BIARPUN apa keputusan membabitkan Selangor dan Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, satu sejarah akan tercatat apabila dua gergasi bola sepak tanah air berentap untuk slot final di stadium sama. Pertemuan separuh akhir pertama yang menyaksikan gol Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-62, menjadi pemisah aksi yang boleh diibaratkan final Piala Malaysia musim ini kerana kedua pasukan ini mempunyai kekuatan cukup seimbang kerana kedua-dua pasukan mempunyai ramai pemain berkualiti. Selangor kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang dilihat mempunyai pemain gabungan senior dan junior semakin menunjukkan persembahan mengagumkan sejak bangkit daripada aksi tidak konsisten pada saingan kumpulan. Sementara, Kelantan bimbingan Bojan Hodak pasukan paling konsisten sepanjang kempen Liga Malaysia apatah lagi menjuarai Liga Super dan juara Piala FA pastinya mahu menambah koleksi kejuaraan mereka. Rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum juga seimb...
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan