Skip to main content

10 Dalil Kenapa Rajagobal Harus Berundur Sebagai Jurulatih Malaysia





1. Selepas menjuarai Piala AFF 2010 tiada sebarang peningkatan yang telah dipamerkan oleh pasukan bimbingannya. Ranking FIFA skuad kebangsaan terus merudum lantaran seringkali tewas dalam aksi persahabatan antarabangsa. Bila di tanya mengenai ranking pasukan negara yang terus merudum, Rajagobal dengan angkuh mengatakan ranking itu tidak penting. Ini satu mentaliti yang seharusnya tidak wujud dalam pemikiran seorang jurulatih kebangsaan.
2. Meletakkan “maruah” skuad kebangsaan ditahap paling bawah dengan tidak serius menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa. Bukan tidak boleh “bereksperimen”, tetapi jangan sampai mudah dibelasah lawan atau dimalukan lawan. Sebagai contoh, sesuatu yang tidak boleh diterima apabila pasukan Malaysia sekadar seri dengan pasukan seperti Bangladesh dalam rangka persiapan sebelum Piala AFF.
3. Tidak memilih barisan pemain terbaik daripada 22 orang pemain yang dipilihnya untuk mewakili Malaysia dalam Piala AFF. Ketika skuad Malaysia tempang menghadapi lawan lantaran masalah kecederaan , dua pemain untuk kuota tengah dan serangan iaitu Fakri serta Hazwan Bakri langsung tidak digunakan semasa pertemuan getir menentang Thailand. Rajagobal sendiri kurang mempercayai pemain yang dipilihnya. Lantas timbul persoalan, jika 2 pemain ini gagal menambat hatinya, kenapa beliau tidak memanggil pemain seperti lain seperti Baddri Radzi ataupun Norfarhan Mohamad untuk menghadapi kejohanan tersebut? Kuota untuk  2 pemain ternyata telah dipersia-siakan oleh Rajagobal  
4. Kepercayaan karut yang diamalkan Rajagobal dengan menganggap jersi kuning + hitam tidak membawa tuah. Akibatnya peminat langsung tidak berpeluang untuk menyaksikan pemain negara memakai jersi tradisi Harimau Malaya di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan! Sepatutnya Rajagobal harus belajar dari Ong Kim Swee yang berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 2011 bersama skuad Harimau Muda dengan warna jersi kuning + hitam  tersebut. Fakta yang harus dipelajari oleh Rajagobal ialah, pakai jersi warna apa sekalipun boleh menang asalkan mempamerkan persembahan terbaik.
5. Taktikal yang mudah dibaca lawan. Lawan di rantau Asean sudah masak dengan taktikal yang digunakan Rajagobal. Taktikal yang digunakan semasa Piala AFF 2010 hampir sama dengan apa yang disajikan dalam Piala AFF 2012. Bezanya untuk menutup kelemahan dibahagian tengah bertahan, beliau menggunakan 2 pemain diposisi tersebut, serta seorang penyerang semasa perlawanan separuh akhir menentang Thailand.
6. Ego untuk mengaku kelemahan sendiri. Jika di kritik, sudah pasti alasan pernah menjuarai Sukan SEA 2009 serta Piala AFF 2010 menjadi modalnya. Kejayaan lampau menjadikan Rajagobal semakin ego bukannya menambahkan motivasinya untuk mencipta kejayaan lebih gemilang bersama skuad kebangsaan. Benar, kejayaan tersebut adalah hasil daripada kerja kerasnya membimbing skuad kebangsaan, namun jangan jadikan ia sebagai alasan untuk terus berada di “zon selesa”. Lihat Alex Ferguson, pernahkan dia menjadikan kejayaan lampau untuk dijadikan alas an menutup kelemahan pasukannya?
7. Sebagai jurulatih, Rajagobal turut gagal memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan. Kelemahan yang wujud semasa perlawanan persahabatan gagal di perbaiki menjelang kejohanan sebenar. Rentetan kekalahan semasa perlawanan persahabatan sepatutnya diambil serius punca kegagalan untuk diperbetulkan, malangnya ia tidak berlaku.
8. Dalam kelayakan Piala Asia 2015, Malaysia telah di undi dalam Kumpulan D bersama 3 pasukan dari timur tengah Qatar, Bahrain dan Yemen. Benar Rajagobal menjadikan kelayakan Piala Asia sebagai misi utamanya. Tetapi persiapan kearah itu dilihat agak pincang. Tiadanya perlawanan persahabatan dari pasukan negara rantau tersebut. Dengan semua pasukan lawan dalam perlawanan persahabatan adalah dari negara di rantau Asean selain Hong Kong, India dan Bangladesh, ia lebih dilihat sebagai persiapan menghadapi Piala AFF dan bukannya kelayakan Piala Asia. Jika persiapan satu tahun lebih untuk menghadapi Piala AFF telah gagal mempertahankan kejuaraan, adakah dengan persiapan kurang 2 bulan Rajagobal mampu membawa Malaysia  layak ke Piala Asia?
9. Majoriti penyokong bolasepak Malaysia mahukan agar Rajagobal digantikan dengan jurulatih yang lebih cemerlang agar mutu bolasepak negara terus berkembang dan tidak hanya  statik ataupun terus merudum. Bukan tidak menghargai jasa beliau, cuma untuk lebih berjaya satu pendekatan baru harus digunakan demi kemajuan bolasepak negara.
10. Untuk alasan yang ke-10, biarlah anda sebagai penyokong bolasepak Malaysia yang menyatakan kenapa Rajagobal perlu berundur sebagai jurulatih Malaysia. Nyatakan pendirian anda diruangan komen blog ini.
Sumber: http://bolasepakm.blogspot.com/

Comments

  1. 10. dia ni pandai kelentong saja, trick2 dia dah abis la. takdak strategi langsung.

    ReplyDelete
  2. aku rasa pertahanan kita masih perlu kan gandingan mantap anak2 muda 2010,.... sapa maseh ingat? mahali, sabre abu, muslim ahmad dan fadli shaas... bukan nya aidil mat stylo yg ntah apa2 ntah..... mana pergi sabre abu + muslim kali ni???

    ReplyDelete
  3. 10. rajagopal memang WAJIB undur! Jangan lagi latih skuad HM untuk kelayakan Piala Asia. Hancur HM nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-