Skip to main content

Posts

Mayat Kim Jong-il akan diawet dan dipamer

PYONGYANG - Mayat pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, seperti dilakukan ke atas mendiang bapanya, dijangka diawet dan dipamer di dalam bekas kaca sehingga bertahun-tahun selepas kematiannya. Mayat Jong-il kini diletakkan di Makam Kumsusan di ibu negara Pyongyang, di mana bapanya, Kim Il-sung turut dipamerkan sejak kematian beliau pada 1994. Jong-il meninggal dunia, Sabtu lalu, akibat serangan jantung tetapi berita mengenai kematiannya hanya diumumkan pada Isnin lalu. Kos untuk mengawet dan menjaga mayat Jong-il dianggar bernilai jutaan ringgit setiap tahun.

Tony Jaa Dalam Filem KL Gangster 2?

PEMINAT filem KL Gangster yang muncul filem Melayu paling berjaya di pawagam sehingga kini tentunya bersorak riang apabila baru-baru ini produser Datuk Yusof Haslam daripada Skop Production mengumumkan KL Gangster 2 pula akan dikeluarkan tidak lama lagi. Menurut Berita Harian, ia bukanlah filem susulan, sebaliknya kisah yang berlaku sebelum cerita yang disaksikan penonton dalam filem pertama. Maknanya, filem prekuellah tu. Dan, ia juga lebih hebat apabila kos penerbitannya pun mencecah RM3 juta. Ramai pelakon asal yang muncul dalam KL Gangster akan kembali menghangatkan filem kedua ini. Antaranya ialah Aaron Aziz, Adi Putra, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar dan Zizan. Lepas tu ada terdengar khabar angin mengatakan, pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa pun akan diundang sama memeriahkan filem itu! Kalau benarlah, maka nilai komersial filem kedua ini tentulah bertambah lagi. Kita semua bukannya tak kenal siapa Tony Jaa. Dia kan bintang lasak cukup hebat yang menggegarkan pawagam setiap...

Awas! Gambar diri anda boleh dibogelkan!!

MALUNYA NAMPAK BODY MCM NI! Lihat gambar wanita di sebelah bagaimana software edit gambar boleh digunakan untuk membogelkan gambar diri anda. Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangka. Nasihat penulis, kalau perempuan, dinasihatkan agar janganlah upload gambar dekat facebook atau mana-mana laman sosial dgn gambar penuh seperti gambar diatas. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda. Sekian buat mereka yang suka upload gambar sendiri ke facebook. Kalau ada elok-elok delete sebelum terjadi macam gambar diatas. Wasallam. Sumber: Warta Shubhi. kredit/sumber: http://itsmesaiful.blogspot.com

Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia

BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini. Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter. Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun. Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011. Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu. Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan d...

Cubaan Sabotaj Frankfurter Ramly Gagal. Ia Disahkan Halal

Ipoh: Orang ramai diminta tidak was-was berhubung status halal burger Ramly selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk frankfurter jenama Ramly yang dijual di pasaran tempatan adalah halal. Pengesahan Bahagian Hab Halal Jakim itu sekali gus menafikan dakwaan produk frankfurter jenama Ramly mengandungi DNA babi. Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk produk frankfurter jenama Ramly yang dikeluarkan Bahagian Hub Halal Jakim masih sah sehingga 14 Januari 2012. "Bahagian Hab Halal Jakim dan Kementerian Kesihatan sudah mengambil beberapa contoh produk dari kilang terbabit untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan pada 14 November lalu. "Hasil uji kaji Jabatan Kimia Malaysia mendapati produk berkenaan tidak mengandungi sebarang DNA babi," kata Jakim dalam kenyataan. Jakim menegaskan, mereka tidak akan bertolak ansur dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara terutama membabitkan isu halal dan berlaku pelanggaran undang-undang berkait...

Isu Turunkan Bendera Najib: Bukan Satu Kesalahan Tapi Sedia Mohon Maaf - BEBAS

Bendera Najib: Bebas anggap bukan satu kesalahan, tapi sedia mohon maaf KUALA LUMPUR, 18 Dis — Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tiada masalah untuk memohon maaf berhubung insiden menurun dan menaikkan semula bendera Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, petang semalam. Bagaimanapun ketua Bebas menegaskan, pihaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan besar sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk kononnya menghina Najib. Ketika dihubungi Safwan Anang berkata, pemimpin Bebas akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam menentukan tindakan susulan. Insiden itu terjadi sebelum Saifuddin tiba untuk menerima memorandum daripada mereka di pekarangan Menara Dato’ Onn. “Sebenarnya, saya tidak melihat tindakan menurunkan bendera yang tertera wajah (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak ini sebagai satu kesalah...

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-il meninggal dunia

SEOUL, 19 Dis — Pemimpin Korea Utara Kim Jong-il meninggal dunia kelmarin ketika dalam perjalanan kereta api, lapor stesen kerajaan hari ini. Staf stesen itu yang mengumumkan perkara itu berkata, pemimpin berusia 69 tahun berkenaan mati kerana faktor fizikal dan mental akibat ‘lebih kerja’ dan sedang dalam perjalanan ke ‘lapangan panduan’. Beliau mengalami strok pada 2008 tetapi kelihatan sudah pulih. Negara yang reklusif itu sudah memulakan proses peralihan kuasa kepada anaknya Kim Jong-un, yang dipercayai lewat 20-an. MENYUSUL LAGI