BARU-BARU ini ‘Sultan Melaka’, Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah hadir dalam jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama anak yatim di Kelab Cinta Sayang, Kedah. Lama tak dengar cerita beliau…tetapi nampaknya ‘gah’ sebagai seorang ‘Sultan’ terus dibawanya hingga ke hari ini. Dilihat berpakaian Diraja berwarna kuning, sedondong dengan ‘permaisurinya’, Raja Noor Jan menjadi tumpuan ramai di majlis tersebut. Raja Noor Jan mula mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005. “Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini,” kata Raja Noor Jan yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857 tidak lama dulu. “Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” tambahnya. Kesultanan Perak diwujudkan pada abad ke-16 selepas kejatuhan Melaka, oleh anak Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir. Sejak penjajahan Portugis pada...
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan