Skip to main content

Posts

Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam?

Oleh: malaysiacrisis Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri. Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam. “…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam”  – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong). Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar u...

Angkat Berat Wanita Olimpik…Bila Bulu Ketiak Jadi Bahan Bualan

Namanya Seen Lee, 29, jaguh angkat berat yang mewakili negaranya, Australia dalam Olimpik 2012 Bertanding dalam kategori 63 kilogram, Lee nampaknya gagal dalam percubaan mengangkat besi seberat 106 kilogram (snatch). Namun yang menjadi perbualan di dalam FB dan Twitter bukannya kekalahannya itu, tetapi ketiaknya yang dipenuhi bulu! Malah ia menjadi bahan lawak dalam internet. Tidak diketahui mengapa Lee memilih untuk membiarkan bulu ketiaknya ‘merimbun’ daripada mencukurnya seperti mana kebanyakan atlit wanita lain dalam sukan tersebut. Untuk rekod, Lee adalah pemegang rekod angkat berat di negaranya dan merupakan seorang jurutera. Yang pasti, kehadirannya di Manchester telah mencetuskan ‘fenomena’ tersendiri…ya, dengan caranya yang juga tersendiri! –  Mynewshub.my

Pulau Pinang hadiahkan RM100,000 untuk Lee Chong Wei

GEORGE TOWN, 7 OGOS: Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat akan menganugerahkan insentif bernilai RM100,000 kepada wira badminton negara Lee Chong Wei yang merupakan anak tempatan bagi mengiktiraf pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2012. Ketua Menteri Pulau Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, anugerah tersebut adalah untuk usaha gigih beliau dalam Sukan Olimpik London 2012, serta sebagai galakan untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016. “Walaupun terkecundang kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir, Lee Chong Wei telah berusaha dengan gigih dan menimbulkan rasa bangga setiap rakyat Malaysia,” ujarnya. Chong Wei berjaya beroleh pingat perak bagi acara badminton perseorangan lelaki setelah tewas kepada jaguh menunggu China, Lin Dan dalam persaingan yang amat sengit Ahad lalu. “Walaupun gagal memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia, Lee Chong Wei telah menjadi juara Olimpik dalam hati setiap rakyat Malaysia. Negeri Pulau Pinang berasa bangga ...

Baskin Robbins percuma walaupun Lee Chong Wei kalah

Ini berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! Walaupun Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton Olimpik London 2012 semalam, Baskin Robbins yang menjanjikan ais krim percuma buat seluruh rakyat Malaysia jika pemain no dua badminton dunia itu menang emas, akan tetap memberikan ais krim percuma seperti yang dijanjikan. Horee!! Serbuu!!

Restoran McDonald's pertama di Malaysia (1982)

Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia,  McDonald's , telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada  1982 . Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang,  Kuala Lumpur  itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd. Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger  Big Mac  di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac  percuma  pada setiap minggu selama setahun! Selain Big Mac, restoran McDonald's Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual  hidangan  Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald's yang pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald's yang  kedua  telah dibuka di  Plaza Yow Chuan  (lot LG 8...

Staf Yang Terjun Dari AirAsia Dakwa Ada Hantu Dalam Pesawat

Staf dakwa nampak hantu dalam pesawat AirAsia MIRI – Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan ‘hantu’ dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini. Gambar:   CHONG kini masih dirawat di Hospital Miri. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan ‘hantu’ yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan. Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas. “Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang. “Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramu...

94% tolak tema Merdeka: Poll Malay Mail terus menekan Rais

KUALA LUMPUR 3hb Ogos - Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka ‘Janji Ditepati’ dan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.  Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu 'off-line'. (gambar kanan) Apakah ia benar-benar bermasalah teknikal sehingga menyebabkan ia 'off-line' tidak dapat disahkan.  Sehingga kini, Rais masih bertungkus-lumus mempertahankan slogan “Janji Ditepa...