Skip to main content

Politik itu penting ke??

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah semakin hampir. Apa persediaan anda untuk menghadapinya? Selaku umat Islam, apakah pandangan anda terhadap politik? Adakah anda tergolong dalam kategori manusia yang berpandangan seperti di bawah ini?
Apa ada pada politik?
  • Saya benci politik sebab dia busuk dan buruk
  • Politik memecahbelahkan umat
  • Politik menyesakkan dada
  • Undi parti politik, hidup miskin juga
  • Saya tak ambil tau pun hal politik, tapi bisnes internet jalan juga
  • Sepanjang saya menjadi manusia, saya tak pernah tahu apa itu politik
  • Politik itu HARAM

Baiklah. Jika anda tergolong dalam kategori minda di atas, saya tidak boleh menghalang. Itu adalah hak anda untuk mengemukakan pendapat. Namun, tak salah rasanya kalau anda buka sedikit ruang untuk saya kemukakan, mengapa kita perlu mengambil tahu hal politik?


MENGAPA UMAT ISLAM PERLU BERPOLITIK ?

Berpolitik tidak semestinya anda perlu masuk PAS, UMNO, PKR, atau mana-mana parti politik tertentu. Berpolitik cukup sekadar anda sudi meluangkan masa untuk mengambil tahu tentang hal politik semasa.
Dengan mengetahui politik semasa, anda khususnya yang beragama Islam boleh menilai pemimpin mana yang mahu menegakkan undang-undang Islam, dan yang mana menolak undang-undang Islam. Justeru, anda boleh memilih dengan tepat.
Itulah sebabnya mengapa umat Islam perlu berpolitik.


POLITIK IALAH LEBUH RAYA DOSA?


Saya tahu anda takutkan dosa. Siapa tak takut dosa? Saya pun takut. Tapi mengapa berpolitik? bukankah terlibat dalam politik itu sama maknanya menjebakkan diri dengan dosa?

Jika itu tanggapan anda,  mari ucapkan TAHNIAH kepada para ahli agama yang sanggup berhadapan dengan risiko yang amat berat iaitu menggunakan wasilah politik untuk menegakkan perundangan Islam. Sedangkan politik ialah jalan yang terdedah kepada dosa.
 
Tapi cuba renungkan sejenak. Kalau semua ahli agama tidak mahu terlibat dengan politik kerana takut berdosa. Apa akan jadi kepada negara ini? Apa akan jadi bila golongan yang derhaka kepada hukum Allah mengetuai pemerintahan negara? Tidakkah Islam akan tertindas?
 
Kecualilah jika anda berniat untuk menjadi tauke kedai judi atau kedai arak. Jika demikian, memang wajarlah anda tidak merasakan apa-apa.




Buku ini menjelaskan tentang dalang. . . .
Dalang di sebalik keruntuhan akhlak umat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Siapakah dalang tersebut? Apakah yang telah dilakukannya? Apakah gerak kerjanya? Bagaimana untuk menghadapi mereka, . . semuanya akan dijelaskan secara terperinci di dalam buku ini.


Dalang yang saya maksudkan bertanggungjawab atas statistik yang saya di bawah ini.



STATISTIK  ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA (JPN) 2009

NEGERI                          ORANG  
Selangor
12, 836
Perak
9,788
K. Lumpur
9,439
Johor
8,920
N.Sembilan
4,108
Pahang
3,677
Kedah
3,496
P.Pinang
3,412
Melaka
2,707
Kelantan
1,730
Perlis
691
Sarawak
617
Terengganu
574
JUMLAH
70,430


Angka yang sungguh menakutkan........siapa nak bertanggungjawab semua ni??kalau kat akhirat esok agak2 tuhan akan tanya siapa dulu??semestinya pemimpin kan??jangan cakap statistik ni tiada kaitan dengan politik!!kes-kes buang bayi ini sememangnya ada kaitan sebab ia bergantung kepada sesebuah kerajaan, organisasi, parti politik dan masyarakat yang diperintah. Kalau mereka mengamalkan dasar-dasar ISLAM yang syumul semestinya kes-kes buang bayi ini dapat di cegah kerana ALLAH sendiri memberi jaminan kepada umatnya yang melaksanakan undang-undang ALLAH. Sesugguhnya mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi apa tugas kita??Tugas kita adalah dengan melaksanakan transformasi ke arah kebaikan. Kebaikan yang dimaksudkan dengan memilih kerajaan yang betul-betul bersih daripada rasuah, kronisme, yang menolak hukum-hukum ALLAH. PRU 13 merupakan penentu kepada kita. So, saya sarankan kepada semua baca la buku ini kerana buku ini merupakan panduan lengkap yang akan menjawab pelbagai persoalan berkaitan politik di negara kita.

Comments