Rakyat mula tertekan menghadapi kenaikan harga barang secara senyap, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi serta Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tetap diteruskan. “Inilah nasib rakyat Malaysia, tetapi mereka bukannya bodoh, mereka cuma ditipu,” kata aktivis blogger, Edy Noor Reduan dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataannya hari ini. Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) tidak menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu. “Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang Perdana Menteri yang tidak mendapat mandat majoriti rakyat,” ujarnya. Menurutnya, BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu dengan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). “Mereka dibantu ‘papan’ siaran televisyen yang sampai masuk ke setiap rumah dan dibantu oleh dana berpuluh bilion ringgit. Dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% un...
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan