Mohd Zhafran Bin Fauzi
No,94 Jln TKC 3/9 Taman Kota Cheras Fasa 4,
No,94 Jln TKC 3/9 Taman Kota Cheras Fasa 4,
43200 Cheras,
Selangor D.E.
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
KM 1 Jalan Pantai,
71009 Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus, 18 Jan 2011
Tuan/puan,
Rayuan Pengurangan Pembayaran Kompaun,
Saya seperti nama di atas Mohd Zhafran Bin Fauzi adalah penuntut tahun 3 dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
Tuan/puan,
Rayuan Pengurangan Pembayaran Kompaun,
Saya seperti nama di atas Mohd Zhafran Bin Fauzi adalah penuntut tahun 3 dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, pada hari Sabtu lepas iaitu pada 15hb Januari 2011, saya bersama-sama 10 orang kawan saya berkelah sambil membakar BBQ di Pantai Saujana, Si Rusa. Apa yang mendukacitakan ialah apabila kami didenda oleh pihak MPPD dengan alasan kami membakar ayam tidak beralas.
3. Kami sedar kesalahan kami tetapi bukanlah sengaja kami membakar tanpa beralas kerana kami langsung tidak tahu kawasan itu merupakan kawasan yang dijaga dan itulah kali pertama saya dan kawan-kawan ke sana. Di sini saya mewakili kawan-kawan saya ingin memohon rayuan dari encik berhubung kompaun yang kami terima ini yang berjumlah RM 250.00 kerana kami kesemua adalah pelajar dari UiTM Shah Alam dan perbelanjaan kami ke Port Dickson sudah pun dihabiskan malah amat mendukacitakan atas sebab-sebab kecuaian kami, kami terpaksa dibeban pula dengan kompaun ini.
4. Saya mewakili kawan-kawan saya sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan yang menyinggung pihak encik. Saya disini merayu pihak encik selaku YDP MPPD untuk mengurangkan bayaran kompaun yang kami terima ini.
4.Oleh itu, saya berharap agar permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan sewajarnya. Segala kerjasama encik saya dahului dengan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Yang benar,
……………………………………………….
(MOHD ZHAFRAN BIN FAUZI)
(MOHD ZHAFRAN BIN FAUZI)
Ulasan :
Kesalahan kami kalau diikutkan memang ternyata salah kerana pihak MPPD telah pun meletakkan papan tanda amaran/larangan pembakaran cuma kesilapan kami tidak nampak papan tanda tersebut.
Cuma satu je aku nak pertikaikan dari segi pembayaran kompaun ni. Tempoh masa yang diberi sangat tidak logik memandangkan kami semua adalah bukan penduduk disitu malah perjalanan dari Shah Alam ke Port Dickson mengambil masa hampir 1 jam 1/2. Dah la denda RM 250.00. Ok yang tu aku tak boleh nak pertikai sangat cuma cara pembayaran.
Pastu yang aku tak berapa puas hati ialah tempoh masa yang diberi.
7 hari beb!!
Kalau masing-masing dah kerja tak pe lagi ni masing-masing dengan ade kelas dan aku sendiri terkejar-kejar nak cari mesin fax semata-mata nak fax kpd YDP MPPD ni.
Aku cuma terkilan sebab cara pembayaran dan tempoh masa yang terlalu singkat. So, aku rasa2 macam nak call depa nak mintak extend tempoh pembayaran, korang rasa boleh tak??
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete