Skip to main content

Posts

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012. Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda,  tweetjack  akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya. Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda da...

Maklumat Terkini Pelajar UKM hilang selamat

Maklumat terkini :  Sumber daripada Bahagian Pejabat Keselamatan UKM mengesahkan siswi UKM, Siti Nurhafeezah Mohd Yusoff, 23 tahun, Pelajar UKM Fakulti Sains dan Teknologi Tahun 1, Kos Biokimia yang dilaporkan hilang sejak semalam berada dal am keadaan selamat dan mangsa sendiri telah menghubungi keluarganya memberitahu berada dalam keadaan selamat dan mohon tidak diganggu buat masa ini. Namun, pihak PDRM masih menjalankan siasatan setelah kesnya mendapat perhatian ramai pihak

Pelajar UKM hilang!Minta bantuan segera!

RED ALERT! Minta tindakan segera! Sesiapa yang ada menjumpai seorang wanita ber nama Siti Norhafeezah bt Mohd Yusoff, 23 tahun, Pelajar UKM Fakulti Sains dan Teknologi Tahun 1, Kos Biokimia yang hilang sejak semalam. Sesiapa yang ada menjumpai atau ternampak beliau sila lapor kepada MPP Ikram 0193742239 dan MPP Noraini 0136601697 dari UKM. Share segera!

Samsung Galaxy S III tiba di pasaran Malaysia

Samsung Galaxy S III KUALA LUMPUR - GALAXY S III Samsung Malaysia Electronics boleh didapatkan di pasaran Malaysia menerusi rakan kongsi telekomunikasinya Celcom, DiGi dan Maxis bermula 31 Mei, 2012, dan cawangan Samsung Elite Partner kemudiannya pada Jun 2012. Pengarah Urusannya Kwon Jae Hoon dalam satu kenyataan berkata dengan pengenalan Samsung GALAXY S III, syarikat itu yakin ia dapat mengatasi kejayaan Samsung GALAXY S II yang terjual sebanyak 20 juta unit di seluruh dunia sejak pelancarannya tahun lepas. Samsung Malaysia berkata dengan telefon baharu itu yang hanya seberat 133 gram dan lebar 8.55mm, merupakan peranti pertama yang menampilkan pemproses aplikasi teras kuad. "Ini menyediakan kepada pengguna prestasi dipertingkat, melayari web dengan pantas, pelbagai guna, kualiti grafik terbaik dan antara muka pengguna yang responsif dengan segera di skrin yang lebih besar," kata Samsung. Samsung GALAXY S III dikuasakan oleh Android 4.0, Ice Cream Sandwich dan bateri ...

Konsert Himpunan Belia, mana suara Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR:  Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran agama. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini.  "Kita mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung Sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan," katanya. Penganjuran sambutan hari belia itu yang bermula 23 Mei lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai. Di Facebook, Twitter dan blog, rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang dihidangkan kepada anak muda. Antaranya penampilan artis jemputan Kpop, kumpulan wan...

Pelajar pintar selesaikan teori Sir Isaac Newton

BERLIN - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman. Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik. Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding. Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ. Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata .

Surat Terbuka Moderator Debat PTPTN, Dr. Maszlee Malik Kepada Hassan Ali

Assalamualaykom w.b.t. YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati, Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini. Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil un...