianggarkan 10,000 aktivis meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu. Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi. Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis. Seorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam tadi, beliau berasa terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana. "Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik. "Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi," katanya yang mula mengikuti perarakan ini dari Taman Rimba, Gombak. Kumpulan itu mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Le...
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan