Skip to main content

Video 'layanan baik' polis ditayangkan

NONEPolis hari ini mengakui kemungkinan meriam air dipancutkan ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.

Namun sasaran polis adalah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard polis,” kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.


"Perkara itu masih dalam siasatan. Namun polis tidak menafikan kemungkinan itu (pancutan meriam air dan gas pemedih mata memasiki kawasan hospital),” katanya pada sidang akhbar petang ini.

Dalam mempertahankan tindakan polis, Salleh berulangkali berkata dalam banyak kejadian peserta BERSIH 2.0 yang memprovokasikan anggotanya supaya menangkap mereka.

Sebelum sidang akhbar bermula, tayangan video juga dipertontonkan kepada wartawan bagi membuktikan polis mematuhi peraturan dan “layanan baik” mereka kepada hampir 1,700 orang yang ditangkap pada perhimpunan 9 Julai itu.
NONESemua klip video yang ditayangkan itu menunjukkan tindakan polis ke atas peserta BERSIH 2.0.
Sesi tayangan dan taklimat selama sejam 30 minit itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, bagi menjawab salah laku yang didakwa dilakukan oleh polis.

Bagaimanapun tidak ada klip video mengenai layanan polis terhadap anggota Pemuda Umno yang juga berhimpun bagi menentang BERSIH 2.0 pada hari berkenaan.-m'siakini

Ulasan:

Seperti dijangka, Polis hanya menyiarkan klip video yang cantik dan yang wangi untuk PDRM, tetapi yang hodoh, yang buruk yang kejam tidak disiarkan.

Nak membodohkan orangramai. Disangkanya orangramai juga bodoh seperti mereka.

Polis mendakwa mereka diprovokasi. Sedangkan yang polis sendiri memprovokasi tidak pula didedahkan.

Satu dunia dah saksikan dan dah tahu keganasan polis pada perhimpunan BERSIH 9 Julai. Agensi berita luarnegara seperti Al-Jazeera, BBC, AP, AFP, malah dari negara jiran seperti Indonesia dan Singapura juga membuat liputan. Semua mereka berbohong?

Come on police, be real. You can fool some of the people all the time, and all of the people some of the time, but you cannot fool all of the people all the time.

Ini bukan zaman batu, bukan zaman Ahmad Nisfu. Ini zaman teknologi. Ini zaman I.T. Ini zaman maklumat di hujung jari.

Seperti yang HK selalu utarakan, bukan kita menghasut orang membenci polis, tetapi tindakan polis sendirilah yang selama ini menyebabkan mereka dibenci.

Comments