Keadilan sebelum ini mendedahkan bagaimana seorang individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis. Pendaftaran mengikut kad pengenalan polis individu tersebut (yang juga dikenali sebagai Papagomo) telah dipadamkan dari daftar pengundi serta-merta apabila KEADILAN menimbulkan perkara ini. Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan oleh SPR. Ramai yang bertanya kenapa tarikh lahir Papagomo adalah berbeza-beza mengikut pendaftaran kad pengenalan biasa dan polis, seperti yang ditunjukkan mengikut paparan skrin di bawah: Semakan KEADILAN dengan rekod imigresen Papagomo mengesahkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa adalah sama, iaitu 21 Januari 1983. KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yan...
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan