Skip to main content

Posts

Allah Engkau Dekat, Penuh Kasih Sayang

Lagu ini mengingatkan kita bahawa Allah sangat sayang dan dekat dengan kita. Jika kita renung kehidupan kita, pasti banyak perkara yang kita lakukan mengundang kemurkaan Allah. Namun Allah tetap pinjamkan kepada kita pelbagai nikmat-Nya; nikmat hidup, nikmat udara, nikmat sihat dan pelbagai lagi. Dan kita selalu tidak perasan akan hakikat ini. Lagu  : Cahaya Hati Penyanyi  : Opick Alloh Engkau dekat Penuh kasih sayang Takkan pernah engkau biarkan Hamba-Mu menangis Karna kemurahan-Mu Karena kasih sayang-Mu Hanya bila diri-Mu Ingin nyatakan cinta Pada jiwa-jiwa Yang rela dia kekasih-Mu Kau yang slalu terjaga yang memberi segala Alloh Rohman, Alloh Rohim Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi Alloh Rohman, Alloh Rohim Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi Disetiap nafas disegala waktu Semua bersujud memuji memuja asma-Mu Kau yang slalu terjaga Yang memberi segala... Alloh Rohman, Alloh Rohim Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi Alloh Rohman, Alloh Rohim Allohu Ya Ghofar Ya Nurul ...

Menteri Besar jerkah RTM & TV3 kira ‘lunak’, patutnya boh penerajang-KedahLanie

Ramai wartawan yang hadir ke sidang media Menteri Besar Kedah selepas mesyuarat mingguan Exco terpinga-pinga apabila, Dato’ Seri Azizan Razak menunjukkan keberangannya kepada RTM dan TV3. Beliau betul-betul marahkan RTM dan TV3 yang telah menyiarkan laporan bohong kononnya kerajaan negeri ‘lembab dan berlepas tangan’ dalam menangani isu banjir besar yang melanda Kedah. Bermula dari Menteri Besar, pegawai-pegawai dan seluruh kakitangan kerajaan negeri semuanya geram dengan laporan jahat oleh kedua-dua media talibarut BN yang membuat tohmahan tidak berasas bahawa mereka hanya ‘berpeluk tubuh’ dalam menanganai isu banjir, walhal semua agensi kerajaan bertungkus lumus siang dan malam membantu mangsa banjir. Sewaktu menanti keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah ke pusat penempatan mangsa banjir Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti baru-baru ini, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Syed Unan Masri telah mengherdik para pemimpin BN negeri yang mengeluarkan tohmahan tidak berasa...

Tumbuk Mat Lebam ni biar betambah lebam!

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat. Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan. “TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya. "Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah. Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air. Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, ...

JikA aKU jAtuH cINta...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, Cintakan   aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu. Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, Izinkanlah aku menyentuh hati Seseorang yang hatinya tertaut padaMu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana jika aku jatuh hati, Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang Yang merindui syahid di jalanMu Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, Janganlah kenikmatan itu melebihi Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu , Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. Amiin…

Politik itu penting ke??

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah semakin hampir. Apa persediaan anda untuk menghadapinya? Selaku umat Islam, apakah pandangan anda terhadap politik? Adakah anda tergolong dalam kategori manusia yang berpandangan seperti di bawah ini? Apa ada pada politik? Saya benci politik sebab dia busuk dan buruk Politik memecahbelahkan umat Politik menyesakkan dada Undi parti politik, hidup miskin juga Saya tak ambil tau pun hal politik, tapi bisnes internet   jalan juga Sepanjang saya menjadi manusia, saya tak pernah tahu   apa itu politik Politik itu  HARAM Baiklah. Jika anda tergolong dalam kategori minda di atas, saya tidak boleh menghalang. Itu adalah hak anda untuk mengemukakan pendapat. Namun, tak salah rasanya kalau anda buka sedikit ruang untuk saya kemukakan, mengapa kita perlu mengambil tahu hal politik? MENGAPA UMAT ISLAM PERLU BERPOLITIK ? Berpolitik tidak semestinya anda perlu masuk PAS, UMNO, PKR, atau mana-mana parti politik tertentu. Berpolitik cukup...