Skip to main content

Posts

"Rakyat Tidak Bodoh, Cuma Telah Ditipu"

Rakyat mula tertekan menghadapi kenaikan harga barang secara senyap, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi serta Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tetap diteruskan. “Inilah nasib rakyat Malaysia, tetapi mereka bukannya bodoh, mereka cuma ditipu,” kata aktivis blogger, Edy Noor Reduan dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataannya hari ini. Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) tidak menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu. “Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang Perdana Menteri yang tidak mendapat mandat majoriti rakyat,” ujarnya. Menurutnya, BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu dengan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). “Mereka dibantu ‘papan’ siaran televisyen yang sampai masuk ke setiap rumah dan dibantu oleh dana berpuluh bilion ringgit. Dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% un...

Beranikah Zahid Hamidi Simpan Anwar Ibrahim Di Lokap Jinjang ?

DS Anwar Ibrahim telah beri lampu hijau pada DS Zahid Hamidi untuk tunjuk kan taringnya untuk ''simpan'' Anwar di Balai Jinjang sebagai membalas dendam terhadap serangan  Anwar kepada nya tempohari. Antara yang menjadi sasaran beliau adalah Hj Mat Sabu , Dr Zulkifly , Chegu Bard, Hishamudin Rais dan Nurul Izzah. Zahid mungkin lupa antara nama sasaran beliau sedang menunggu untuk di tangkap dan lokap bagaikan pusat istirehat bagi mereka. Zahid pernah merasa kena  lokap dan beliau  pasti  ingat nostalgia bagaimana beliau dari seorang hero kepada Anwar Ketika itu dan  bertukar menjadi lalang dan sampah apabila di sergah dalam lokap dan buat U Turn kembali untuk menjilat Mahathir. Kini masa untuk beliau cuba menarik perhatian kem Najib atau kem Mahathir untuk terus menyambung nyawa dalam umno. Beliau adalah lebih paria dari paria yang ada di Negara ini. Zahid ingin cuba meneruskan legasi KDN semasa era kukubesi Dr Mahathir dengan memberi amaran dan tangkapan a...

Hentikan penganiayaan politik, bebaskan Adam Adli segera

(Kenyataan bersama pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat) Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat hari ini bersama untuk mengecam tindakan Barisan Nasional yang menyalahguna kuasa pihak polis dengan melakukan penganiayaan politik (political persecution) ke atas Adam Adli serta menuntut supaya Adam Adli dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat. Pihak polis pada 18 Mei telah menahan Adam Adli berdasarkan Seksyen 4 dalam Akta Hasutan dan pada hari 19 Mei aktivis mahasiswa tersebut sekali lagi ditahan mengikut Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan yang menyabitkan kesalahan terhadap sesiapa yang “menjejaskan demokrasi berparlimen”. Malah, polis juga telah menggeledah pejabat dan kereta Adam Adli untuk kononnya, mencari bukti kes. Tindakan-tindakan Barisan Nasional berjumlah kepada suatu penindasan terhadap Mahasiswa dan sekali lagi menjadi bahan lawak kepada negara-negara demokrasi di seluruh pelusuk dunia. Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat Malaysia untuk bersuara, ber...

Gaji Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000

KUCHING:  Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan. Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak. Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik. Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. Ran...

Hadiah Untuk Rakyat: BN Menang, GST Pun Dilaksanakan!

N asibmulah rakyat! BN menang PRU13 walaupun dengan cara yang paling tidak bermaruah Namun yang lebih mengecewakan, GST dikenakan setelah ditangguhkan sebelum pilihanraya diadakan semata-mata untuk mengelak rakyat daripada melahirkan undi protes. Dan kini ia dilaksanakan sebaik saja Pilihanraya selesai. Begitu mudah rakyat tertipu dan ditipu. Kata Idris Jala, perlaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara. Namun ditutupnya fakta bahawa GST akan menurunkan pendapatan rakyat! Beliau berkata cukai perkhidmatan sebanyak tujuh peratus juga dilaksanakan di negara jiran, Singapura. Tetapi beliau mengabaikan fakta bagaimana Singapura menaikkan pendapatan rakyatnya sehingga pendapatan perkapita rakyatnya USD 60500.

[BONGKAR] Kajian "81% Mahu Anwar Bersara" Adalah Palsu

K ajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.  Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu. Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama. “Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge. Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers. Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Raky...

"bekas NASI GORENG Amira"....

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah. Itulah rutin beka lan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap... Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.. Amira termenung..nampak muka dia macam tak ...