Dah 4 hari tak update blog. Terase macam lama pulak.
Enti kali ni saya ingin selitkan percutian-percutian kami sekeluarga sempena cuti-cuti Malaysia. Percutian adalah sesuatu yang wajib bagi kita untuk merehatkan minda serta meluangkan masa yang ada bersama insan tersayang terutama bersama famil kita. Actually, walaupun penat+sakit(luka2 akibat terkena batu karang) percutian kali ni memang enjoy. Terase macam tak puas pulak. 3 hari 2 malam memang tak puas beb. Lain kali kalau nak bercuti tu better pergi seminggu terus. Insyaallah dalam perancangan akan ke Indon pulak next year. Itupun kalau dipanjangkan umur. Disini saya selitkan gambar2 percutian kami sekeluarga.
Walaupun percutian kali ini tidaklah terlalu lama tetapi ia sedikit sebanyak memberi kami kenangan yang terindah bersama keluarga. Banyak peristiwa melucukan ketika kami disana terutama adik2 saya. Dah lama tak jumpa kolam dan pantai,korang bayangkan lah betapa excited nyer dorang..haha..
 |
Kota Belanda |
Gambar diatas diambil ketika kami melawat ke Kota Belanda.
Pada awalnya kami bercadang untuk menyewa kereta dan kami dah dapat pun kereta tu tetapi kereta tu tak dapat nk dihidupkan. Tak pasti lah ape masalahnyer. At last kitorang terpaksa menyewa motor. Kelakar jugak bila kami bawak motor dengan helmetnyer yang sebijik macam tempurung kelapa. Takde ciri2 keselamatan langsung.
 |
Penunggang berhemah |
Hahaha..kelakar pulak bila tengok balik macam mana adik saya pakai helmet( nasib baik takde gmbar saya dgn helemt tu..haha). Lepas melawat Kota Belanda kami terus bergegas melawat tembok besar China.
Sekali tengok macam besar kan??tengok ini pulak
Sesi malam pula kami berjalan2 makan angin di sekitar persisiran Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai kedai2 menjual cenderamata. Jadi kami ambil kesempatan di sini untuk membeli belah untuk dibawa pulang sebagai cenderamata kenang2an di Pangkor untuk dieberikan kepada jiran2 kami.
 |
Sesi Mencerap Anak Bulan |
Setelah selesai membeli belah kami pun terus singgah di kedai makan berhampiran untuk melantak makanan2 yg ada di situ.
 |
Setelah puas bermain dan bermandi manda, inilah hasilnya. |
Pada hari terakhir iaitu 14hb Disember kami sekeluarga berangkat balik pulang ke KL. Sepanjang perjalanan pulang sempat jugak la amik gambar sebagai kenang2an. Dan kami juga sempat beli sotong kering sebagai makanan ringan ketika dalam perjalanan pulang.
 |
Check out hotel |
 |
Kenangan di Jeti Pangkor |
 |
Tugu peringatan Lumut |
Penat memang penat tapi waktu emas sebegini memang sukar diperoleh. Waktu bersama sekeluarga sesungguhnya sangat bermakna. Ini kerana secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami adik beradik dan sekeluarga. Pelbagai cerita yg berlaku sepanjang kami bercuti dan cerita2 ini akan saya jadikan kenangan manis untuk diingati. Entah bila akan dapat waktu macam ni lagi. Insyaallah kalau ada masa dan dipanjangkan umur kami akan bercuti lagi. Target lokasi seterusnya adalah di Pulau Redang, Terengganu tahun depan insyaallah.
Tengah syok2 menulis blog sal cuti ni, saya terpandang blog adik saya
ira then terjumpa satu gambar yang sangat comel! Sebenarnyer saya pun tak perasan ada gambar ni tapi serius comel die edit! Kami rinduu percutian sebegini!! Semoga kami dapat peluang sebegini lagi pada masa akan datang!=)
 |
I love both of u dear =) |
best nye bercuti dgn fam:)
ReplyDeletehaha lawak gler angah pakai tempurung kelapa :D
ReplyDeleteira da list link blog a.long dah :)