Skip to main content

Posts

DR MAZA: Nyahkan Bangsawan Samseng

Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi. Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’. Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa saha...

Percaturan lewat Kajang, pahit ditelan

Sebenarnya sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya jadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi. Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya. Namun malang bagi Pakatan Rakyat, ada semacam satu keyakinan tinggi suatu ketika dahulu bahawa Anwar amat pasti menyandang kerusi Putrajaya. Maka diletaklah Anwar ( kanan ) sebagai figura bakal perdana menteri, dan akhirnya hari ini Anwar tidak punya laporan prestasi, tidak ada  track record pencapaian kecuali apa yang diusahakannya sewaktu menjadi menteri Umno suatu ketika dahulu. Ini bukan sesuatu yang bagus, terutamanya setelah diserang bertubi-tubi pasca September 1998. Bagi merangkul Putrajaya, sosok Anwar ini perlu dijenamakan semula sebagai seorang eksekutif, pentad...

Petua Imam Syafie untuk lelaki

<   1  /  1   > Empat perkara menguatkan badan 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas   Empat perkara melemahkan badan 1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makan bahan yang masam   Empat perkara menajamkan mata 1. Duduk mengadap kiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih   Empat perkara merosakan mata 1. Memandang najis 2. Melihat orang dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi kiblat   Empat perkara menajamkan fikiran 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan para ulama   CARA TIDUR 1 . TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.   2 . TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga unt...

[PANAS] Isu PRK Kajang: Koleksi Artikel & Tulisan Yang Perlu Dibaca!

Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor daripada Umno jika Najib jatuh PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.  Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998. "Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. "Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dil...

Pandangan TGNA tentang isu DUN Kajang

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS  tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa. Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan. Saya suka mencabar UMNO d...

Pilihanraya Kecil DUN Kajang Suatu Pembaziran

Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengundang kritikan segera di Internet, khususnya laman blog mikro Twitter. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara yang dikesan terlibat menulis pesanan mengejek ketua umum PKR itu. “Apa punya lawak. Mungkin juga akan tabalkan diri kamu Sultan Melaka,” tulisnya. Beliau juga merujuk tweet Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berhubung “zaman kegilaan” dengan mengulasnya sebagai: “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya.” Sementara Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang pula menulis: Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa.” Manakala bekas mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin pula menyelar perletakkan jawatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar. “Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit r...

Malaysia, Indonesia mahu bina terowong RM15b

Tengku Dahril (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Azlan pada majlis berkenaan, semalam. <   1  /  1   > MALAYSIA dan Indonesia bakal menjalinkan kerjasama dalam membangunkan projek pembinaan terowong bawah laut sepanjang 17.5 kilometer dari Kukup, Pontian ke Pulau Karimun, Indonesia. Projek itu masih dalam peringkat awal kajian antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Yayasan Amanah Pelalawan di Indonesia. Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM Prof Dr Azlan Abdul Rahman berkata, projek itu disasarkan menelan kos RM15 bilion hanya akan dimulakan sebaik mendapat persetujuan kedua-dua negara. “UTM akan jadi pembantu dan pemangkin untuk jayakan kolaborasi ini. Apa yang menariknya, ia akan memudahkan perjalanan dari Malaysia ke Indonesia. Projek ini berpotensi dan kita sedang dalam peringkat mengkajinya lagi. “Oleh itu, kita akan buat kajian bersama untuk lihat bagaimana pembangunan ini dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas ...