Walaupun tahun 2012 sudah memasuki bulan ketiga, namun tanda bagi institusi pengajian tinggi awam mengadakan pilihan raya kampus masih belum jelas. Malah beberapa pemimpin mahasiswa universiti di Lembah Kelang tertanya-tanya bilakah pilihan raya di kampus mereka akan berlangsung berbanding kebiasaannya yang diadakan pada bulan Januari atau Februari sebelum ini. Tinjauan Malaysiakini mendapati dua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) - Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) - telah dibubarkan bulan lalu. Kini badan itu ditadbir oleh badan sementara yang terdiri daripada mahasiswa yang dilantik oleh pentadbiran universiti berkenaan. Bekas setiausaha MPMUM Hawari Zakaria berkata beliau menghubungi Timbalan Naib Canselor HEP UM Prof Rohana Yusof yang memberitahunya pilihan raya kampus itu bakal berlangsung September depan. "Beliau memberitahu saya, pilih raya kampus pada September ini kerana mahu menunggu AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) selesai d...
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan