Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang. Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera. Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai “burglar-proof licence plate” tetapi ia juga mungkin dipanggil “sistem melarikan diri automatik” untuk perangkap kelajuan. Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang. Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan. Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond ‘Goldfinger’ dan Thunderball, pada tahun 1960-an. Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan h...
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan