Skip to main content

Posts

Penjaga gol Harimau Malaya Khairul putus tunang

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Kegagalan skuad Harimau Malaya meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia merupakan satu tamparan hebat kepada penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat walaupun beraksi cemerlang ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Video : Versi Polis Vs Versi Rakyat....

Maaf kerana tak dapat nak paparkan posting terbaru sebab HK terlibat dengan urusan peribadi di kampung.  Posting kali ni tiada kaitan dengan sesiapa walaupun dalam video ni boleh secara jelas menampakkan   siapa yang menipu dan siapa yang jujur dalam isu pendedahan video bersih 2.0 9hb Julai yang lalu. Polis kita sememangnya jujur dan sangat baik hati. Tak percaya tonton lah perbandingan antara video2 dibawah ini. (Video Versi POLIS...AMAT Baik, dipuji dan berfakta......asli dan halal)

KEPUTUSAN PENUH: Malaysia tewas kepada Singapura dengan agregat 4-6

Misi kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2014 zon Asia buat skuad Harimau Malaya kini sudah tertutup apabila perlawanan malam ini dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil berkesudahan seri 1-1.

Ayuh! Skuad Harimau Malaya, tok guru bersama anda

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini. “Saya berharap agar Malaysia dapat memenangi perlawanan bola sepak menentang Singapura pada hari ini. Semoga dapat melakar sejarah,” ujarnya di laman Twitter.

Dr. Asri : Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Video 'layanan baik' polis ditayangkan

Polis hari ini mengakui kemungkinan meriam air dipancutkan ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu. Namun  sasaran  polis adalah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard polis,” kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

Ranking Top 50 Universiti Terbaik di Malaysia 2011

Kali ini, HK ingin kongsikan kepada anda  ranking terbaru universiti   bagi tahun  2011  di  Malaysia . Rasanya ramai diantara anda juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat univesiti tidak lama lagi. Jadi, sedikit sebanyak, anda dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang anda bakal menjadi tempat pembelajaran anda selama 3 atau 5 tahun selepas ini.Berikut dibawah adalah senarai Top 50 universiti terbaik di Malaysia.