Skip to main content

Afrika Selatan dimalukan oleh penterjemah bahasa isyarat palsu

Penterjemah bahasa palsu (kanan) kelihatan selamba dan begitu yakin 'berlakon' ketika Presiden Barack Obama menyampaikan ucapan penghormatan kepada Nelson Mandela. - APPenterjemah bahasa palsu (kanan) kelihatan selamba dan begitu yakin 'berlakon' ketika Presiden Barack Obama menyampaikan ucapan penghormatan kepada Nelson Mandela. - AP






JOHANNESBURG – Afrika Selatan menerima tamparan memalukan selepas seorang lelaki dikesan menyamar penterjemah bahasa isyarat.
Lelaki itu yang tidak dikenali, berdiri di sebelah pemimpin dunia ketika mereka berucap pada majlis penghormatan ke atas pejuang demokrasi, Nelson Mandela.
Penipuan itu disaksikan berjuta-juta penonton di seluruh dunia yang menyaksikan siaran langsung majlis berkenaan.
Malah ketika Presiden Barack Obama berucap, dia turut membuat isyarat bahasa palsu dan langsung tidak difahami oleh golongan pekak.
Menurut Persekutuan Orang Pekak Afrika Selatan, lelaki itu hanya menggerakkan tangannya tanpa sebarang maksud.
Persekutuan berkenaan juga mengesahkan bahawa lelaki tersebut bukan ahli mereka.
Keadaan itu nyata memalukan Kerajaan Afrika Selatan, apatah lagi selepas Presidennya, Jacob Zuma diejek ketika menyampaikan ucapan.
Penterjemah bahasa isyarat palsu hanya menggerakkan tangan dan ia langsung tidak difahami golongan pekak. - AP
Penterjemah bahasa isyarat palsu hanya menggerakkan tangan dan ia langsung tidak difahami golongan pekak. – AP

Comments

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-