Skip to main content

Posts

OKU kesal kenyataan Menteri Belia dan Sukan

KOTA BHARU:  Persatuan orang kurang upaya (OKU) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  (gambar)  yang cuba membezakan antara atlet normal dan OKU. Pengerusi Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan, Mohamad Faizal Che Yusof berkata, kenyataan menteri terbabit mengguris hati OKU yang dilihat seolah-olah memandang rendah kepada sukan paralimpik. "Perlu diingat juga standard sukan paralimpik dan sukan olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan," katanya di sini. Menurutnya kerajaan dan menteri tentunya sedar sukan paralimpik merupakan sukan terbesar dunia yang melibatkan OKU dan kedudukannya sama tinggi dengan sukan olimpik. Katanya, penyertaan atlet-atlet dari Malaysia tentu sekali membawa nama negara apatah lagi apabila pingat dapat dibawa pulang. Beliau juga berkata, Akta Orang Kurang Upaya 2008 secara jelas mengiktiraf potensi dan sumbangan OKU dalam neg...

SMART tidak selesai sepenuhnya isu banjir

Sistem reka bentuk Lebuhraya Smart yang dibina sejak lima tahun lepas hanya dapat menyelesaikan 45 peratus masalah banjir besar di sekitar Kuala Lumpur.Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) Mohd Fuad Kamal Ariffin berkata Smart hanya berfungsi mengalih lebihan air di sekitar kawasan liputan Sungai Klang dan Sungai Ampang daripada memasuki pusat bandar. Laluan diliputinya termasuk Masjid Jamek, Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Dataran Merdeka, Dang Wangi, Leboh Pasar, Pasar Seni, Dayabumi, Jalan Petaling serta kawasan segi tiga emas, Sungai Wang, Bukit Bintang, KLCC dan Pavilion. Ketika ditemui pada Rumah Terbuka Smart di sini hari ini, beliau berkata bagi kawasan luar dari liputan Smart, banjir diselesaikan oleh beberapa projek lain antaranya Kolam Takungan Batu Jinjang. Sepanjang tahun ini, katanya, Smart ditutup sebanyak dua kali iaitu pada Mac dan Mei bagi mengelak banjir. “Walaupun Kuala Lumpur menghadapi kadar hujan yang tinggi, Smar...

Jangan jadi orang yang 'perkosa' masjid

KUALA LUMPUR: Usaha menghalang masjid daripada disuburkan dengan risalah-risalah Allah merupakan satu usaha yang zalim dan tidak bertamadun. Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, berkata jika seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri d akhirat kelak. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan di sebuah masjid, di Alor Setar, ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah Maghrib, baru-baru ini. "Umat Islam sepatutnya menyedari segala perkara dalam dunia ini berkaitan, orang yang tidak berilmu akan menjadi jahat, dan begitu sebaliknya. Dalam Islam, siapa yang ingin perkasa, perlu dengan Allah, kalau tidak jadi pekasam," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Tambah beliau, setiap seorang yang ingin memperkasakan diri ia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa. Sambil menyatak...

Pembetulan sejarah Tok Janggut!!

Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji Mat Hassan Bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera. Tok Janggut terus hidup dengan menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan berkahwin dan mempunyai zuriat , hidup sehingga tahun 1969. Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad ini dipamerkan pada masyarakat kota bharu adalag untuk menakutkan orang melayu ketika itu, penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota bharu sahaja, Kerana orang kota bharu tidak pernah melihat wajah Tok Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja(british gelar pemberontakan). Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterang jelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan Bin Munas, dan keturunannya. sumber: cucu cicit Tok Janggut Credit to EraPasca.com

APPLE RANCANG SAMAN SAMSUNG SEKALI LAGI – SASAR GALAXY S3

Selepas mendapat kemenangan besar ke atas pesaingnya, Apple kini sedang mengatur beberapa lagi kes ke atas Samsung melibatkan pengambilan teknologi inovatif milik syarikat dari Amerika Syarikat itu. Ia termasuk kes terhadap produk Galaxy S III yang didakwa terlibat dalam pelanggaran paten Apple. Februari lalu, Apple mendakwa sekurang-kurangnya 17 produk Samsung telah meniru patennya. Susulan itu, semalam, Apple telah menambah empat lagi produk dalam senarai tersebut di Mahkamah Persekutuan San Jose. Wakil Samsung bagaimanapun belum memberikan sebarang ulasan berhubung isu tersebut. Jumaat lepas, Apple memenangi kes saman ke atas Samsung dalam kes berasingan selepas juri mendapati syarikat dari Korea Selatan itu telah meniru produk popularnya iaitu iPhone dan iPad. Keputusan itu membolehkan Apple mendapat pampasan sebanyak lebih RM 3 bilion ringgit akibat kemusnahan yang dialaminya. Ia juga diputuskan selepas setahun kedua-dua pihak melalui proses perbicaraan. Selain i...

Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Saka' dimalam sambutan kemerdekaan

Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata. Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Menurut kedua-dua individu tersebut mereka bukanlah mewakili mana-mana parti politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang, mereka mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan. Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula.. Baca penjelasan mereka ini.. Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat da...

Istana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan?

Sumber:   Malaysiacrisis Hari ini 31 Ogos, Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke-55. Rata-rata blog dan facebook membicarakan mengenai kemerdekaan. Dalam blog entry siri kemerdekaan kali ini, penulis terpanggil untuk berkongsi sejarah yang tidak tertulis di dalam buku teks sekolah-sekolah bagaimana sebenarnya Istana Johor menolak kemerdekaan Tanah Melayu. Siri Kemerdekaan 2: Istana Johor Menolak Kemerdekaan Sebelum kita berbicara lebih lanjut, pembaca-pembaca budiman boleh lah membaca satu artikel bertajuk Istana Bantu Capai Kemerdekaan di muka surat 7, Majalah Holistik bulan Ogos 2007 yang diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor. Artikel tersebut boleh dimuat turun di  sini . Artikel tersebut juga boleh dibaca di blog penyokong tegar  Kesultanan Johor . Artikel yang diterbitkan di dalam Majalah Holistik ‘UMNO Lama’ dilahirkan di Istana Besar Dalam blog entry Siri Kemerdekaan 1:  Merdeka vs. Hidup Melayu  ada diceritakan mengenai...